Followers

Friday 30 May 2014

Coloud Pop, Coloud Knock & Coloud Boom Review

Hi. Hari Isnin (26.5.2014), aku order headphone daripada www.coloud.com. Sebelum ni pun aku ada order earphone daripada Coloud. Bagi aku harga dia sangat berbaloi dengan harga dia. Jangan korang nak bandingkan dengan high specs, sebab ni low cost. Tapi bagi aku puas hati. Jom review sikit.

Coloud Pop


Ni yang paling awal aku beli dulu. Nak ambil biru dulu, tapi dah habis stock. Sekarang stock tengah banyak. Aku rasa aku beli dua bulan lepas pada harga USD20.00. Pandai-pandai la korang convert ye. hehehe. Bagi aku sound dia not bad, cuma earbuds dia terlalu besar, tapi aku dah beli earbuds yang kecil di Times Square pada harga RM10 dapat empat earbuds.


Dulu aku beli warna orange. Lawa ke lawak? Hehehehe. Apa pun memang best pakai ni.

Coloud Knock

Yang ni Coloud Knock. Aku belum beli lagi, so aku tak tahu macam mana kualiti dia. Tapi kalau Coloud Pop pun dah ok, ni pun mesti ok. Harga USD25.00.

Coloud Boom

Coloud Boom ni yang aku baru beli. Order online pada Isnin (26.5.2014) dan sampai pada Khamis (29.5.2014) menggunakan Fedex Courier pada harga USD30.00.



Cepat betulkan penghantarannya. Memang puas hati berurusan dengan Coloud Company ni. Cepat dan pantas. Harga pun murah. Ni free pos. Tapi tak silap aku kalau order banyak, ada duty pos. Berhati-hati bila membeli online. Kalau satu-satu takda duty pos.




Aku ni memang peminat warna biru. Sound Coloud Boom ni memang BOOM la kan. Tapi macam aku cakap tadi, jangan terlalu berharap sound macam yang harga beratus-ratus ringgit. Nak sound macam tu better beli yang mahal je. To me, this is also great.

Tengok apa lagi yang menarik pada Coloud brand ni.


Setiap earphone / headphone ada microphone, bermakna korang boleh menjawab panggilan daripada phone korang. Boleh la baca dekat gambar diatas ni tentang cara penggunaannya.


Tak perlu getah lagi nak gulung wayar dah. Semua guna Tangle-Free System ni. Wayar dia tak bulat tapi leper. Tapi memang tahan la. Aku memang selalu bawa Coloud Pop aku dalam beg masa pergi kerja. Kalau hujan tak boleh balik, boleh layan muzik.

Sekarang ada Football Edition.
Untuk melihat specs dan membeli setiap earphone atau headphone ni, bolehlah ke website mereka di http://www.coloud.com/. Bayaran boleh menggunakan Paypal atau Credit / Debit Card. Ikut je langkah yang dia suruh. Selamat membeli. Kalau sudi belikan la aku Coloud Knock. Hehehehe.


2 comments:

  1. color choice dia memang awesome :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa. Memang terngok semua menarik. Tapi apakan daya, beli yang mampu je.

      Delete