Followers

Thursday, 6 February 2014

Tips penulisan gaya aku

Google Image
Hi semua. Hari ni aku nak kongsi sikit pasal penulisan tapi cara dan gaya aku la. Nak ikut atau tidak, terpulang kepada empunya diri. Aku bukan hebat sangat dalam penulisan dan zaman aku sekolah pun aku tak berminat pasal apa-apa jenis penulisan pun. Sebenarnya aku rugi sangat waktu zaman sekolah. Sebenarnya penulisan ni sangat menarik.

Bukan semua orang boleh menulis, dan bukan semua orang dianugerahkan kelebihan dalam penulisan. Tapi jangan putus asa, setiap penulisan ada kelemahan dan kelebihannya. Kita kena cari kelebihan dalam penulisan kita. Sebelum ni penulisan aku lebih kepada kisah harian aku, tapi kini memang jarang sekali aku nak menulis pasal diri aku. Mungkin sebab tak banyak yang menarik dalam hidup aku ni.

Kemudian aku pula cuba menulis sebuah kisah yang mungkin dapat menarik hati pembaca. Kisah "Aku Tetap Aku" mungkin dapat menghiburkan hati pembaca. Macam mana cara nak menulis? Mudah sangat kalau kita menulis dan kita membawa diri kita didalam penulisan. Dengar macam susahkan? Tapi sebenarnya mudah sahaja. Merasa dan menulis dengan hati. Jangan berfikir panjang, kalau berfikir adakala pemikiran kita bercanggah dengan apa yang kita nak tulis. Tu yang membuatkan penulisan kita kurang memberi impak pada jiwa pembaca. Tapi jangan terlalu melebih pula, takut penulisan kita membuat orang terasa.

Tulis dengan perkataan penuh. Jangan menggunakan short-form. Bukan semua orang paham short-form. Zaman dulu mungkin penat, tapi sekarang semua kita taip sahaja. Bukan susah pun. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan boleh dibaca oleh semua peringkat umur. Bukan semua orang bijak macam korang. Adakala aku kurang paham bahasa yang pelik-pelik ni.

Mulakan dengan menulis tajuk pada entry, baru kita mula menaip. Kalau tajuk dah ada, selalunya idea akan datang tanpa henti. Tak terlarat nak menaip dah masa tu. Adakala mood juga penting, aku bila takda mood memang dah tak menulis. Kalau paksa juga nak menulis, mula jadi ayat tunggang-langgang. Penulisan juga memerlukan keghairahan. Baru rasa seronok bila kita menulis.

Aku pun tak la hebat pun dalam penulisan ni. Cuma berkongsi apa yang aku tahu dan bagaimana cara aku. Mungkin cara korang berbeza pula. Kalau nak kongsilah dekat kotak komen. Semoga korang boleh menulis dengan lebih hebat lagi. Dan jika ada penulisan aku yang kurang menarik atau mengarut, tolong bagitahu. Bolehlah aku meningkatkan prestasi diri sendiri. Teruskan berkarya dalam penulisan. Terima kasih semua.

42 comments:

  1. cheqna jenis taip je apa yang terlintas tapi depends on apa yang cheqna nak citer gak r dalam blog cheqna..
    blog cheqna..cheqna suka merapu sket...suka share apa yang berlaku di sekeliling cheqna...senang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu cheqna. Gaya setiap orang berbeza. Saya cuma share cara saya dalam ni. Hehehehe.

      Delete
  2. Replies
    1. thanks. Tips ni tak sebaik mana. Cuma share cara saya. :-)

      Delete
  3. Yes that true...kene ada mood dan masa.....klu ada mood masa x der...x guna juga....begitu jugak dgn masa , ada masa tapi x der mood...pun x jalan jugak....hehehe...so dua2 penting....

