Followers

Wednesday 13 November 2013

Cuti 12.11.2013 (Selasa)


Assalamualaikum W.B.T.

Mesti ada yang rindu aku kan sebab aku tak update semalam? (Perasan Lebih). Hahahaha. Semalam aku bercuti dan agak sibuk. Semalam pagi-pagi tetap bangun awal. Nak hantar mak aku pergi medical checkup. Kat sini la aku pergi semalam.

Ni klinik kerajaan dekat area Cheras. Mak aku memang dari dulu pergi sana. Tapi sekarang klinik ni baru je pindah lokasi disini. Banyak kemudahan klinik ni sekarang. Tak macam dulu aku pergi, setakat check biasa-biasa je boleh la. Sekarang dah rasa macam hospital pula. Biar aku bagi review kawasan Klinik Kesihatan Cheras ni.


Firstly masuk disini kaunter dia. Kaunter pendaftaran ni kalau bayar pun RM1 je. Tapi mak aku free je sebab warga tua.



Ni lah tempat nak pergi check bagai. Ramaikan orang yang datang. Tapi tak la lama macam dulu. Nak menunggu sampai berjam-jam.

.
Lepas dah siap checkup, ni tempat mengambil ubat. Ambil ubat pantas juga sekarang. Kalau korang jumpa kawan-kawan dan nak melepak ada juga kawasan dia. Selesa lagi tu.


Ni la kawasan melepaknya. Dalam jam 10 lebih aku dengan mak aku terus pergi makan. Laparkan lepas penat menunggu. Aku pergi foodcourt dekat area Bandar Tun Razak.


Bawa mak aku pergi makan MAMA CORNER. Sedap la makanan disini. Ramai juga yang singgah sini pagi hari. Cuti sangat best kalau ada aktiviti macam ni. Tu je la untuk pagi hari. Nak tau apa lagi aku buat? Tunggu entry seterusnya. Tata...

"Tiada kasih sesuci kasih Ibu Bapa kepada anaknya"

ZH Blogger


4 comments:

  1. klinik ke cantik cam tu...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Lawakan. Sebab baru lagi rasanya tahun ni kat situ. Dah kali ke3 diorang pindah...

      Delete