Followers

Tuesday 17 June 2014

Kelebihan & Cara Menggunakan Nokia Camera

Hari ni aku nak cerita sikit pasal Nokia Camera. Mesti ramai pengguna Nokia Lumia yang biasa dengan aplikasi ini. Tapi berapa ramai yang tahu untuk menggunakannya? Hari ni aku akan bagitahu cara menggunakan Nokia Camera ini dengan cara yang benar atas bantuan Aiman Maah. Kena minta yang pakai ambilkan gambar dan tunjuk screen shot setting untuk Nokia Camera ni.

Review (Aiman Maah)

Ini Nokia Lumia 1020 yang digunakan oleh Aiman Maah. Gambar hasil daripada Nokia Lumia 1020 ini boleh buat orang yang melihatnya teruja. Alamak, ayat kangkung lak. Silap, kampung. Hehehe.

Masuk ke aplikasi Nokia Camera. Kalau takda search dekat windows phone store ok.

Korang akan nampak seperti diatas. Meh aku terangkan setiap setting yang ada.
  • Atas Kiri : Tekan untuk melihat album atau storage gambar dan juga video yang diambil.
  • Atas Tengah : Korang boleh tekan satu persatu setiap setting manual atau korang boleh menggunakan auto setting.
  • Kanan atas (Bintik 3) : Setting lain untuk camera, video dan smart sequence.
  • 3 Di tengah belah kanan : Atas Video, Tengah Camera & Bawah Smart Sequence.


Jika slide kanan ke kiri pada gambar Camera tu, korang akan dapat nampak semua setting yang ada. Kalau nak tengok satu persatu, korang boleh tekan setting diatas tengah seperti gambar pertama. Setting yang ada disini daripada kiri:
  • White Balance (WB) : ada 4 setting disini. Boleh ikut pada keadaan cuaca (Outdoor) dan kawasan cahaya indoor. Kalau rasa malas, auto mode je. Lagi bagus guna, baru nampak perbezaannya.
Contoh : 



  • Manual Focus : makin keatas makin jauh focus yang diambil. Sesuai untuk Bokeh dan untuk focus sesuatu benda pada jarak yang berbeza.
Contoh :



  • ISO : Aku bagi ringkasan je maksud ISO ni kepekaan pada cahaya, bukan pekak ok. Makin tinggi ISO maka makin terang gambar tapi gegaran pada ISO yang tinggi membuatkan gambar terdedah kepada Noise. Makin rendah ISO maka makin kuranglah Noise yang dihasilkan pada setiap gambar.
Contoh :



  • Shutter Speed : Bermaksud sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yang pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera & boleh memberhentikan sesuatu pergerakan yang laju. Kelajuan yang lambat atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai untuk memberhentikan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek yang diambil. Better kalau nak hentikan pergerakan guna waktu siang. Memang cantik. Kalau malam boleh buat macam dekat bawah ni. Cahaya membasahi jalan raya.
Contoh :




  • Brightness : Brightness atau senang cerita kecerahan, macam kulit aku la cerah. Dengan kata lain, brightness akan memantulkan cahaya daripada sesuatu objek yang diambil. Semakin tinggi brightness semakin banyak cahaya yang dipantulkan pucat warna gambar yang diambil tu. Pandai-pandailah guna.
Contoh :



Harap korang paham setiap setting yang aku bagitahu tadi. Kalau nak tahu lebih lagi, search dekat www.bing.com. Jangan malas sangat ye. Hahahaha.


Ni pula setting yang ada pada atas belah kanan (Bintik 3) bukan bintang 3 ya. Yang ada disini, lenses, front facing, timer, bracketing, settings, tutorials, feedback & about. Ni semua setting yang biasa ada pada handphone camera yang lain. Tak perlu aku terangkan kecuali Bracketing je yang akan aku terangkan.


Apa yang dimaksudkan dengan bracketing? Dalam fotografi, bracketing merupakan teknik mengambil beberapa shot gambar yang sama menggunakan setting kamera yang berlainan. Macam korang guna satu gambar sama tapi berbeza dari segi cahaya atau sebagainya la. Bracketing berguna dan sering disyorkan dalam situasi yang sukar untuk mendapatkan imej yang memuaskan dengan satu shot, terutama apabila perubahan kecil dalam parameter pendedahan mempunyai kesan yang agak besar pada imej yang terhasil. 

Autobracketing adalah bracketing automatik dengan menggunakan setting pada kamera untuk mengambil beberapa shot kurungan (berbeza dengan jurugambar mengubah tetapan dengan tangan antara setiap shot). Memandangkan masa yang diambil untuk mencapai pelbagai shot, ia biasanya, tetapi tidak semestinya, yang digunakan untuk subjek statik.

Contoh & Cara

  • Pertama ambil gambar 3 atau 5 yang sama dalam bentuk bracketing.
  • Kedua kena ada aplikasi untuk merge macam yang diguna ni Photomatix dibawah ni.


