Followers

Monday, 21 July 2014

Watermark pada gambar

Hi semua. Hari ini aku nak bagitahu, telah siap aku meletakkan watermark pada gambar yang aku snap diakaun Flickr aku. Apa tu watermark? Bagi yang tak tahu, sebelum ni aku sendiri tak kisah pasal watermark, dan sebenarnya sekarang pun aku masih tak kisah. Cuma banyak kawan-kawan dan sahabat aku suruh meletakkan watermark pada gambar yang diambil.

Mungkin kerana setiap gambar ada nilainya. Akhirnya dah siap semua gambar yang aku ambil diletakkan watermark pada akaun Flickr sahaja. Kenapa Flickr je? Sebab Flickr sahaja akaun yang orang boleh download dan ambil gambar secara original saiz. Akaun lain macam Facebook dan seangkatannya telah dicompress sebelum diupload masuk.


Ini akaun Flickr aku. Kepada sesiapa yang nak tengok gambar yang diambil, bolehlah ke akaun Flickr aku di link ini:- https://www.flickr.com/photos/zack-hoya/.


Ini diantara contoh watermark nama aku. Kalau tak letak pun takpa. Cuma adakala segelintir orang yang menggunakan gambar yang kita share percuma untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bagi aku benda ni sangat memalukan.

Terima kasih sudi singgah di blog ini. Semoga bulan Ramadhan ini diberkati hendaknya. Segala milik Allah S.W.T. Aku hanya meminjam pemberian daripada-NYA.

14 comments:

  1. Bila ada watermark orang nak curi pic pun jadi segan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah pun orang nak ambil, cuma taknak disalah gunakan. =)

      Delete
  2. Terbaik.. Mesti letak watermark..

    ReplyDelete
  3. Watermark sebelum org lain watermark hasil kerja kita, yedak? Hehe. Org skrg ni mcm2 boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak buat. Mungkin dah ada yang buat nama diorang. Hahaha. Tak kisah pun. Sebab yang tau angle tu kita je. =D

      Delete
  4. Arkus tersebut sangat comel . Jantan ke tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Jantan. Memang sangat comel. =D

      Delete
  5. dulu wan rajin gak rembat pic kat tumblr tp skunk dah mula upload sendiri sebab pic org kan.... bila2 dorang bleh padam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Tu la.. Sama la aku pun. Tapi rembat dekat google.

      Delete
  6. Ramai yang nak senang je..copy and paste..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Tak kisah nak ambil gambar orang lain, just creditkan ke empunya. Bukan senang nak mencari idea dan mendapat gambar yang baik. Lepas tu mudah je diambil. =)

      Delete