Followers

Monday, 5 May 2014

Hati yang terasa

Tak tahu nak taip apa dah. Mood kurang elok untuk menaip. Banyak ujian berlaku bulan lepas dan bulan ni. Semua aku lupakan sekarang. Bersukan pun dah tidak. Masalah kerja, masalah peribadi, semua ada. Bila hidup mula single, rasa jiwa kosong. Tak tahu nak cerita masalah dengan siapa. Dengan tuhan setiap hari bercerita. Cuba menjadi orang lain dari diri sendiri sangat susah.

Kadang-kadang rasa jiwa mula memberontak kembali. Aku ni bukan orang yang sopan atau lemah lembut. Aku BARAN... Tapi mungkin aku dah berubah sikit-sikit. Tapi bila memendam je, takut hati jadi pendendam. Semoga aku dijauhkan daripada sifat berikut.

Kalau hidup ada kekasih macam tiada, better hidup tiada daripada ada. Kerja pula makin bertambah, gaji paras kemiskinan lagi. Setiap orang ada masalah, dan aku paham. Tapi aku punya masalah aku yang rasa. Bersabar...Bersabar...Bersabarlah Ahmad Zaki.

Sampai bila aku boleh sabar? Aku takut kembali zaman silam aku. Takut... Kembali seperti dulu umpama syurga dunia tapi hidup tanpa arah. Banyak penulisan tertangguh. Kisah "Aku Tetap Aku" pun umpama cerita hilang tanpa penamat. Bila nak kembali berkarya? Jika jiwa tiada lagi dihujung jari?

Kalau aku tidak ber'ibu dan ber'ayah memang aku dah tak mampu tanggung semua bebanan ini. Biar takdir penentu segala. Bukan aku berputus asa tapi keadaan yang memaksa. Jika ini penulisan aku yang terakhir, maafkanlah jika ada yang terkasar bahasa, yang terasa dan memendam rasa. Semoga hati kembali pulih untuk meneruskan hidup ini.

As Salam...

19 comments:

  1. think positive dude,,,,jgn pikr mslh yg lps,,nk jd org yg hebat byk kn berselawat,,,,orait..);

    ReplyDelete
  2. cuba bawa bersabar(marah ni!)..tak semestinya tak ada kekasih, hidup terus tak ada makna.
    kalau nak rasa bermakna atau tak, semuanya bergantung kat diri sendiri. jangan bila ada masalah, terus ingat nak balik ke hidup yang lepas walaupun tau yang semua tu meaningless. siapa cakap hidup ni senang?Sebab tu kena paham tanggungjawab kita as human being kat atas muka bumi ni. kalau tak nak jadi insan yang lebih baik, nak jadi apa?Apa masalah sebenarnya?Setiap msalah ada jalan, kecuali MATI. muhasabah diri n banyak bersabar. berserah kepada Allah, insya Allah semuanya akan ok2 je;-) be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Betul la semua ada penyelesaian kecuali mati. Tggu mati baru selesai. =)

      Delete
  3. Jgn putus asa , when life is a burden and everthing is unstable remember just remember Allah is the Able...keep praying ahmad zaki.....!!! insya allah....you will be strong !! ahaks

    ReplyDelete
  4. sabo ye encik Zaki, be strong n positive!

    ReplyDelete
  5. bersabar lha bro z dalam menghadapi cabaran :D hidup mesti happy...kihkihkih

    ReplyDelete
  6. Boleh punya control bara tu Zack ;) Ramai dah berubah. Goodluck!

    ReplyDelete
  7. deeya paham perasaan zack. lepas break memang rasa kosong sebab sebelum ni hati kita di isi dengan si diaa. since dah single cubaa is kekosongan dengan ngaji, berukhuwahh. inshaAllah mebantuu. strongg dude. jangan sebab sorangg, you ruined your life. takmau takmauu :)

    ReplyDelete