Followers

Friday, 21 February 2014

Teringin beli handphone baru

Hi semua. Apakhabar hari ni? Harap kamu semua sihat sahaja. Tajuk entry kali ni pun agak poyo sikit. Sebenarnya aku macam orang lain juga, teringin nak pakai handphone baru. Tapi nak beli paling latest tak mampu. Hanndphone apa? Jom aku kasi review antara yang aku minat.


Nokia Lumia 925

Ni jatuh pada carta pertama handphone yang aku paling inginkan. Tapi apakan daya, harga diluar kotak bajet aku. Sekarang harganya RM1300. Yang aku suka pada phone ni, camera dia agak baik juga dengan 8.7mp. Lens jenis carl zeiss dan pureview. Tanpa flash waktu malam pun masih baik daripada handphone yang seharga dengannya. Siapa nak bagi aku cakap la. Hahahaha.


Nokia Lumia 720

Ni jatuh carta kedua. Bagi aku phone ni ok juga. Walaupun camera dia 6.7mp tapi dia menggunakan lens carl zeiss. Memang lawa dan agak tepat bila snap gambar. Cuma RAM dia 512mb je. Kalau 1g dah ok dah. Selamat aku bukan jenis yang main game. Mungkin yang ni bajet aku ada.


Nokia Lumia 625

Ni pula pilihan hati ke tiga. Dengan menggunakan connection LTE atau 4G, speed dia agak laju berbanding handphone yang setaraf dengannya. Harga dia RM700 - RM800. Camera agak kurang sebab 5mp. Tapi screen dia agak besar sikit berbanding Nokia Lumia 720.


Nokia Lumia 620

Dan yang terakhir ni dia. Bajet paling kena dengan aku. RM600 sahaja. Dengan spesifikasi yang agak mengancam. 5mp camera. Cuma camera dia agak kurang dan screen dia menggunakan TFT tak silap aku la.

4 jenis yang paling aku rasa nak beli. Tapi kena pilih yang terbaik untuk aku. Nak pakai atas rm800 tak mampu. Ni pun dah aku kumpul. Harap dapatlah beli jika ada rezeki. Cukuplah dengan apa yang termampu. Walaupun mak aku pernah offer nak tambah duit yang aku minat, tapi aku tak nak. Dari 1st handphone sampai sekarang, aku membeli dengan hasil kudrat dan rezeki Illahi. Cukuplah mak dah banyak berkorban untuk anak-anak.

Akhir kata, belilah ikut kemampuan kita. Jangan mengikut peredaran zaman. Aku tak kisah sangat, yang penting aplikasi yang ada boleh digunakan.

24 comments:

  1. Teringin nak beli HP baru jugak ☺

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalu boleh nak macam tu. Tpi tak mampu.

      Delete
  3. akak pun nak jugak pakai phone baru..tapiii.....

    ReplyDelete
  4. mmg teringin HP baru tapiii...yg tapiii tu byk lagi dari RM mcm no ...

    ReplyDelete
  5. kalau tak silap, Nokia ni payah skit nak install game(tu pun kalau nak main game la)..so,pe kata try survey Samsung?Sebenarnya, kalau nak yang klon pun,dengan badget RM600 tu, dah boleh dapat I-phone;-P hehe..tapi klon la, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak minat android. Pernah guna dlu. Games tak susah cuma lebih pada xbox games.

      Delete
  6. Zack, kalau nak cuci2 mata,g taip Gadjet Paradise Facebook kat google.survey la kalau2 berminat n kena dengan budget..tapi yg ni phone klon la, hehe..saya pun baru terjumpa, maklum teringin juga nak tukar phone.sekarang pakai samsung galaxy w je;-)

    ReplyDelete
  7. Ohh nape nak tukar phone? Alang2 tuka bli yg canggih sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan taknak yang canggih tapi tak mampu.

      Delete
  8. memang suka nokia eh ! azie pun nak jugak hp baru...he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. Nokia bagi saya best. Beli hp apa tu?

      Delete
  9. NL 620 mcm cun je dengan bajet Vee. Hihikk. Sbb tak cari yg lebih dari tu pun. Plus, nak cuba brand lain selain samsung. Nak try keennn :)) Thanks for this! Ada idea dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga. Tapi tak semua store ada lagi. Model lama dah NL620 dengan NL720.

      Delete
  10. rasa terhina plak baca info pasal phone mahal ni...phone wan 2mp je cam...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je. Aku pun baru dapat beli. Nak beli mahal tak mampu. Sekarang banyak phone murah dah. Kena tahu apa keperluan je.

      Delete