Followers

Thursday 27 February 2014

Nokia Lumia & Aplikasi

Hi semua. Pasti ramai yang rindu dekat aku ni kan? Jarang sangat ada dah aku ni. Minta maaf semua, bukan sebab aku sombong tapi takda masa sangat nak blogwalking semua blog kawan-kawan semua. Dengan keadaan kerja yang agak sibuk dan aplikasi blog yang belum aku jumpa lagi hari tu. Hari ni aku nak cerita sikitlah pasal Nokia Lumia 625 aku dan aplikasi yang menarik bagi aku. Nak tahu? Jom aku bagi sikit review.

Biar aku cerita sikit spesifikasi tentang Nokia Lumia 625 ni dulu.

Network support : (2G) GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
                             (3G) HSDPA 850 / 900 / 2100
                             (4G) LTE 800 / 1800 / 2600
Screen : IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors, Corning Gorilla Glass 2.
Sound : Vibration; MP3, WAV ringtones, 3.5mm jack (Dolby headphone sound enhancement).
Memory : Internal 8GB, 512 MB RAM / MicroSD sampai 64GB.
Camera : 1)Belakang : 5 MP, 2592х1936 pixels, autofocus, LED flash
                2)Depan : VGA
Video : 1080p@30fps
Os : Microsoft Windows Phone 8, upgradeable to WP8 Black
Chipset : Qualcomm MSM8930 Snapdragon
CPU : Dual-core 1.2 GHz Krait
Bateri : Non-removable Li-Ion 2000 mAh battery (BP-4GWA)

Ni antara yang aku tahu la. Nak tahu lebih lanjut, cari dekat Google. Apa yang terbaik tentang Nokia Lumia ni? Aplikasi banyak ke? Memang tak dinafikan, aplikasi tak banyak pun tapi semua yang kita biasa guna ada je. Contohnya whatsapp, wechat, instagram, dan lain-lain. Jom review sikit.

 Muka Depan

Muka depan ni apa yang aku dah pin kan.Kalau tengok ada Me, People dan Photo. Tu antara yang menarik. Kita review tu dulu.

1.Me

Ni identiti kita. Macam aku memang dah lama ada akaun Outlook. Dia terus sync ke Outlook, Facebook, Twitter dan Linkedin. Nampak kan bawah perkataan ME tu. Aku boleh terus update status dan checkin daripada sini je terus ke FB,Twitter dan Linked.


Notification dalam ME ni bila mana ada orang mention nama kita di FB, Twitter dan Linkedin. Atau mereka ada like posts kita atau apa je yang berkaitan kita.


What's new dalam ME ni terus boleh tengok status atau post yang kita tulis dari FB, Twitter dan Linkedin.

2.People

People ni sama je macam ME cuma bezanya, disini segala akaun orang yang ada dalam list FB, Twitter dan Linkedin kita dan no telefon yang ada dalam Outlook kita. Mudah sangat kalau nak cari orang dalam ni. Semua dalam satu.



Terasa susah sebab terlalu banyak dalam satu? Kita boleh filter apa yang kita nak tengok. Tak perlu nak download aplikasi untuk FB dan Twitter lagi. Nak mesej mereka terus ke wall atau private FB pun boleh, Mention Twitter pun boleh, selagi kiorang ada dalam list kita add dan orang kita follow. Tekan je dekat nama orang tu, dan kalau kita dah link semua akaun mereka dalam Outlook, semua ada dalam 1. Contohnya buka nama Kasim, aku dah link 3 akaun, tekan je nama dia, ada no fon, FB dan Twitter dalam 1 nama. Terus je tekan yang mana kita nak hantar, wall, mesej no fon atau FB atau pun mention on Twitter.


Dalam What's new People ni, apa sahaja update daripada wall akaun yang ada akan keluar disini. Kalau kita nak tengok boleh, nak komen terus pun boleh. Ikut apa yang terbaru dan nak tengok yang lama, just scrool je ke bawah.

3.Photos



Percaya atau tidak semua photo yang kita ada terus masuk ke dalam album. Macam aku dari dulu terus masuk gambar terbaru terus ke dalam Skydrive. Skydrive semua daripada outlook juga. Kalau tengok camera roll tu dalam memory phone kita. Apa yang kita take dari phone akan ke album tu. Kalau korang perasan gambar ke 2 dan ke 3 ada tulis from Skydrive & from Facebook. Semua ni apa yang kita ada dalam FB akan terus ke dalam Photos. Tak kacau memory phone pun. Skydrive bagi kita 7GB storage, phone memang ada 8GB storage FB aku tak tahu. Hehehehe. Kalau korang nak ambil gambar korang dari FB kena save dulu baru boleh hantar ke Twitter atau apa pun kan? Tapi dari sini, korang terus boleh ambil gambar dari FB untuk wallpaper phone ke, nak send ke kawan melalui FB ke, atau korang terus je save ke Phone dari 1 tempat je.


