Followers

Friday, 13 December 2013

Aku Tetap Aku - Episod 2


Bermulanya Tahun 2000

"Oi Jamm, kau ada rokok tak?"

Kata rakan pada aku. Dalam hati aku berkata, kau ingat aku ni taukeh rokok ke.

"Rokok takda la Mat. Yang ada daun kering. Kau kutip je tepi tu ha".

Aku menunjuk ke arah longkang.

"Tu buat apa wei. Apa projek malam ni. Takraw jom Jamm".

"Bukan aku tak nak main, kau tahukan aku ni memang kaki bangku. Macam ni la, kau bawa aku pergi Subang kejap. Ada barang aku nak ambil. Naik moto kau, aku payung minyak motor dan peut kau sekali".

"Ok je kalau macam tu, jom ambil helmet kat rumah aku".

Aku dengan Mat pun bergerak dalam jam 8:30 malam. Sampai je disana, aku terus jumpa abang angkat aku dirumah dia. Orang panggil dia brader Chan. Mungkin kerana darah kacukan bapanya cina dan emaknya melayu, muka dia pun dah macam cina.

"Hei Jamm. Masuk la. Siapa kau bawa ni? Ok ke tak budak kau bawa ni?"

"Ok je la bang, takda hal. Kawan saya dari kecil lagi. Jom mat masuk".

Aku pun bergegas masuk ke rumah serba mewah itu.

"Mat jom la cepat. Ni abang Chan. Kau lepak je, takda hal. Dia ok je".

Abang Chan ke dalam bilik dia dan mengambil bungkusan lalu diberikan kepada aku.

"Jam, apa abang Chan bagi kat kau tu?".

Aku pandang dia tanpa berkata sepatah apa pun.

"Abang Chan, saya gerak dulu la ya. Lusa saya datang. Lagi pun esok Mat ni sekolah pagi, saya takpa tengah hari.".

"Kau dengan kawan kau tak minum dulu ke? Tapi biasa la rumah abang ni ada air luar biasa je. Hahahahahaha".

"Takpa-takpa. Kawan saya pun tak minum. Nanti saya datang lagi".

Kami pun bergegas pulang. Mat ajak aku lepak rumah dia, tapi aku cakap esok malam baru aku boleh lepak sebab hari sabtu aku cuti. Aku pulang dan menyimpan barang yang aku ambil di dalam almari baju aku. Aku terasa mengantuk dan cuba tidur. Baru je nak tidur mak aku tanya,

"Kau dari mana ni? Malam-malam baru balik. Tak habis-habis ke melepaknya?".

"Bising la mak ni. Aku nak tidur penat. Esok-esok la mak sambung bebelan mak tu".

Aku terus tekap kepala dengan bantal dan dibuai mimpi yang tidak aku ingati.

Jam 10:23 pagi, waktu aku bangun dari tidur. Segar betul pagi ni. Mandi dulu la baru boleh makan. Aduh, baju sekolah tak gosok lagi. Cepat-cepat aku mandi, selepas selesai aku pun gosok baju sekolah aku. Apa la siaran TV ni, tak menarik betul. Dah jam 11:40 pagi ni. Siap-siap ke sekolahlah. Nanti bising mak aku.

"Mak, aku pergi sekolah dulu".

"Ambil duit kat atas meja makan tu".

"Terima kasih mak".

Aku salam mak aku dah terus keluar untuk ke sekolah.

Berbekalkan RM1.50 untuk tahun 2000 memang bermakna buat aku. Masa aku sedang berjalan aku terfikir apakah akan terjadi dengan hidup aku ni. Makin malas untuk ke sekolah. Apa aku nak jadi? Tahun 2000 hampir berakhir dah. Apa pun aku tak buat untuk peperiksaan lagi dua minggu ni. Biar la takdir menentukan. Aku tak perasan yang aku terlah berubah banyak masa tu.

Lepas penat berjalan hampir 5 kilometer untuk ke sekolah, aku lepak kejap dengan kawan-kawan aku. Tapi kini aku lebih banyak berkawan dari yang lebih belakang dan dengan budak-budak nakal. Bukan salah mereka aku jadi begini, tapi itu semua atas kehendak diri sendiri.

"Jamm, jom merokok dulu kat belakang sekolah".

"Kau ada rokok ke Man?".

"Ada la sebatang. Kau separuh dengan aku la".

"Ok aku set je Man".

Loceng perhimpunan berbunyi.

"Man, jom la wei. Dah bunyi loceng dah".

