Followers

Friday 6 December 2013

Ciri-ciri wanita idaman


Mesti ramai nak tahu apa ciri-ciri wanita idaman sang kumbang (Lelaki la). Bukan senang nak mendapat ciri-ciri yang di idamankan. Sini aku letak la ciri-cirinya. Mana tahu para wanita nak berubah pula ke. Hehehehe.

1. Solehah
Adakala lelaki memang nak yang solehah. Walaupun perangai dia pun macam Setan. "Bukan setan la Syaitan, Sultan" Cerita Seniman Bujang Lapok. Hahhaha. Kenapa nak yang macam ni kalau diri tak baik? Mungkin bagi lelaki seorang perempuan adakala boleh mengubah diri mereka jadi lebih baik. (Takut Bini)

2. Penyayang
Ramai lelaki nak wanita yang penyayang. (Bukan gedik). Kalau wanita tu penyayang, mesti la lelaki bertambah sayang. Tak perlu nak buat-buat penyayang la kan. Biar keluar dari hati yang murni.

3. Sporting
Ni pun penting juga ni. Sebab apa, kalau wanita tu sporting, boleh jadi kawan dan kekasih dalam satu masa. Kalau wanita tu garang je, lelaki pun takut nak cerita masalah. Mana tahu dia nak kahawin lagi, boleh la bawa berbincang macam kawan. Hahahaha. (Bukan aku ok)

4. Jujur & Ikhlas
Sebenarnya aspek ni paling penting. Kalau kita jujur dan ikhlas pada lelaki tu, tak kira dia tak hensem macam aku ni, mesti banyak persefahaman yang boleh dibuat. Jangan pandang rupa sangat, takut nanti jadi andartu (Anak Dara Tua). hahahahaha

5. Tidak Materialistik
Ni paling aku dan para lelaki takut. Materialistik. Jangan....Jangan... Jadi macam ni. Sebab apa? Please la, kalau dapat yang takda harta macam aku ni, apa mampu diberi. Hati yang suci sukar dicari. Kalau nak juga pandang kebendaan, cari lelaki ada kedai besi buruk, macam-macam benda ada. Hahahaha...

6. Natural Beauty
Maksudnya bukan nak yang cantik sangat pun. Tapi tak payah la makeup sampai tebal 10 inci, pemerah bibir sampai lagi merah dari warna kereta sport. Hahaha. Ni bukannya pencarian watak hantu. (Sorry kalau terasa). Kan better korang makeup ala kadar je. Bersyukur la dengan kurniaan Allah. Jangan rasa rendah diri walaupun rendah, sebab rendahkan comel. Tak gitu. =P

7. Tak Sombong
Jangan nak menyombong sangat la. Lelaki yang cool macam aku ni, memang pantang betul jumpa yang menyombong ni. Biar luar tak cantik, tapi dalamannya cantik. Sombong la tinggi mana pun, bukan boleh terbang macam burung pun. Cakap cara baik je dengan orang sekeliling, baru ramai suka kawan. =)

Ni antara ciri-ciri yang dapat aku ceritakan. Tak banyak tapi boleh membantu la juga. Aku ni tak kisah pun dengan jenis-jenis macam ni. Yang penting kita dah sayang, semua boleh terjadi. Berubah perlahan-lahan dan kena paham setiap manusia berbeza sifatnya.

Jangan jadikan orang yang kita nak tu menjadi bukan diri dia yang sebenar. Terima kelemahan dan kelebihan mereka. Dan kalau tanya aku ni boleh berubah ke kalau orang suruh? Jawapan aku senang je.

"Aku Tetap Aku"

30 comments:

  1. suzy doakan ZH jumpa gadis yang mempunyai ciri² mcm ZH inginkan..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. SOLEHAH tu yg mcm mane tu?. hihi, jadi tanda tanya jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solehah tu berbuat apa yang di tuntut agama. Tak nak la panjang2... hehehe...

      Delete
  3. hati bila dah sayang tak ingat dah semua dalam senarai tu..bau belacan pun boleh jadi wangi...hahaha

    ReplyDelete
  4. nice share. jgn girgirl jadi imam untuk lelaki.
    Insyallah suami boleh bentu isteri solehah selepas kawin nanti insyallah

    ReplyDelete
  5. lelaki baik utk wanita yg baik bgitu sebaliknya:) yg lain tu hnya ciri2 sampingan yg penting mestilah ada pegangan agama.. tak cantik xpe yg pnting sedap mata memandang..hoho, jgn marah arr ..pndangan seorang wanita besa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Tak juga. Kalau jodoh tak kisah mana pun takdirnya. =)

      Delete
  6. ouuuuu. baru tahu ni.. sebelum ni tak sure ciri idaman lelaki camne. haha :) btw, semoge ZH dapat wanita idaman ZH ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZH tak kisah mcm mana pu. Ni ciri utk lelaki lain. Bukan utk ZH la.

      Delete
    2. lau ZH jenis x kisah maknanya x de la susah sangat nak cari calon..

      Delete
    3. Tu la. Saya ni cerewet time membeli barang sendiri je. =)

      Delete
    4. Zaki cara kita sama..
      ME sendiri memang cerewet lagi2 bila shopping...
      sebab kita nakkan barang yang berkualiti dan sesuai dengan harga yang kita bayar...

      Delete
    5. Betul tu ME. Benda nak pakai lama. =)

      Delete
  7. Amboi perfectnya!!!! Sama lah. Qila pon harap sangat dapat future husband yg perfect lol heheheheheh

    Inshaallah amin!!! May semua org dapat yang diidami hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan perfect sgt. Ni just apa yg ZH review dr kawan2. Bkn utk ZH pun.

      Delete
  8. bagi atie x kira lelaki atau perempuan, jujur dan ikhlas terima pasangan seadanya yg penting... sikap toleransi pun kena ada sebab x kan setiap masa nak sporting je.. cuma kalau isteri ni cakap kat suami 'abg, syg nak pergi keluar jumpa samat kejap".. dalam hati lelaki mesti terdetik rasa cemburu sebab isteri nak keluar jempa lelaki.. tp yg perempuan boleh balas cakap " abg keluar dengan setiausaha abg, syg sporting je.. x marah pun" nampak x kat situ mainan die.. so jujur, ikhlas dan toleransi tu mmg penting.. hehehe.. berjela pulak komen.. jangan marah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul panjang ulasan dia ni. Hahaha. Mungkin betul jugakan.

      Delete
  9. Semua tu penting x salah pun....aik ! belum kahwin dah cerita nak kahwin lagi satu.....hahahaha.....nak dpt yg satu pun punya lah susah...jgn mcm tu....relax cool and enjoy zack.....weee

    ReplyDelete
  10. betul tu.. tp agak susah nak cari yang complete camtu...
    tp kalau selalu berdoa dan minta pada-Nya apa yg kita nak, Dia pasti akan tunaikan...
    insyaAllah..

    ReplyDelete