Followers

Tuesday, 10 December 2013

Aku Tetap Aku - Episod 1


Pengenalan

Bermula kisah hidupku disini. Tak pernah aku rasa kehidupan yang bererti. Selalu diundang sepi. Hidup dalam keluarga yang serba kekurangan. Banyak perkara sentiasa bermain difikiran. Hidup ini aku rasa bagaikan mimpi yang sentiasa menghantui diri ini. Lupa pula unutk mengenalkan diri aku. Rakan-rakan memanggil aku hanya dengan nama gelaran, Jamm (watak utama). Jamm tu singkatan bagi mat jambu kata mereka. Entah ya entah tidak.

Bermulanya kisah ini ditingkatan 1, aku masih lagi berada dikelas paling hadapan. Tetapi hidup aku kini bukan seperti yang dulu. Aku telah meninggalkan segala kebaikan di dalam diri dan kini berada dilembah kehancuran. Dulu sewaktu sekolah rendah aku sentiasa menunaikan solat, kini aku meninggalkan. Dulu aku selalu dibuli, kini aku yang akan membuli. Aku bukan dulu, aku tidak akan tunduk pada sesiapa lagi.

Apa yang membuat diri aku begini? Semua kerana inginkan kuasa untuk menjadikan diri ditakuti. Menjadi orang yang tidak lagi yang sering takut akan orang lain. Bukan bangga dengan apa yang terjadi, tapi menceritakan kisah untuk pedoman diri. Kenangan masih disini walaupun telah berkurun masa berlalu. Aku lampirkan kisah aku disini.

Aku bersekolah tapi aku berkawan dengan kawan yang lebih berumur dari aku. Mungkin untuk menumpang populariti. Aku kini kian rosak dan sentiasa melakukan apa sahaja dilarang. Jiwa mula memberontak untuk mencari kehidupan baru. Apakah tidak cukup lagi kemusnahan dari tangan manusia yang keji, kini aku pula ingin begini. Dan inilah pengenalan diriku yang ingin mencuba ke lembah kemusnahan.

Walaupun telah lama berlalu, kisah ini akan menjadi kisah yang tidak pernah dilupai. Mungkin kisah ini hanya direka atau kisah ini mungkin adalah kebenaran didalam diri. Rahsia ini biarlah aku dan Allah S.W.T sahaja yang mengetahui akan kebenarannya. Biarkan suara-suara sumbang mencaci aku. Tetapi mereka tidak mengerti apa yang aku lalui. Hanya aku yang merasai akan diri sendiri. Kerana "Aku Tetap Aku".

Bersambung....

Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.

16 comments:

  1. ZH dah macam sastrawan dah ayatnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Fuhhh. Tapi tak pernah belajar sastera pun. Tak tau ayat sastera tu macam mana. Ni tulis ikut hati je. Rasa macam susunan ayat pun kelakar je. Hehehehe

      Delete
  2. wah .. permulaan yg baik . terus kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bella. Akan mencuba memuaskan hati pembaca. =)

      Delete
  3. Teruskan... Menulis karya kreatif tu satu terapi.. Hehe

    ReplyDelete
  4. opening cam best je...hihihi...will be waiting for the next episode..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks wan sebab support. Aku akan cuba bagi kualiti yang terbaik untuk cerita ni. =)

      Delete
  5. Nnt sambung ye...x sabar nk bace....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Safarina. Akan bersambung nanti. =)

      Delete
  6. waaaaahh, pandainya mengarang story.. bagus jalan ceritanya.. teruskan ye..
    nti sy smbung baca kisah smbungan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Saya rasa macam kelakar cara saya tulis. Cuba buat terbaik untuk yang akan datang. =)

      Delete
  7. Replies
    1. Permulaan untuk semua. Biar menjadi tanda tanya, apa kisah yang akan diceritakan. =)

      Delete
  8. Replies
    1. tak tahu lagi berapa episod akan dikeluarkan. Hehehe

      Delete