"Ok la. Petang kalau kau nak balik tunggu aku, Jamm".

"Ok".

Aku pun masuk kelas. Sham rakan kelas aku, dia agak pendiam dan selalu dibuli. Aku berkawan dengan dia sebab aku pernah merasa macam mana bila kena buli. Tapi sekarang tiada siapa berani kacau aku lagi. Mungkin sebab aku banyak berkawan dengan orang lebih dewasa. Tiba tengah leka mengenangkan kisah aku, tiba-tiba....

"Jamm, Cikgu Hasnah nak jumpa kau dekat bilik guru".

Leceh betul la minah ni.

"Jap lagi aku datang".

Sampai je aku dibilik guru,

" Assalamualaikum Cikgu, kenapa nak jumpa saya?".

"Duduk kejap Jamm. Cikgu tengok sekarang prestasi kamu makin teruk. Kenapa ya? Kamu ada masalah ke?".

"Takda apa pun. Mungkin dah bodoh kot".

Agak kurang ajarkan ayat aku.

"Lagi dua minggu je dah final exam, Cikgu harap kamu dapat buat yang terbaik. Sebab keputusan kamu masa sekolah rendah sangat baik. Rugi kalau kamu buang masa dengan benda yang tidak elok".

"Takpa la Cikgu, saya pandai la jaga diri saya ni. Thanks".

Aku terus keluar dan kembali ke kelas.

Kini telah jam 5.15 petang, waktu sekolah telah berlalu. Lega rasa dapat balik. Malam nak melepak lagi. Aku balik dengan Man sebab dia dah ajak aku tengahari tadi. Sampai rumah aku mandi dan merehatkan minda aku. Baru teringat bungkusan semalam. Aku buka dan wanginya bau ni. Mesti pekena dulu ni. Ganja atau nama samaran dia (Bal) telah aku balut untuk dihisap. Perh asap dia memang sedap. Dah pekena ni tidur baru lena. Apa pun kisah aku tidak akan berhenti disini.

Bersambung....


Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.


30 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe. Setiap sambungan pasti ada keunikan. Dan ni baru permulaan, akan sampai kemuncak tapi mungkin panjang lagi. =)

      Delete
  2. youre so talented. ada tulis buku.novel etc ke? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah. Saya tak minat baca novel pun. Mungkin kisah sebenar lebih menarik dari kisah yang dicipta. Thanks for give me a spirit to continued my story. =)

      Delete
    2. no hal. pernah dgr buku fixi? i think you should try. you're talented. rugi kalau tk try. i saja suggest bcs i love novel fixi. dia tk mcm novel lain. the most buku dia based on true story. and ayat2 dia pun sempoi. and i bukan peminat novel love story.etc. i more to comic. but i love fixi novel sbb sgt sempoi. try to visit http://fixi.com.my/index.php . anyone can be a writer there. kalau you nak i ada email dia. heheh =D all the best. chaww,

      Delete
    3. Ya ke. Saya tak pandai nak menulis macam tu. Rasa banyak lagi ayat saya tidak menarik dan salah penggunaannya. Saya akan cuba nanti. Thanks for info tau. =)

      Delete
  3. very nice storyline... mak tunggu sambungannyaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mak Dara. Nannti saya sambungkan kisahnya. =)

      Delete
  4. menarik.. nak tunggu sambungannya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sya Mimie. Will be continued ASAP. =)

      Delete
  5. wah, kreatifnya ZH. rajin pulak tuuu :) qaqa tunggu sambungan dia.. tik tok tik tok tik tok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Qaqa. Cuba bagi terbaik untuk semua. =)

      Delete
  6. hehehehehe..nantikan sambungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Kathy. Saya akan cuba bagi impak yang lebih lagi pada masa akan datang. =)

      Delete
  7. wahh, suspend . baru episod 2. da ade graf da naik =) keep it up.
    nice writing zack .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Thanks bella. Cuba bagi terbaik...

      Delete
  8. It sounds like a real story though.. nice writing. Im pretty curious, what is exactly the stuff that he took from Brader Chan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he took marijuana. In malay ganja or nickname bal. Thanks for read. I will continued ASAP.

      Delete
  9. anon suka ini cerita...
    #asalbole.....
    mystery guy
    wakakawakakawakaka

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. tunggu k. Next episod akan ditulis dlm masa terdekat.

      Delete
  11. wow ! ini pengalaman zack masa sekolah eh !! tunggu sambungan zack....teruskan !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kisah yg akan jd pengalaman dan kenangan. Cuma bg terbaik.

      Delete