Followers

Friday 12 September 2014

Kerja Baru!!!

Hi semua. Mesti ada yang rindu dengan penulisan aku. (Bajet artis). Sebenarnya aku sendiri pun rindu nak menulis dengan penulisan cara aku. Tapi dalam dua minggu ini aku agak sibuk dengan bermacam urusan yang baru.


Antara yang terbaru aku kerja ditempat yang baru di area Setapak, Kuala Lumpur. Aku diberikan jawatan sebagai Executive dalam bahagian Accounting. Tu yang agak sibuk sebab sebelum ini belum ada format account yang dibuat. Aku bekerja disini bermula 2nd September 2014.



Syarikat ni ada kaitan dengan Oil & Gas. Alhamdulillah bos aku tegas tapi simple dan tak cerewet. Harap dalam 6 bulan ni performance aku akan terus meningkat. Ofis dekat KL ni aku bertiga je. Aku, abang ipar aku & bos. Selalu bos pergi outstation untuk tengok projek dia. Next time mungkin aku pula keluar berjalan sambil bekerja.




Bila bos takda boleh aku layan main golf sekejap. Hehehehe. Jangan jeles tau semua. Kerja tau jangan ngelat je. Aku takpa, memang kena lepaskan tekanan sikit waktu mengira. Apa pun selamat bekerja semua.

2 comments:

  1. selamat menempuhi alam pekerjaan yg baru, ok lah tu boleh main golf dalam opis, singgah jumaat sini :)

    ReplyDelete