Followers

Tuesday, 14 January 2014

Hari Keputeraan Muhamad S.A.W


google image

Assalamualaikum semua.
Hari ini ulang tahun kelahiran baginda Muhamad S.A.W. Kita selalunya mendengar sifat-sifat baginda sangat terpuji. Baginda seorang yang sabar, jujur, amanah, lemah lembut dan banyak lagi sifat-sifat baginda yang terpuji. Insan yang terbaik didalam dunia ini dan tiada tandingannya.

Adakala aku sendiri terfikir, adakah aku mencintai baginda lebih dari cinta pada diri sendiri. Baginda pernah bersabda, 'tidak beriman kamu sehingga kamu mencintai Aku lebih dari segalanya dan melebihi cinta pada dirimu sendiri'. Semoga hari ini kita diberi peluang untuk mengenal baginda dengan lebih baik dari sebelumnya.

Adakala aku terasa sangat-sangat teringin bertemu dengan Rasulullah. Bila dapat ketemu dan bersua. Kisah baginda hanya aku dengari. Pengorbanan baginda terlalu besar untuk kita umat manusia. Mungkin aku bukan insan yang baik tapi bila dengar kisah baginda, membuatkan aku ingin menjadi sepertinya.

Rasulullah S.A.W juga pernah ditanya oleh sahabat, 'apakah amalan yang terbaik jika aku lakukan ia dan meninggalkan yang lain, amalan itu lebih baik'. Baginda menjawab 'Berselawat kepadaku, sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat padaku'. Dengan itu, dihari yang mulia ini, kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang mencintai dan dicintai oleh baginda. Wallahualam.


22 comments:

  1. seronok bila ada orang yang menceritakan sejarah, keangungan dan hadis nabi
    moga tdak hanya pada masa bulan rabiul awwal sahaja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kisah Baginda tersemat dihati.

      Delete
  2. Alhamdullilah...salam malidur rasul Ahmad Zaki..:)

    ReplyDelete
  3. dgr sirah Nabi Muhammad saw tak pnah jemu.. walaupun dgr berulang2 lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. rasulullah saw contoh terpuji.. salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah. Salam malidur rasul juga. =)

      Delete
  5. salam maulidur rasul juge :)
    *lmbt sikit wish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maulidur rasul juga. Takpa. =)

      Delete