Followers

Monday 18 November 2013

Mencari pasangan sempurna


Siapa yang tidak mahu pasangan yang sempurna? Mesti semua nak termasuk la aku. Tapi pernah tak kita terfikir, adakah kita cukup sempurna untuk pasangan kita? Bagi aku ada beberapa aspek yang penting untuk mencari pasangan yang sempurna.

1. IKHLAS
Bagi aku paling penting adalah keikhlasan. Sebab kalau kita tak ikhlas menerima pasangan kita, mesti kita akan cuba untuk menjauhkan diri kita suatu hari nanti.

2.JANJI
Janji pun penting sebab bila kita berjanji harus ditunaikan. Bila kita bercinta selalu berjanji macam-macam tapi lepas dah bercinta, melupakan segalanya. Aku pun pernah macam tu tapi tak la sampai kenakan orang lainkan. =)

3.JUJUR
Kejujuran pun penting, adakala pasangan kita akan menipu tapi kita kena tengok apa sebabnya, kalau menipu tu sampai berkali-kali benda yang sama, better tinggalkan je. Mungkin dia dah tak berminat nak bersama dengan kita.

Ni antara yang aku rasa paling penting. Tapi yang paling penting adalah agama dia. Kalau dia tak sebaik kita inginkan mungkin kita boleh merubah dia perlahan-lahan. Bukan terus nak jadi yang terbaik. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Cermin diri dulu, adakah kita sempurna untuk memiliki pasangan yang sempurna? Terimalah kekurangan pasangan kita.

Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Berhati-hati dengan orang yang mungkin merosakkan hubungan anda. Sebab orang adakala tidak senang dengan kebahgiaan orang lain. Dan aku pasti tidak lupakan orang yang macam tu. Terkenal tak bermaksud hebat.

Kalau hari ni kita kenakan orang lain, esok lusa tak tahu kita pula macam mana. Please dont make someone do same like what you do.

"Tiada yang lebih pahit dari kesakitan hati yang dilakukan"

12 comments:

  1. Kejujuran, keikhlasan , kepercayaan semua itu satu janji...
    apa yang mahu kita tahu...melafazkan tak semudah apa yang ada di hati kita....
    menjauhi bukan untuk niat mengkhianati...
    mengukir janji bukan niat menyakiti....
    tapi ia memberi ruang untuk seseorang yang kita sayang & cinta hidup bahagia....
    memang betul populariti bukan jaminan hidup bahagia....
    sebab ia pasti akan mati di telan dunia.....
    hanya amalan akhirat yang menjadi bekalan....
    memang manusia tak lari dari membuat kesilapan....
    apa yang termampu...hanya maaf di pohon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Ada erk macam tu. Lain orang lain pendapat. Mungkin yang pernah melakukan tak merasa tapi yang terkena terasa pedihnya. Maaf mudah diungkap tapi mudah ke untuk menjernihkan keadaan?

      Delete
    2. Maaf mungkin mudah untuk diungkap...
      tai kita tak tahu...bagaimana hati orang meminta maaf....
      terserah lah dik....hanya itu yang termampu akak bicarakan....
      sebab akak pun insan yang lemah....
      manusia biasa juga..

      Delete
    3. OK. Terpulang pada diri kita. Dan cuma kita mengenal diri sendiri macam mana dan apa yang dirasai.

      Delete
    4. Takda apa nak dikatakan.

      Delete
  2. yea betul tu zack.. kena terima pasanagn kita seadanya.. kita pun bukan dilahirkan sempurna segala sudut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TB. Kalau tak boleh terima tu yang menjadi masalahnya...

      Delete
  3. Mencintai bukan pada kebaikanya sahaja. Cinta jugak keburukan..
    sebab manusia tak sempurna. =)
    ni yg love penipu? hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi manusia biasa la. Mana pernah nak bersyukur...

      Delete
    2. sabar ye. Dugaan tu. nanti dapatlah yg terbaik =)

      Delete
    3. ya la cik bella. Huhuhu.

      Delete