Followers

Tuesday, 18 February 2014

Aku Tetap Aku - Episod 8


Cemburu

Penat betul badan ni. Tiap minggu nak datang rumah Abang Chan je. Bila aku nak berhenti dari hidup sebegini? Kalau aku tak berubah dulu, mesti hidup aku lebih baik daripada sekarang ni.

"Dik, sampai dah."

"Berapa bang?"

"Lima ringgit empat posen."

"Nah bang. Terima kasih bang."

"Sama-sama dik."

Laju betul brader tu bawa tadi. Aduh... Macam malas aku nak datang sini. Masuk je la. Kalau dapat keluar dengan Husna ni mesti seronok.

"Abang Jamm. Berdiri tercegat kat luar ni kenapa? Masuklah."

"Ehh... Qaseh daripada mana ni? Tiba-tiba muncul."

"Dari kedai, beli makan ni. Untuk Abang Jamm pun Qaseh ada belikan juga. Jom masuk."

Qaseh terus tarik tangan aku dan membawa aku masuk. Selalu betul dia ganggu waktu aku tengah berangan. Geram pula aku dengan budak ni. Lantak la dia. Aku pun masuk dan duduk disofa. Penat betul badan ni. Dapat tidur ni pun seronok juga.

"Jom makan Abang Jamm. Banyak lauk Qaseh beli ni."

"Ok. Abang datang la ni."

Aku bergegas ke meja makan. Perut pun agak kosong dari pagi tadi.

"Abang Chan mana Qaseh?"

"Tah dia. Abang tu bukan reti nak bagitahu kalau keluar. Malas nak call dia tanya kat mana."

"Ya la. Abang Chan memang macam tu la."

Kami berdua makan sambil bersembang. Tiba-tiba terdengar pintu dibuka. Abang Chan balik dah kot.

"Jamm! Bila sampai?"

"Baru setengah jam je sampai. Abang Chan dari mana?"

"Aku tadi pergi tengok stok baru sampai. Petang karang dalam pukul 6 ikut aku pergi tengok budak packing stok."

"Boleh je. Takda hal."

Selesai makan je aku rehat dalam bilik sambil bermain gitar. Bila nak dapat beli gitar karen macam ni. Kena beli juga tahun ni. Kalau kira dengan duit aku ada, boleh dah beli ni. Minggu depan aku nak pergi tengok la. Mana Husna ni. Tak sms aku pun.

"Abang Jamm, ni Qaseh buatkan air Milo untuk Abang Jamm."

"Thanks Qaseh. Letak la kat situ. Nanti abang minum."

"Bosan la. Qaseh duk sini boleh?"

"Kalau nak kata tak boleh memang tak la kan. Ni bukan rumah abang pun."

"Ala. Ayat touching pula. Abang Jamm tak bosan ke main gitar je. Cuba cari permainan lain pula."

"Dah ini je yang abang reti. Main bola tak reti. Takkan nak main masak-masak pula. Hahahaha."

"Sengal la abang ni."

Qaseh terus meletakkan kepala dia dibahu aku.

"Macam mana abang nak main gitar kalau Qaseh menyandar macam ni."

"Takyah main gitar. Borak dengan Qaseh la ya."

Qaseh mengambil gitar dan meletak ke tepi dan datang kepada aku. Meletak kepala dipeha aku.

"Abang Jamm, Qaseh comel tak?"

"Ermmm... Boleh la. Tengok cukup la segala sifat ada."

"Eh abang ni. Qaseh tanya betul-betul ni. Selama dekat 3 tahun kita kenal, Abang Jamm tak pernah ada GF pun. Ke Abang Jamm gay? Hahahahaha."

"Wah-wah. Sedapnya mulut. Abang tak rasa ada yang memikat hati abang lagi. Tapi tu la, sekarang abang teringat girl yang abang nampak masa malam merdeka tu. Tak sangka abang boleh dapat jumpa dia lagi dan kawan dengan dia sekarang."

Qaseh terus bangun dan bertanya,

"Eh, bila Abang Jamm jumpa dia lagi? Tak cerita kat Qaseh pun. Hmmm. Dia baik ke? Takut nanti Abang Jamm kecewa ke kan."

"Takkan nak cerita semua kat Qaseh. Apalah. Abang tengok dia baik je. Selalu abang sms dengan dia."

"Ohh. Patut tak sms Qaseh tak balas. Bagus la tu. Malas la layan Abang Jamm."

"Ok. Pergi la tidur kat bilik Qaseh."

"Taknak, abang tidur kat sofa sana. Qaseh nak tidur sini. Keluar, keluar."

Qaseh terus tolak aku keluar dari bilik tu. Kenapa dah Qaseh ni, tiba-tiba pelik je perangai dia. Lantak dia la. Baik aku rehatkan badan kat sofa. Ada lagi 3 jam ni. Apa nak buat ni. Mata pun tak terlelap ni. Aku kena tidur juga ni. Petang karang penat lagi badan ni. Aku pun terlena sebentar.

"Jamm, bangun. Dah pukul 5.30 petang ni. Bangun siap."

"Ok. Saya nak mandi dulu Abang Chan."

"Cepat sikit."

Aku terus mandi dan bersiap-siap.

"Ok Abang Chan. Dah boleh gerak ni."

"Kau panaskan kereta kejap. Abang nak ambil barang dulu."

Aku pun panaskan enjin kereta. Lepas 15 minit Abang Chan datang dah pandu kereta ke tempat dituju. Hampir sejam perjalanan, aku sampai di sebuah tempat dalam kawasan pendalaman, ternampak gudang lama. Macam seram je tempat ni. Tak pernah aku datang dekat sini.

"Ok Jamm, dah sampai, tolong bawa beg abang. Ni tempat operasi abang. Kau biar pecah kat perut, jangan pecah kat mulut. Ingat pesan abang ni."

"Ok Abang Chan."

Aku terus menuju ke pintu masuk yang dikawal oleh 4 orang berbadan sasa. Ganasnya muka diorang ni. Masuk je la. Apa mau takut. Aku pun masuk ke dalam.

Bersambung...


Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.

14 comments:

  1. Tumpang baca.. mana tahu jd bahan masa ngaja nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu. Kalau ada yang terkurang bolehlah komen. Saya akan cuba membaikinya. =)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Nurul Syahada. Setiap orang ada bakat, cuma mereka tidak menonjolkan bakat mereka lagi. =)

      Delete