Followers

Wednesday 15 October 2014

Bekerja di Syarikat baru

Hi semua. Minta maaf sebab lama tak update entry. Agak sibuk kebelakangan ni. Bermula 2nd September 2014, aku telah bermula bekerja di Syarikat baru di kawasan Setapak, KL. Syarikat tak sebesar syarikat lama aku kerja. Tapi aku rasa tenang walaupun gaji tak jauh beza.


Syarikat ni salah satu syarikat Oil & Gas. Siap ada peta lagi kan. Tapi ok la, bos aku pun simple. Manager aku pun simple, Abang Ipar aku je manager ofis ni. Macam mana keadaan tempat aku?



 
Macam pekerja contoh tak? Jangan jeles ya. Aku kerja disini sebagai Account Executive. Sangat seronok mengira. Dari zaman sekolah memang aku suka mengira.
 
 
 
Kadang-kadang kerja pakai simple je. Tak kisah pun. Ni masa pergi CIDB, ambil surat syarikat disana. Yang penting kerja siap.
 
Sabtu lepas pada 11 October 2014, aku ada kursus di NIOSH Bangi. Kursus yang bos aku hantar adalah Oil & Gas Safety Passport (OGSP).
 


 
Kursus ini sebagai passport keselamatan minyak dan gas. Kalau dah pergi kursus ini boleh la aku masuk site-site untuk oil & gas ni. Kursus ni berlangsung sehari je dan exam hari tu aku lulus. Tunggu ambil kad je dalam minggu ni. Lepas 3 tahun, kena pergi lagi kursus ni untuk renew OGSP.
 
Kepada blogger yang ada bagi Liebster Award hari tu, minta maaf tak sempat nak buat entry lagi. Nanti ada masa akan buat juga walaupun lambat. Kepada semua yang melawat blog ni, thanks. Ok semua, chow dulu. Assalamualaikum dan selamat bekerja.
 


12 comments: