Followers

Wednesday 12 March 2014

Nokia X Dual Sim


Hi semua. Masih ramai lagi yang tak tahu berkenaan Nokia X Dual Sim ni kan. Biar aku bagitahu korang serba sedikit tentang Nokia X Dual Sim ni.

Ini pertama kali Nokia membuat project ni. Sebenarnya Nokia X ni ada model yang lain Seperti Nokia X+ dan Nokia XL. Tapi Model Nokia X ni yang datang dulu di Malaysia dalam minggu ni. Boleh lihat di Facebook Nokia Malaysia atau layari laman web Nokia X Dual Sim.

Ini pertama kali Nokia mengumumkan Projek Open Source Android ( AOSP ), yang boleh menjalankan aplikasi Android dan dikuasai oleh Microsoft dan Nokia.

Nokia X adalah telefon dwi- SIM yang datang dengan paparan 480x800 (4 inci), 1GHz dual-core pemproses Qualcomm Snapdragon S4, Internal storage (Penyimpan dalaman ) 4GB dan boleh tambah microSD kad sehingga 32GB. Bateri 1500mAh dan walaupun Nokia X datang dengan 512MB RAM, telefon pintar ini mempunyai kamera 3 megapiksel belakang , tetapi tiada kamera hadapan. Nokia X ini menggunakan sokongan data 3G dan MicroSIM. Kena kecilkanlah SIM Kad kita kalau kita punya SIM Kad yang biasa.

Kemuncak peranti sudah tentu adalah versi yang sangat disesuaikan Android, dengan UI yang Metro- inspirasi dan akses ke kedai sendiri Nokia. Walaupun tidak ada akses kepada kedai Gedung Play Google, pengguna boleh sisi -beban Android aplikasi dari mana-mana sumber pihak ketiga. Nokia telah menggunakan AOSP bersamaan dengan Android 4.1 Jelly Bean sebagai asas untuk sistem operasi .

Walaupun Nokia tidak menggunakan Google Play Store tapi Nokia menggunakan sumber dari pihak ketiga dan menggunakan Nokia Store mereka sendiri. Nokia menggunakan AOSP atau pun bersamaan dengan Android 4.1 Jelly Bean sebagai asas sistem operasi Nokia X ni.

Nokia X juga memdapat peranti percuma untuk Nokia Maps dan juga Nokia MixRadio. Tapi korang kena download dulu peta yang korang nak. Macam aku download peta Malaysia la. Kalau offline pun masih boleh guna sebab tak perlu data connection kecuali menggunakan apps Here Drive manakala Nokia MixRadio korang boleh dengar lagu yang korang minati (lagu penuh) dengan percuma dan jika berminat korang boleh terus beli lagu dari Nokia MixRadio. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang MixRadio, bolehlah klik disini : Nokia MixRadio

Nokia juga memberikan sistem penyimpanan Cloud secara percuma. Dulu nama dia Skydrive tapi sekarang Onedrive. Ianya sama juga seperti Cloud yang lain. Korang boleh menyimpan apa sahaja data yang korang inginkan. Korang boleh share data seperti gambar, video, ofis file dan bermacam lagi. Dan korang juga boleh simpan secara peribadi (Private). Tak silap aku korang akan dapat 7GB storage dalam Cloud ni. Macam aku dah 10GB storage, mungkin sebab aku pakai dari dulu lagi sistem Cloud ni.

Korang bolehlah tengok laman web Nokia Malaysia untuk tahu lebih lanjut. Tak silap aku, Nokia X dah memulakan penjualan mereka minggu ni atau paling lewat minggu hadapan dengan harga RM399. Kalau berminat bolehlah ke store Nokia berdekatan anda. But for me, Nokia Lumia still be my 1st choice. =)

14 comments:

  1. finally, android untuk nokia users hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Boleh la tengok kalau berminat.😊

      Delete
  2. lama dah tak guna model Nokia.. model fesyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu. Saya selesa dengan windows 8.=)

      Delete
  3. Kureng sikit dgr Nokia ni. hehe. tp Nokia Lumia tak dinafikan mmg best jugak lah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat kalau pandai guna. Tak best bila tak tahu nak buat apa. =)

      Delete
  4. Bunda pun dah lama dah tak guna model nokia...
    mula2 dulu satu rumah guna nokia.....

    salam ziarah dari bunda....

    ReplyDelete
  5. boleh juga nokia .

    ReplyDelete
  6. alaa..spec ok dah ttbe xdak camera depan hehee :)
    xpelah tgu zack review nokia x+ dgn xl tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya review. Nokia X ni pun tak pegang dan tengok depan-depan lagi. =)

      Delete
  7. dah terlupa dgn Nokia.. asik pakai samsung je mana taknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Kesian Nokia dilupakan. Best apa nokia. =)

      Delete