Followers

Wednesday, 13 November 2013

Hamper atau Hampa



Semalam tengah hari aku pergi USJ Subang Jaya. Untuk apa ya? Tengok apa dalam gambar tu? Mamee Monster la kan. Tu la kilang dia. Sebenarnya, aku pergi nak ambil hamper je dlm jam dua petang tapi yang dapat hanya hampa.

Aku ingat macam boleh collect hamper hari ni. Bila sampai je sana, tanya guard, tapi guard pun orang asing. Cakap melayu tak paham, cakap english pun tak paham. Tu la susahnya. Tapi aku respect la pekerja ofis sana, customer mania diorang bagus.

Diorang cakap barang tu belum siap lagi, next week baru ada. Aku pun agak hampa. Dia cakap bukan email memang 18hb November baru boleh ambil ke? Aku rasa macam 11hb email dah boleh ambil.

Tapi aku tak marah pun sebab aku pun tak tau betul ke aku tengok tarikh tu. Aku pun balik la. Apa lagi nak tunggu, benda takda lagi. Sampai je rumah aku terus check email kat handphone aku untuk kepastian.





Tu la akibat kalau baca email sambil lewa. Mungkin terlalu banyak email dalam phone aku. Begini la nasib diriku yang hampa. hehehe. Terpaksa fikir bila nak pergi ambil. Siapa nak tolong aku ambilkan?

ZH Blogger

4 comments:

  1. la hampa pula kan...:)
    senyum je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum je. Tapi lawak la kan sbb tak perasan tarikh...

      Delete
  2. Sabar lah ye.. kdg2 bella pun mcm tu jgak .trlepas pndg tgok tarikh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ni dah pergi jauh2, rupanya tarikh lain. Malu je. Confident lak tu cakap diorang email soh datang 11th November... hehehe

      Delete