Maaf gambar kurang sopan. Tapi kalau korang terus masuk album korang dalam FB, korang boleh terus tengok siapa yang komen kat sini. Dan korang pun boleh terus komen daripada album ni. Dan sama macam yang lain, dalam What's new Photos, korang boleh tengok siapa yang hantar gambar ke wall FB dan Twitter diorang dari sana. Kalau korang minat, boleh terus komen dan like gambar disana.

Camera all in 1
Camera ni aku terangkan je, korang nak tahu macam mana, boleh tengok youtube.

1.Bing Vision
Apps ni boleh translate perkataan dari kertas terus dalam bahasa yang kita nak. Just open dan scan text dia akan terus bacakan. Tapi kena tulisan tu cantik la ya. Surat khabar ke, card ke apa dan boleh terus search internet kalau barcode atau nama DVD ke apa yang berkaitan ada dalam Bing Search.

2.Nokia Smart Camera


Ni cara tangkap gambar secara manual. Ada 5 setting. White Balance, Focus, ISO, Shutter Speed dan Brightness. Senangkan. Aku dah cuba, nanti akan datang aku bagi review gambar aku tangkap guna apps ni.

3.Nokia Cinemagraphic
Yang ni dia akan tangkap dalam 6 saat punya gambar. Korang boleh buat gambar tu macam animasi bergerak, tapi bukan guna animasi, guna orang atau benda yang kita tangkap tu. Memang best apps ni. Tak perlu download, memang dah ada dalam ni. Just update je.

4.Nokia Panorama
Panorama ni biasa la, semua orang tahu. Gambar sekeliling dan boleh mencapai 360 darjah.

Games

Games nokia guna Xbox atau biasa. Atas ni antara games yang aku download. Memang best. Siapa ada ID Xbox tau. Siapa ada kita kawan. Add la aku kat Xbox. Jakun betul aku ni. Hahahaha.


Ni ID aku. Dah siap tukar baju semua. Tapi masih menutup aurat. Bawah lututkan seluar tu. =)



Kat sini korang boleh cari kawan, cari games dan ada spotlight pasal games terbaru ke apa. Tapi kena tahu, bukan semua games Xbox free. Ada yang kena bayar dan bayaran agak mahal dalam RM3 hingga ada yang RM25 tapi grafik games memang terbaik. Tak rugi pun bagi aku.

Music

Dalam Music dan Videos tu semua yang ada dalam phone atau memory card kita. Nak buat ringtones kena download apps Ringtones Maker. Memang best, boleh ambil part yang kita nak dalam lagu tu selama 40 saat.




Senang nak search apa yang kita pernah dengar dan apa lagu terbaru dalam apps Nokia Mixradio. Mixradio ni macam iTunes. Korang boleh dengar sampai habis tapi korang tak boleh nak lajukan lagu. Lagu akan dimainkan secara rambang dan memang best, korang akan layan semua music mengikut apa yang kita pilih. Contoh, kita search Heavy Metal. Kalau korang minat boleh letak kat Favourite, boleh like lagu dan boleh share lagu korang tengah dengar di FB dan Twitter. Aku pun tak berapa paham sangat. Hehehe.

HBlog Client

Nama aplikasi ni HBlog. Ok la dari takda. Tapi kena beli dalam RM3 tak silap aku. Tapi blog client terbaik aku pernah pakai yang pada Handphone lama aku. Aku masih belum jual lagi handphone tu. Mungkin  nak pakai untuk update blog bila ada wifi. Tak perlu nak simcard. Ok berbalik pada aplikasi ni, mudah juga nak taip dan semua la. Cuma aplikasi ni tak selengkap aplikasi Blob pada Nokia E7-00 aku sebelum ni.


Ni antara yang aku dah masukkan dalam blog aku. Nak baca boleh tekan. Nak balas komen macam biasa la, kena buka dekat web page la kan. Kat sini boleh baca komen korang je. Yang bestnya aplikasi ni akan bagi tahu jika ada komen baru masuk. Macam dulu aku kena check sendiri.