  • Masukkan 3 atau 5 gambar tadi lepas tu klik ok. Nanti keluar lah gambar. Korang boleh tengok ada setting sebelum diorang merge macam tripod or handheld. Tunggu sampai gambar keluar dikaca mata korang. hahahha. Kaca screen la ya.
  • Sudah siap merge tekan je Tone Mapping. Kalau pandai setting manual cuba la. Banyak cara nak buat. Tapi kalau tak tahu biarkan je macam tu dulu dan save je.
  • Macam dekat bawah ni cara Aiman Maah tunjukkan supaya korang paham cara-caranya.

  • Kemudian korang proses gambar tu. Tunggu sampai siap.


  • Lepas dah siap kena la save. Pastikan save pada JPEG. Mudahkan. Terjadilah Fenomena HDR.
  • HDR mestilah kena terang pada atas dan bawah gambar. Kalau gelap macam aku buat dulu, bkn HDR tapi HRD kot. hehehe. 
Timer atau pengunci masa sebelum mengambil gambar. Aiman Maah ajar aku, untuk mendapatkan gambar yang cantik, perlu mengurangkan pergerakan semasa menekan butang snap. Gambar akan jadi blur bila pergerakan terlalu banyak bagi yang menggunakan manual setting ini. Kalau guna tripod lagi bagus sebab dapat mengurangkan gegaran dan pergerakan pada camera.

Tapi apa kena-mengena Timer dan Gegaran? Jika kita terus snap sesuatu gambar, pasti ada pergerakan semasa kita menekan butang snap dan menyebabkan gegaran pada camera. Tapi kalau kita set timer, kita tekan dan kita boleh mengurangkan pergerakan dan gegaran juga berkurangan. Lagi bagus kalau ada tempak untuk kita alas tangan supaya camera tidak bergegar. Tamat dah pasal Bracketing untuk gambar HDR. Korang search la untuk mendapatkan aplikasi PHOTOMATIX.

Sekarang kita cerita pasal RAW pula. Baca dan paham betul-betul.

Nokia Lumia 1020 mempunyai sistem RAW. Apa itu RAW? Korang boleh baca di link ni. Thanks untuk blogger ni yang menulis tentang RAW. Singgah la ya.

Disini aku lampirkan gambar dari sahabat Aiman Maah hasil daripada RAW Nokia Lumia 1020 dan diedit menggunakan aplikasi lightroom. Boleh juga menggunakan photomatix. Lihat gambar dibawah.

Hasil sebelum diedit.

Hasil selepas diedit.

Menarikkan Lumia series ni? Bukan semua ada RAW files & Nokia Lumia 1020 bagi aku terbaik untuk dibawa kemana sahaja. Bukan besar pun. Kalau ada apa yang kurang paham, korang searchlah dimana-mana. Mungkin apa yang aku sampaikan kurang dari segi bahasa yang berteraburan ni.

Jangan simpan ilmu yang kita ada, tak bawa mati pun, tapi kalau dah ada ilmu jangan kita sombong atau bohong cara menggunakannya. Takut nanti tak berkat apa yang kita tahu. Aku pun nak berterima kasih pada Aiman Maah sebab sudi bantu aku untuk entry ni.

Korang bolehlah tengok gambar dia yang diambil di Flickr beliau. Tengok detail pada gambar baru tahu cara setting gambar tersebut. Boleh la korang cuba pada angle yang berbeza.

Flickr Aiman Maah :-

Instagram Aiman Maah :-

Tidak lupa juga, pada aku. Boleh klik laman social aku diatas chat box sebelah kanan blog ni. Korang boleh la like page FB aku, Twitter aku ke.Pandai-pandai la tengok. Apa pun terima kasih sudi membaca aku mengarut panjang lebar ni. Aku tak pandai sangat. Kalau ayat yang macam kurang tu minta maaf la ye. Bukan pro pun tapi sekadar membantu mana yang mampu.

"RAW is WAR"


12 comments:

  1. cantikkk! tolong hadiahkan lumia 1 kat wawa k? hihi

    ReplyDelete
  2. selalunya main tangkap gambar je..tak tau pulak cara nya macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk Lumia boleh la guna cara ni. Kalau hp lain takda setting macam ni. =)

      Delete
  3. memang banyak kelebihan ark... tapi sy lebih berkenan kat s.experia. tak tahu kenapa, berkenan gilaaa. ahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin awk tak tgk kelebihan Lumia lagi. Ada yang nampak lawa sebab screen berbeza mcm IPS, Amoled dan lain2. Camera sensor juga memainkan peranan yang penting. Nanti cuba la baca atau search. Mungkin akan lebih paham. =)

      Delete
  4. Dulu masa baru2 beli hp touch screen ni tak pandang brand Nokia nih..skang makin canggih plak brand Nokia ekk..anyway thanks for the info..bole la belaja skit2 psl fotografi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Banyak kegunaan, cuma orang je malas nak belajar dan malas nak membaca. Bila dah selalu guna, benda leceh jadi mudah. Setiap benda ada susah dan senangnya kan. Selamat mencuba. =D

      Delete