Followers

Thursday 21 November 2013

Hasad Dengki


Susah kalau ada perasaan macam ni. Bila ada je hasad dengki, kita akan menyusahkan orang lain. Menimbulkan kekacauan dalam hubungan, membuatkan orang dibuang kerja dan sebagainya. Kenapa perlu ada perasaan macam ni? Apa salah aku kat kau?

Kalau setiap kali aku berhubung mesti ada yang mengganggu. Kenapa perlu begini? Tak boleh ke kau memilih selain dari aku? Aku bukan orang kaya. Bukan juga sekacak mana. Bukan minta untuk menjadi senang, tetapi hanya meminta secebis kasih.

Adakala aku rasa jangan terlalu baik atau rapat dengan seseorang. Biar aku sendiri dan menjadi tulang yang kesunyian. Walaupun diwajah aku penuh keceriaan tapi hakikat pahit yang ku rasa. Aku mudah memaafkan orang tapi orang lain hanya nampak kesalahan aku. Apa yang ada dalam hati mu?

Benci tak pernah hilang, tapi makin menebal dalam diri. Jangan kau cari aku kembali untuk dan aku tak berharap apa dari kau. Kejahatan telah aku buang, kalau kembali tak mungkin pergi lagi. Kenapa perlu mempunyai hasad dengki dalam diri kau. Apa yang telah aku lakukan?

Bila melihat engkau hati makin sakit. Aku dituduh dan disoal seperti pesalah antarabangsa. Aku tetap bersabar untuk semua ini. Sehingga kelu lidah untuk berkata-kata. Setiap hari aku masih memikirkan apa yang engkau lakukan. Suatu hari nanti pasti kau binasa kerana hati mu.

"Insan yang selalu disakiti tanpa belas kasihan"
"Kalau cinta telah hilang dalam hati, apa lagi yang dinanti?"

ZH Blogger

10 comments:

  1. lahai sedihnya baca .. manusia macam tulah .. tak boleh kalau tak iri kat orang lain .. sabar ea ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la eyda. Macam2 manusia ada. Terasa sangat sampai tak dapat nak mengatakan apa2 dah. =(

      Delete
  2. Bersabar dan bertabahlah...
    ujian Allah ini memang menyakitkan...
    tapi cik akak rasa zack mampu....
    memang perit untuk sesuatu kehilangan...
    bersabarlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap memang mudah Cik Akak. Siapa yang buat dan siapa yang terkena? Siapa yang lebih merasa?

      Delete
  3. jangan sedih2 ye zack...mungkin ada hikmah sebaliknyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak kathy. Banyak bersabar dah. Kdg2 tak terucap dah kesabaran ni. =)

      Delete
    2. hmm..moga zack semakin teguh dan tangguh menghadapi kehidupan ini..

      Delete
  4. Boleh je rapat dengan orang. Tapi jgn terlalu bergantung / percaya pada orang. Okay Zack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nad. Tak bergantung dengan orang pun. Cuma kdg2 terlalu baik dengan orang dan mudah percaya. Tu mslhnya ZH ni.

      Delete