Followers

Thursday, 14 November 2013

ZH minat band XPDC

Dari kiri Izo, Mael, Amy & Zuar

Hi. Cuma nak cerita muzik kat Malaysia yang aku minat. Tak banyak la aku tahu tapi boleh la sikit-sikit. Siapa tak kenal dengan XPDC kan. Kalau tengok dari gambar ni, ni antara muka-muka yang lama. Aku memang minat betul dengan suara Mael ni. Bukan la tak minat zaman Ali cuma bagi aku suara asli Mael memang cukup heavy metal. Biar aku bagi tajuk album-album dizaman XPDC bersama Mael.

DARJAH SATU (1990)
Terbitan: © 1990 Hup Hup Sdn Bhd / Life Records Sdn Bhd.
Penerbit Album: J.S.Kevin 

01. Raja Kertas [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
02. Aku Dan Sesuatu [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
03. Pelesit Mata Sebelah [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
04. C.I.N.T.A. (Instrumental Mix) [Lagu: Z.N.Kevin]
05. Gerak 2000 [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
06. Bukan Milik Aku [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
07. Abadikah Tragedi [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]  
08. Cermin Dunia [Lagu: Bad / Lirik: Wan Zul] 
09. Jangan Tak Mandi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC] 
10. C.I.N.T.A. [Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 


TIMUR BARAT (1992)
Terbitan: © 1992 Hup Hup Sdn Bhd / Life Records Sdn Bhd
Penerbit Album: J.S.Kevin & XPDC

01. C.T. Cinta Kenangan Silam [Lagu: Zul Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
02. Hamba Abdi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC] 
03. Ikatan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC & Ayah Chu]
04. Lagu Dari Aku [Lagu: Zul Kevin / Lirik: J.S.Kevin] 
05. Penyakit Gatal [Lagu / Lirik : Mael XPDC & Hairee STRA-T.G] 
06. Hairan Bin Ajaib [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Izo XPDC] 
07. Talam Dua Muka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun] 
08. C.T. Cinta Kenangan Silam (Instrumental Mix) [Lagu: Zul Kevin]
09. Cekal  [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Mael XPDC & Ayang] 
10. Impian Seroja [Lagu: Zul Kevin / Lirik: J.S.Kevin]


KITA PENG-YU (1994)
Terbitan: © 1994 Hup Hup Sdn Bhd / Life Records Sdn Bhd
Penerbit Album: J.S.Kevin & XPDC

01. Bahalol [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
02. Nafisa [Lagu: J.S.Kevin / Lirik: Sabri Zainuddin Zainal] 
03. John Jenin [Lagu: Izo XPDC / Lirik: J.S.Kevin] 
04. Kita Peng-Yu [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq] 
05. Kabus Semalam [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
06. Selendang Merdeka [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq] 
07. Hijau Bumi Tuhan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin] 
08. Ntahapahapatah [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
09. Titian Perjalanan [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin] 
10. Sentuhan XPDC (Instrumental) [Lagu: Izo XPDC]


BRUTAL (1997)
Terbitan: © 1997 Hup Hup Sdn Bhd / Life Records Sdn Bhd
Penerbit Album: Izo XPDC & J.S.Kevin

01. Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq] 
02. Hentian Ini [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
03. Hidup Bersama [Lagu / Lirik: Mohamed Ayob & Thr Rhythm Boys]
04. Tinggalkan Semalam [Lagu / Lirik: JS Kevin] 
05. Aku Tak Kan Bising [Lagu / Lirik: Mael XPDC] 
06. Senapang Patah [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin] 
07. Cempedak Jadi Nangka [Lagu / Lirik: Mael XPDC] 
08. Aku Masih Di Sini [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun] 
09. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
10. Apa Nak Di Kata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]

Kira ni antara lagu yang aku pernah tau la. Aku dari kecil memang dengar XPDC sebab abang aku memang minat band ni. Dulu selalu la pinjam kaset dia. Zaman belum canggih lagi masa tu. Tapi kebanyakkan lagu J.S.Kevin dan Z.N.Kevin memang best. Padahal dua orang sama je. Sebab J.S.Kevin (Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali), yang cipta lagu dan lirik akan letak nama anak dia. Abang aku la yang cerita macam tu. Dan kebanyakkan lirik dia mempunyai maksud yang sangat nyata.

Tak percaya? Dengar la. Memang best. Cari je kat google and download. Aku paling minat tajuk lagu Hamba Abdi, Hairan Bin Ajaib, Selendang Merdeka, Kabus Semalam & Raja Kertas. Ni antara yang aku minat la. Liriknya memang menusuk di jiwa dan sanubari.

Masa diorang mulakan album pertama umur aku baru 3 tahun. Tak sempat nak merasa darjah 1. hahahaha. Tapi aku start dengar umur 7 tahun. Sebab tu aku minat muzik dari kecil. Tengok la about me. =)

Tu je la aku nak cerita. Korang pula minat band apa?

ZH Blogger

6 comments:

  1. Minat inteam je
    Layan lagu jiwang ke apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inteam nasyid. Hehehehe. Jiwang tak memberi kesan... =P

      Delete
  2. Zaman remaja pcl XPDC ni tgh ligat buat show kat funfair sekirar bandar kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. ZH kecil lagi masa tu. Pergi funfair kat tempat ZH, nampak band XPDC. Best gila sebab ZH memang minat muzik dari kecil lagi. =)

      Delete