Followers

Monday 26 May 2014

Bila nak dapat kerja baru

Dalam sebulan ni aku mencari kerja dan menghantar resume ke merata. Sudah bosan sangat kerja di KFC ni. Gaji dah la sikit, kerja nak perfect, tapi semua nak cut cost. Please la, gaji aku paling kecil kot dekat sini. Ada sijil LCCI tapi gaji macam lagi bawah daripada SPM. Rasict la korang ni.

Depan memang baik sangatkan. Empat tahun kerja dekat sini, tapi masih sama je. Membosankan. Semua dekat sini pandai cakap je. Janji banyak dengan aku dulu, nak naik kan gaji la apa. Banyak sangat jadi bosses dekat dalam Department aku ni. Hari Jumaat aku dah jadi gila baru korang tahu nak cakap elok, kalau tak macam sial je kan. Salah sendiri nak salahkan akukan, Sorang suruh buat, sorang pula jangan, yang jadi mangsa aku.

Daripada bulan 4 aku tanya semua buat bodoh je. Selamat pintu je aku tumbuk. Jangan bagi aku jadi macam dulu. Bertahun dah aku cuba bersabar. Please la. KPI rendah je setiap tahun, alasan orang lain pun sama. Padahal budak baru boleh dapat A. Aku memang tak pandai nak kipas-kipas, tapi kerja aku up to date. Sekarang aku dah malas buat kerja, datang pun lambat je, MC aku nak berkali-kali, biar korang bengang.

Dapat kerja baru memang aku hantar surat resign. Aku bosan kerja dekat KFC ni. Nama je gah, tapi orang bawah dapat habuk je. Patut la setiap bulan ada je yang berhenti. Department aku orang lama-lama pun berhenti dah ramai. Nampak sangat takda siapa tahan kerja dekat sini dah.

Sorry semua kalau apa aku tulis agak kasar hari ni. Meluahkan apa yang aku rasa je. Takut kalau pendam nanti lagi sakit. Semoga akan datang aku dapat kerja lain.

8 comments:

  1. Errr, teruk juga cara kerja KFC ek. Semoga cepat dapat KERJA baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Tengok Head of Department juga. Tapi ni memang melampau. Dah fedup dah dekat sini.

      Delete
  2. klau mcm gitu gayanya elok sngt laa cari keje baru...sabar ye.. insyaAllah nnt ada lettuw rezaki ditempat baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap² dapat la. Dah apply 5-6 tempat dah. =)

      Delete
  3. nk kje ke? mai kje kat tadika kitorg.haha

    ReplyDelete
  4. sabar banyak2... environment mmg akan jadi tak best kalau org yang atas2 tak bijak mengambil hati staff... Moga Allah permudahkan ZH untuk dapat kerja yang lebih baik.. Amin...

    ReplyDelete