Followers

Wednesday 11 September 2013

Madah Cinta ZH


Assalamualaikum...

CINTA!!! Bagi aku cinta unik. Tak perlu diucapkan, tak perlu modal, tak perlu kepakaran atau sebagainnya. Ramai cakap cinta perlukan pengorbanan. Kalau kita berkorban, kita tak dapat miliki cinta itu. Tapi bagi aku, cinta perlukan usaha. Selagi kita yakin cinta itu milik kita, ia pasti datang. Cinta tak semesti untuk kekasih sahaja, ia juga boleh diucap pada IBU & BAPA. Cinta ILLAHI cinta yang paling agung. Cinta juga amanah yang telah dikurniakan dari ILLAHI.

Aku pernah bercinta ke? Jatuh cinta? Mestilah pernah. Sesiapa pun yang normal pernah jatuh cinta kecuali manusia tu tak punya hati dan perasaan. Betulkan semua? Boleh ke jatuh cinta pada awal perkenalan? Tak salahkan? Cinta tak perlukan masa, kalau cinta perlukan masa, aku pinta cinta hadir pabila aku tiada, dan tidak aku merana kerananya. Cinta berdusta? Cinta tak pernah berdusta tapi manusia yang memberikannya selalu membuatkan mangsa benci dengan cinta.

Banyak sebenarnya madah cinta ni. Cinta umpama kentut, ditahan sakit, dilepaskan lega. Hehehe. Lama aku tak keluarkan ayat ni. Masa aku mula ayat-ayat ni sebelum ada blog lagi. So ni aku share apa yang masih ada difikiran. Kini yang menceritakan hanyalah hati, dan bukan jari. Tak perlu luahkan cinta korang, just tunjukkan dengan kejujuran dan keihlasan. Sekarang hati masih pudar dengan cinta. Dan aku masih mencari sesuatu yang tak pasti hadirnya.

Hari ni mengarut je la aku. Apa pun kalau rasa penulisan aku agak kurang, tegur dengan kasih sayang. Salam sayang dari aku...

ZH Blogger.

9 comments:

  1. Hi zack hoya....
    azie singgah sini....amboi entry...mcm org putus cinta jer...sabar mencari cinta.....jgn terburu2....kalau awk bole terima pernolakan...percayalah pernolakan itu berubah menjadi PEMBERIAN yg tak di sangka2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terima segala kehendak dari Nya. Semoga sampai masa hati akan berputik rasa cinta dan sayang. Tak semua bertuah merasainya. Tapi saya berharap saya antara yang bertuah. =)

      Delete
    2. bagus ! that good...pemikiran yang positif akan lahir sikap yang positif dan baik....semua akan rasa bertuah kalau jalan yang di tuju itu jalan yang diredhai allah ! jgn risau lah...tak lari gunung di kejar...siap bole mendaki gunung lagi.....okey.

      Delete
    3. ya cik azie. Tq atas kata2 semangat.

      Delete
  2. insya-Allah, one day, it will be come true..:)

    ReplyDelete
  3. pray and good luck friend =)
    Insyallah ~ ada yang lebih terbaik untuk awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry lama ni. Saja share balik. Anyway, thanks Bella.... =)

      Delete