    Penulisan kene tulis penuh lah baru paham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sangat-sangat penting. :-)

      Delete
  4. smoga terus berjaya dlm penulisan zack.... nowadays muz mmg takda masa nak tulis, bnyk kopi paste jer utk entry blog, creative writing plk mmg dh tertangguh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Takpa muz. Kalau copy paste pun kita membaca juga. Yang penting kita dapat tambah ilmu. :-)

      Delete
  5. wow tips yang baik.. semoga lebih berjaya dalam bidang penulisan ini

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Semoga kita sama-sama berjaya dimasa hadapan. :-)

      Delete
  6. I just type out whatever thats in my mind. Hahah.. Just being me :)) Btw, entry ari tu ada guna short form kat bawah2 tu sbb masa tu mata dah separa tutup.. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. Jadilah diri sendiri. Tapi short form kadang-kadang buat orang tak faham. Kena ubah sikit. Padahal ZH pun adakala guna short form. Hehehehe.

      Delete
  7. alaaa...wan punya penulisan dulu slalu kene kecam gan cekgu bm wan...katenya tatabahasa berterabur..ahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. Yang penting kita rajin membaca. Adakala dengan membaca, kita dapat faham cara susunan ayat dengan betul. Aku pun masih dalam pembelajaran. :-)

      Delete
  8. Pendapat chegu, orang yang cemerlang biasanya gaya penulisan hurufnya besar... cuma chegu confuusse sbb doktor tulisan tah mcmn gayanya..... (cemerlang gak diaorang ni)

    cheguZam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin penulisan mereka buat untuk cepat. Bila nota mungkin tulisan mereka lebih baik lagi. Terima kasih sudi singgah ke sini. :-)

      Delete
  9. bella kalau xde mood xmenulis jgak.. betul ! penulisan yang baik dan ada perasaan bila ada ;'keghairahaan' =) teruskan menulis ye zack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bella. Saya akan terus menulis selagi mampu dan berminat. Kena cuba cari mood kembali.

      Delete
  10. cuba tengok penulisan 1st entri.
    bahasa short form.
    rasa macam nak delete je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa nick. Jangan delete. Tu antara kenangan yang ada tu. Bila kita jumpa kesalahan kita, baru kita akan cuba memperbaikinya. :-)

      Delete
  11. Kadang2 ada org tulis report pun guna short form...peningg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau report guna short form lagi tak faham. Hehehehe.

      Delete
  12. semua nak cepat sekarang ni Ahmad Zaki.....tu yg guna short form....hehehe.....adeh...camner ni...mood nak update blog lama dah ke laut...tolong bagi tips....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la kan. Tapi cepat jangan sampai orang tak paham sudah la. Hehehe. Kalau nak cari mood kena lah baca dan tulis apa yang kita minati. Mesti ada mood nanti.

      Delete
  13. hai zack..lama akak tak bw ke sini...mood malas datang ni..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. Akak datang ni pun dah ok. :-)

      Delete
  14. tak pe apa yang penting...kita belajar...
    Langkah pertama itu adalah paling bijak....

    ReplyDelete
  15. you're uch a good writer lahh. macam tersusun je apa yg abg zack tulis. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dik. Adik lagi hebat daripada abang.

      Delete
  16. lama x singgah sini...tips yg bagus :)

    ReplyDelete
  17. wah.. bagus zack ni.. siap ada tips menulis lagi.. tq yea..

    ReplyDelete
  18. kdg2, bila mood hilang, penulisan pun dh jd tunggang langgang.. baca bnyk kli pun rs mcm tak kena je artikel yg kita tulis tu.. hehe

    ReplyDelete
  19. bagus perkongsian tips cara menulis ini zack.. setiap orang pasti ada caranya yang tersendiri..

    ReplyDelete
  20. setiap orang ada gaya penulisan tersendiri tapi jangan terkejut kalau ada org juga yang suka tiru gaya penulisan org lain. so, bagus bila kita ada identiti tersendiri melalui gaya penulisan kita. Syabar ZH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ainim Suju. Betul tu. Mungkin mereka tak meniru cuma gaya mereka yang sama. =)

      Delete
  21. yang penting ajar taip entri setiap hari, lama nanti kita akan kenal gaya penulisan dari 1st entry sehingga sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Aku pun jarang dah menulis sekarang ni. =)

      Delete