Followers

Tuesday 29 October 2013

Isnin yang memenatkan

Hi semua. Ni kisah semalam. Semalam agak bosan la sebab aku tak pergi kerja pun. Hari Sabtu yang lepas, aku hantar motor untuk repair, oleh sebab motor siap lambat, aku pinjam motor kedai tu. Buruk tak kisah yang penting boleh jalan. Dua hari aku tak start motor tu dan aku letak kat depan rumah.

Dua hari aku pakai kereta je pergi mana-mana. So bila pagi nak pergi kerja, aku start motor hampir sejam, cantik tak boleh start. Dah lewat nak ke ofis, aku pun sms boss aku dan ambil Emergency Leave (EL). Apa nak jadi la. Lepas satu, satu masalah datang.

Selamat semalam kawan aku Khairul Anwar tolong tundakan motor buruk pomen kat kedai dia. Dah ok dia nak bagi aku pakai balaik, tapi aku tak nak. Kalau balik kerja dari ofis tak boleh start, ko nak suruh aku tolak sampai rumah ke? Rela aku jalan kaki. =)

Tapi bersyukur aku masih boleh melihat dunia. Hari ni aku ke ofis, tapi motor belum siap lagi. Bila mau siap? Aku naik RXZ abg aku la today. Perut lapar ni. Siapa nak belanja aku lunch hari ni? =)

ZH Blogger

2 comments: