Followers

Thursday 30 January 2014

Aku Tetap Aku - Episod 7


Terlupa

Arghhh. Malasnya pagi ni nak ke sekolah. Hari Isnin adalah hari yang paling malas untuk aku. Hari ini aku pergi ke sekolah dengan Syafiq. Malas aku nak jalan kaki, jadi aku naik bas la pula hari ini. Dah jam 6 pagi, macam awal sangat je nak keluar. Tapi tak apalah, aku tunggu Syafiq kat perhentian bas pun bagus juga. Sedang asyik menunggu,

"Ooi Jamm. Awal kau dekat sini."

Syafiq ni buat aku terperanjat je. Selamat jantung aku masih kuat lagi.

"Siot la kau. Selamat aku takda lemah jantung. Kau lembab sangat. Malas aku nak tunggu. Kau tau la, bas selalunya penuh je bila sampai sini."

"Ya la. Aku jelah lembab."

"Ahh kau, touching pula. Macam gay wei touching ni."

"Pala otak kau. Hahahaha. Nah ambil separuh rokok aku. Tak larat la nak hisap."

"Bak mai sini."

Lima minit selepas, bas pun sampai ke destinasi kami.

"Jom la Syafiq. Aku nak lepak mamak bawah LRT tu dulu."

"Ok jom."

Aduh. Kenapalah bas kat sini tak pernah nak kosong. Penat pula rasa naik bas penuh macam ni. Aku terus masuk sampai petengahan. Macam Husna je belah kiri aku. Tapi tak nampak sangat sebab ada 3 orang lagi disebelah aku. Aku pun cuba mendekati. Alamak, dia perasan la pula, siap senyum lagi. Terus aku buat tak nampak. Malu la pula nak tegur.

"Hi Jamm. Selalu naik bas juga ke?"

Aku terus buat-buat terkejut. Padahal memang dah tahu dia dekat sebelah.

"Eh Husna. Tak la. Kadang-kadang je."

"Patut la tak pernah nampak sebelum ni."

"Mungkin dulu tak kenal lagi, macam mana nak perasankan."

"Mungkin la kot."

Cepat pula bas ni bergerak. Kalaulah boleh aku lambatkan bas ni kan bagus. Perhentian aku dah sampai. Tak puas lagi ni borak.

"Ok la Husna. Jamm dah sampai dah kat perhentian. Jumpa lagi ok."

"Jamm, petang ni Husna nak pergi JJ (Jaya Jusco). Kalau nak jumpa jalan la petang kat sana."

"Kalau takda apa kita jumpa ok. Bye"

"Ok. Bye."

Yes. Dia ajak aku jumpa. Dia suka aku ke? Tak mungkin la. Mungkin dia saja nak borak dengan aku. Takpa-takpa, petang ni aku kena ke sana. Boleh jumpa dia. Sekarang aku kena ke sekolah dulu. Sampai je di sekolah, aku terus jumpa kawan-kawan yang lain.

"Syafiq, kau rasa dalam pukul 10 nak lari tak?"

"Ok juga idea kau tu. Malas aku nak belajar hari ni. Kita ajak budak-budak lain sekali jom."

Aku dengan Syafiq ajak Amy, Bat, Lim dan Abash sekali. Bat suruh kita orang lepak rumah dia je. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. masa yang dinantikan telah tiba. Kami bertujuh keluar dari sekolah mengikut pagar belakang. Kami semua terus ke rumah Bat untuk melepak. Tiba je dirumah dia aku perasan ayah dia ada dekat luar rumah.

"Bat, ayah kau ada kat rumah wei. Macam mana ni?"

"Korang relaks je, ayah aku ok. Jangan mak aku, habis kita semua."

Kami semua terus menegur ayah Bat dan bersalaman. Harap-harap ayah dia tak tanya kitaorang daripada mana. Susah nak menjawab nanti.

"Bat, ajak kawan-kawan kau masuk. Ayah nak keluar sekejap."

"Jom la masuk semua."

Kami pun masuk dan melepak disini. Selamat rumah Bat ada jual bermacam jenis makanan ringan. Tak perlu nak keluar. Tapi tak sangka ayah Bat memang sporting dan baik. Sampai ke petang kami melepak dirumah Bat. Dah jam 2 petang, aku kena ke JJ ni. Apa alasan aku nak bagi dekat diorang ni? Harap diorang tak banyak tanya, kalau tak pecah rahsia aku.

"Bat, aku nak gerak dah. Ada kerja sikit."

"Apa kerja yang kau ada. Kalau kau ada hal ok la. Esok hari minggu, takda plan ke mana-mana ke?"

"Apa-apa aku roger korang. Gerak dulu wei."

Aku pun berjalan ke Jusco dengan harapan bertemu dengan Husna. Rasa macam malu pula nak jumpa dia. Macam mana caranya aku nak berborak dengan perempuan ni. Susah betul la kalau tak pernah bercinta dan berkawan dengan perempuan ni. Setiba je aku disana, terus berjalan seorang diri sambil mencari Husna.

"Hi Jamm, cari Husna ke?"

Terkejut bila kena sergah dari belakang. Aku terus menoleh dan melihat Husna dan dua lagi rakannya. Aduh... Aku pula sorang-sorang je, maka bertambah malu aku nak berjalan dengan mereka ni.

"Eh, tak la. Jamm tengah cari awek yang comel. Hehehe."

"Ohh, ok. Husna tak comel la ye. Tak nak jalan dengan Jamm la macam ni."

Tiba-tiba kawan Husna pula menyampuk.

"Kalau kau tak nak jalan dengan mamat ni, biar aku je la jalan dengan dia. Hehehe."

Muka aku terus merah padam. Tak biasa aku bergurau macam ni. Malu bertambah dihati ini. Husna melihat aku tersipu malu. Aku kena cover ni.

"Kau pula yang lebihkan. Sorry tau Jamm. Kawan Husna memang macam ni. Suka kacau orang."

"Takpa. Tak kisah pun. Husna nak ke mana lepas ni?"

"Kita orang nak jalan tengok buku dekat MPH. Jom la ikut."

"Ok je. Jalan la dulu."

Aku terus berjalan dibelakang mereka. Husna berborak dengan aku dan kawan dia berjalan dihadapan kami. Bahgianya rasa bila dapat berbual dengan dia. Bilakah kau akan jadi milik aku. Best betul berjalan dan berborak sampai lupa hari sudah petang. Husna ajak aku balik. Kami pun menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Akhirnya sampai juga dirumah. Aku pulang terus mandi. Pada malam hari pula aku bermain gitar sambil memikirkan pertemuan tadi. Bila aku dapat keluar berdua je dengan dia ni lagi. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Rupanya Qaseh mesej suruh datang esok. Abang Chan minta aku tolong packing barang untuk malam esoknya. Aku terus balas mesej Qaseh yang aku akan datang petang esok.

Kacau betul Qaseh ni. Tengah best je tadi mengelamun. Lupa pula aku, nak ke Husna berkawan dengan aku kalau tahu kehidupan sebenar aku? Sudahlah, baik aku tidur dari berfikir benda yang belum tahu akan kesudahannya.

Bersambung...


Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.

20 comments:

  1. Wah makin berkembang story ni.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan bertambah kembang pada masa akan datang. =)

      Delete
  2. jarang jumpa guy yg tulis cerpen/novel :)) good!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope akan terus berkarya didalam penulisan. =)

      Delete
  3. tidurlah pulak, mmg lambat lagi kesudahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu. Memang panjang lagi. =)

      Delete
    2. sabar menanti,kalau buat drama mesti meletop

      Delete
    3. drama tu macam jauh je lagi dari pandangan. Hehehehe

      Delete
  4. semakin panjang ceritanya.. bagus!

    ReplyDelete
  5. wah..ada apa2kah antara jamm n husna..jengjengjeng..
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akan datang tahu apa yang berlaku. =)

      Delete
  6. wah wah wahh...next ep please :D

    ReplyDelete
  7. i dunno what to comment. yang tahu. best. hehe.

    ReplyDelete
  8. hee.. macam kisah zack jea.. terutama ada part main giter tu.. hik hik hik.. opsss.. larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam kita sorg je reti main gitar erk. Huhuhuhu.

      Delete