Followers

Wednesday, 9 October 2013

Penulisan Yang Baik


Penulisan yang baik bagi aku memerlukan minat dalam setiap aspek penulisan. Jika kita ingin membuat sesuatu penulisan yang bagus, kita perlu kerap membaca penulisan orang lain. Dan penulisan yang terbaik bagi aku ditulis dengan perasaan bukan direka dari minda. Jika kita terlalu memikirkan akan penulisan kita, kita hanya akan membuat penulisan kita nampak seperti satu cerita rekaan. Dan kalau kita menulis dengan menggunakan perasaan, kita akan mendapat hasilnya adakala dari segi positif atau pun negatif. Jangan risau akan pemikiran orang lain tapi fikirkan tentang apa yang kita perlukan.

Orang lain akan dapat merasa ketika membaca penulisan kita kecuali dia memang tak berminat membaca. Kalau kita berminat akan sesuatu, kita pasti takkan hilang fokus walaupun benda tu tak begitu menarik. Apa yang ada pada penulis yang hebat? Bagi mereka masa tidak mengejar mereka, tapi mereka yang perlu mengejar masa. Setiap detik perjalanan mereka walaupun tak menarik, mereka cuba coretkan kerana setiap pengalaman adalah kenangan bagi seseorang tak kira manis mahu pun pahit.

Adakala orang menulis dulu baru mendapat tajuk bagi penulisannya, tapi bagi aku, tajuk amat penting sebelum kita mulakan sesuatu penulisan. Dari tajuk kita dapat banyak idea-idea yang tak pernah kita fikirkan. Ia datang tanpa diundang dan ia pergi tanpa direlakan. Bila kita mendapat idea, jangan tunggu, teruskan menulis sebab idea yang datang dari hati jarang untuk datang untuk kedua kalinya.

Disiplinkan diri untuk rajin menulis dan tak perlu nak kira berapa patah perkataan sebab kita ni bukan penulis novel atau buku, tapi sebagai blogger. Adakala penulisan yang ringkas dan pendek juga mudah difahami oleh orang lain. Tapi kena pastikan bahasa tak terlalu pasar. Tak semestinya penulisan kita dialam maya ini dibaca oleh orang tempatan sahaja, mungkin juga dari luar negara. Jika kita menggunakan bahasa yang betul, agak mudah bagi mereka untuk menterjemahkan bahasa kita didalam bahasa mereka. Pastikan penulisan kita juga padat, tepat dan mudah difahami oleh setiap golongan.

Kita juga perlu mengkaji penulisan orang lain dari banyak aspek. Contohnya kenapa lebih ramai golongan remaja, dewasa, lelaki atau wanita yang komen disetiap penulisan kita? Dan kita perlu tahu apa yang mereka minati. Tak semua sama sifat atau caranya. Kalau waktu remaja kita lebih suka berjalan-jalan tapi bila dewasa, kita lebih selesa berada dirumah sahaja. Begitu la kehidupan setiap manusia. Tak banyak bezanya. Yang membezakan budaya, agama atau cara mereka sendiri.

Cara menghidupkan penulisan juga penting. Bagaimana kita membaca sesuatu cerita tu boleh dapat menghidupkan perasaan kita? Kita kena belajar semua aspek ni. Kalau kita tak suka sesuatu penulisan, kita juga perlu menerima teguran jika ada yang tidak suka dengan penulisan kita. Penulis yang baik takkan mengherdik seseorang tetapi mendidik seseorang untuk menjadi lebih baik. Dan tak perlu ada perasaan cemburu jika ada orang lebih bagus dari kita. Tak mungkin semua orang Allah kurniakan dengan kelebihan dan kelemahan yang sama. Terima diri kita seadanya dan belajar untuk menjadi lebih baik.

Kita juga perlu tahu kenapa kita menulis? Dan untuk apa kita jadi penulis? Adakah sebab populariti? Kalau sebab minat itu sesuatu yang bagus & kalau sebab hanya untuk orang kenali atau disanjung lupakan. Korang takkan kemana pun dengan penulisan untuk sebab begitu. Sebab aspek pertama cuma untuk dikenali sahaja. Bila dah terkenal kita sombong dan mula dengan penulisan yang mengherdik seseorang.

Tulislah dari hati dan terus ke mata dan jari jemari. Jangan berfikir terlalu lama untuk melakukannya. Jangan malu untuk meluahkan sesuatu yang kita rasa, kerana bukan semua yang kita rasa, orang lain merasakan benda yang sama. Jangan fikir kalau aku tulis macam ni, orang suka ke tak? Dalam berkawan pun tak semua orang suka kita tak kira kita sebaik mana pun. Kita yang menentukannya bukan mereka.

Akhir kata dari aku, "BERKONGSI ILMU BAIK UNTUK KITA DAN SEMUA".

"CINTA PADA SESUATU TAKKAN WUJUD JIKA TIDAK KITA YANG MEWUJUDKANNYA"
"SELAMAT MENJADI SEORANG PENULIS YANG BAIK ATAU TERBAIK".
"PENULISAN AKU TIDAK SEBAGUS KAMU SEMUA".

ZH Blogger

8 comments:

  1. untuk yg malas nak update blog tiap2 hari, cuba hasilkan 1 entri yg berkualiti yg mana entri tu selalu org cari dan baca..tak perlu risau pasal trafik da..huhu.kualiti atau kuantiti..terpulanglah pada blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu En.Nick. Yang penting kita mengeluarkan kualiti untuk setiap apa yang diberikan. Thanks atas nasihat. =)

      Delete
  2. wah hebat dah sekarang berkata-kata....
    tahniah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat ke? Thanks atas pujian ni Cik Akak. Tapi saya insan kecil mencuba untuk jadi lebih baik. Thanks sebab selalu ajar saya. =)

      Delete
  3. wah.. bagus penyampaiannya.. teman punx sebagus ini.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? Thanks TB. Tp sy rase TB lg hebat. Sy baca biasa je rase penulisan sy ni.

      Delete
  4. perkongsian yg bagus.. thanx.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tak la bagus mana. Cuma berkongsi apa yang dirasakan. =)

      Delete