Followers

Friday 18 October 2013

Keajaiban Cinta


Hari ni hati berbunga. Lama rasanya tak update blog. Bukan apa, banyak kerja perlu diselesaikan. Bila dah selesai semua baru aku rasa lega nak update blog aku.

Ajaibkah Cinta?

Bagi aku memang ajaib, adakala cinta datang cepat, lambat, sekejap, lama, pergi, tak hilang-hilang, dan banyak lagi la. Cinta tu biasa bagi mereka yang tidak merasai dengan hatinya. Kenapa bagi aku ajaib? sebab aku pernah tengok orang sanggup bagi apa sahaja walaupun tahu mereka ditipu.

Ajaib orang yang malas boleh jadi rajin kerananya. Orang gemuk boleh jadi kurus, orang kurus sebaliknya. Cinta tak semesti berakhir dengan kebahgiaan seperti dalam cerita kita selalu tengok. Dan tak semesti cinta perlu dibalas. Ada yang sanggup memberi tanpa mengharap apa-apa balasan pun. Untuk mendapat orang mencintai kita sangat mudah, tapi untuk mendapatkan cinta orang yang kita cintai yang sukar. Sebab sudah lumrah, adakala kita buat yang terbaik tapi kita tetap tak mendapat hasilnya.

Jangan putus asa dengan cinta sebab kadang-kadang Allah tak menemukan kita dengan orang yang kita cintai tapi Allah akan menemukan kita dengan orang yang mencintai kita dan boleh membahgiakan. Lebih mudah kita untuk menukar perasaan diri kita untuk orang lain dari kita ingin menukar perasaan orang lain untuk kita. Tak perlu menangis sebab tangisan akan menyebabkan kita murung. Lebih baik kita keluar dengan sahabat untuk menenangkan jiwa dan sanubari.

Chewah, aku ni cakap macam la aku ni pandai sangat bercinta. Adakala takut nak bercinta tapi dah takdir kita pasti akan jatuh cinta. Tapi apa pun jangan kita mengharap sesuatu yang belum pasti milik kita. Jangan cari jauh-jauh kalau depan mata ada yang sangat menyayangi kita.

Kekasih aku? Bukan reti nak ayat bunga-bunga ni. Biarlah Rahsia... hahaha...

ZH Blogger

2 comments:

  1. Kekadang dah rasa kehilangan baru di cari....time tu dah terlambat....kerana cinta telah diberi pada yg sudi...ahaks
    dan jgn takut bercinta lagi kerana cinta itu indah....fuhhh

    Dalam hati ada taman lah nie eh...good luck...try your best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada taman. Cuma kurang disirami kasih sayang... hehehe...

      Delete