Followers

Tuesday, 10 June 2014

Pemergian Kakak Ipar


Assalamualaikum untuk kawan semua. Hari Ahad (08 Jun 2014) pada jam 4:00 petang, kakak ipar aku Rafidah Binti Sharkawi telah meninggalkan kami sekeluarga. Arwah lahir pada 05 Ogos 1980 dan pada tahun ini telah berumur 33 tahun. Beliau telah meninggalkan abang aku (Suami) dan 4 orang anak (3 lelaki dan 1 perempuan). Anak pertama berumur 14 tahun dan yang ke-4 dalam lingkungan 9 tahun.

Semua telah takdir Ilahi. Arwah mengidap barah otak tahap 4. Arwah selamat dikebumikan pada hari Isnin (09 Jun 2014) pada jam 10:30 pagi di tanah perkuburan Taman Batu, area Jalan Ipoh. Melihat anak dan suami arwah, membuatkan hati aku tercuit dan sedih. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau disana dan memberi rezeki pada ahli keluarga beliau.

Zaman sekarang kalau meninggal pun kena pakai duit banyak. Urusan di Masjid pun agak tinggi untuk keluarga beliau, selamat ahli keluarga yang lain membantu. Fardu Kifayah kini menjadi payah bila diri hanya melihat pada kebendaan dan bukan pada keinsanan. Adakah kurangnya dana dan hasil kutipan pada setiap masjid? Ataupun dimana perginya setiap yang diberikan oleh orang pada setiap Jumaat dan hari-hari yang lain?

Minta maaf jika ada yang terasa dengan apa yang aku katakan. Tapi inilah hakikat kehidupan. Tak perlu berselindung disebalik wajah yang warak, jika simpati tiada dihati. Terlalu banyak aku lihat berlaku pada masa kini. Aku berkata bukan dari apa aku dengar, tapi daripada apa yang  aku rasa. Bukan semua macam tu tapi segelintir yang menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan sendiri.

Apa pun syukur kehadrat Ilahi sebab semua yang berlaku semalam berjalan selancarnya. Aku mendoakan kebaikan untuk arwah dan juga ahli keluarga arwah yang masih hidup. Amin Ya Allah.

22 comments:

  1. takziah untuk zack sekeluarga..Moga Zack dengan keluarga redha dengan pemergiannya...Kuatkan semangat untuk orang yang tersayang..

    ReplyDelete
  2. takziah..adik ipar ecah pon baru 2 minggu meninggal..umur baru 23..meninggal sebab lemas kat tasik..semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah.. Allah lebih sayang kepada aruah

    ReplyDelete
  4. takziah.. semoga beliau ditempatkan disamping org yg beriman...

    ReplyDelete
  5. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un...
    Takziah

    ReplyDelete
  6. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un... Salam takziah semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.

    ReplyDelete
  7. salam takziah zaki. :'( sy pernah rasa apa yg kamu rasa. kehilangan org yg kita sayang.

    ReplyDelete
  8. Kesiannya.. Smoga suami dan anak2 beliau tabah menghadapi semua ni. Deepest sympathy to your family, bro..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah..
    Salam takziah..

    ReplyDelete