Ni antara setting yang ada pada applikasi ni. Aku tak usik pun settingnya. Takut nanti jadi pelik pula blog aku. Apa pun kalau pandai codding menggunakan <HTML> memang senang la. Aku ni tak la pakar sangat macam orang lain. Sikit-sikit boleh la.

Tu je la buat masa ni. Ada banyak lagi nak cerita tapi tak larat nak taip dah screen shot. Apa pun setiap benda ada kelebihan dan kelemahan, yang sempurna hanya Allah S.W.T sahaja. Terima kasih sebab sudi baca aku mengarut sepanjang ni. Tak pandai nak ajar orang, tah korang paham ke tidak apa aku sampaikan. Hehehehe. Jangan lupa baca kisah Aku Tetap Aku - Episod 9. Kalau nak baca klik je dekat tajuk tu. Thanks all my fan. Macam artis pula aku.

"POYO ITU INDAH"
"Bersyukurlah dengan segala pemberian Illahi"

36 comments:

  1. Replies
    1. Tu la. Dah pakai baru tau. Aku dah review Nokia Lumia lama dah sblm beli.

      Delete
  2. menarik spesifikasi dan aplikasi dalam nokia lumia ini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Tapi kalau tak pandai sangat memang bosan la. Aplikasi tak sebanyak android. =)

      Delete
  3. kalo dah tukar fon sure kena godek2 ambik masa 1 minggu nak mahir.. ohh malas nak tukar fon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Saya 2 hari je. Kena rajin baca manual dan survey dulu sebelum beli. Saya dah survey hampir setahun. =)

      Delete
    2. Saya punya screen lumia 625 retak.. Agak2 kalau baiki brapa rm ye ?

      Delete
    3. Saya tak tau berapa. Tak pernah lagi repair. Tapi rasa anggaran RM300-rm450 macam tu kot.

      Delete
  4. dolu-dolu winmobile. Mcm2 dah upgrade kat winPhone ni...Info bagus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Chegu Zam. Terima kasih sudi membaca. =)

      Delete
  5. Replies
    1. Zam punya dah canggih dah tu. Huhuhuhuhu.

      Delete
  6. wahh !mcm2 ada...canggih betul...maksudnya akan ada noti klu komen in eh ! wahhh..mudah dan efisien gitu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kalau kita on notificationnya. Kalau kita off memang takda bunyi la. =)

      Delete
  7. wah... apps ME tu mmg buat teruja la... hehe lama dah tak pakai nokia lepas encik hubby hadiahkan HTC... masa baru dpt HTC, terkial2 menggodek... sebab sebelum2 tu mmg pengguna setia nokia... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apps ni memang dah ada dalam Nokia Lumia ni. Tapi kalau kita takda account Microsoft memang susah. Saya memang dari dulu ada account dengan Microsoft. Guna outlook mail. Semua nombor fon dah masuk dari dulu. Mudah nak sync dengan phone Nokia. =)

      Delete
  8. beli hp baru ehh, tahniah !! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bella. Ni je yang mampu. =)

      Delete
  9. aku dari dulu guna sony je..smpai sekarang x tukar2..huhu.kalo tablet aku suka asus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah rasa selesa dengan Sony ok je. Sony pun banyak juga yang menarik, contohnya kalis air dan cybershot. =)

      Delete
  10. Lumia memang best habaq hg. hehehe.

    ReplyDelete
  11. Thanks bro. Ada masa aku singgah.

    ReplyDelete
  12. mcm menarik. tp sy dah terbiasa guna sony dr dulu lg. bila nk bertukar guna nokia ni rasa mcm susah plak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Bg saya menarik. Setiap hp ada kelebihan tersendiri dan ada peminatnya. Kalau rasa ok dgn sony, better teruskan. Tkt guna lain rasa susah pula. 😊

      Delete
  13. akak pun tengah cari phone baru juga..tapi tengok Lumia ni nampak ok juga..hmmm..tapi kalau hp lain dengan nokia rasanya bateri nokia tahan lama..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni sy pakai heavy dgn games & social network, sehari 2 kali je cas. Kalau just social network, sekali pun dah cukup.

      Delete
  14. nakk buat screenshots macam mana ? takk pernah tau lumia ade screenshots :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Download Screen Capture dekat store dulu. Lepas tu boleh capture dah. Tekan butang Power dan Icon Windows serentak. =)

      Delete
  15. Salam..ada satu benda lg yg best pasal hp nokia lumia, dia ada app Cortana..try search klu nk thu pbh lnjut..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama guna dulu. Masa guna Developer Preview dulu. =)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete