Followers

Friday 5 December 2014

Second Phone : Nokia Asha 503 Dual SIM

Nokia Asha 503 (Box)


Nokia Asha 503 (Front)


Nokia Asha 503 (Back)

Hi lagi sekali. Dalam minggu ni pada hari Isnin (1/12/2014), aku beli satu lagi phone untuk kegunaan waktu kerja. Mudah dibawa, tak besar dan tak perlu yang hebat-hebat sangat.Oleh kerana duit tak banyak dan ada orang offer aku Nokia Asha 503 untuk harga RM150 dan kalau harga baru dikedai dalam lingkungan RM290-RM320. Minat sungguh aku dengan back cover dia.

Dia baru seminggu dua je guna dah nak jual dan phone ni masih barudia guna. Aku pun beli la, janji boleh guna apps yang wajib. Boleh tengok specs handphone ni di link ini : Nokia Asha 503 Dual SIM Full Specification.

Bagi aku handphone ni simple. UI dan system dia sama macam OS Symbian S40 juga. Yang paling penting ada Whatsapp, Wechat (Tapi takda moments) dan Line. Browser Nokia Asha 503 ini menggunakan Nokia Xpress dan dilengkapi system Fastline. Semua ni boleh tengok di link yang aku bagi tadi.

Line internet tak selaju Lumia 1520 aku tapi dengan harga dia, bagi aku ok untuk low-end phone. camera dia tak sehebat camera mid-range dan high-range tapi masih boleh diterima. Dilengkapi 5MP dan single LED flash. Cuma sayang kalau cuma ada setting untuk Single Photo, Panorama dan Self-Potrait.

Apps MixRadio pun ada disini. Jadi aku boleh dengar lagu secara offline disitu. Dan banyak juga yang ada. Cuma kurang daripada segi apps je. Basic apps sahaja yang ada.

Sekarang aku send korang sample gambar aku ambil menggunakan Nokia Asha 503.

Try gambar sendiri 1st day.

Kawasan belakang office baru aku.

Lowlight di Parking HKL.


Sambil bersarapan snap dulu tapi telah di crop dan edit sikit menggunakan Adobe Photoshop CS6.

Celahan daun pun jadi. 
Ini antara gambar yang sempat aku ambil semasa menggunakan Nokia Asha 503. Daripada kualiti gambar cantik untuk low-end cuma kurang pada setting. Tiada auto focus, jadi gambar tidak boleh diambil dalam jarak dekat walaupun tidak la terlalu dekat. Setting yang ada cuma White Balance (WB), Filter ada 4 (Ex:-Black & White), flash auto / on / off dan juga timer.

Untuk mereka yang inginkan simple phone, boleh mencuba dan untuk orang yang banyak apps rasa tak sesuai handphone ni. Ni je yang mampu aku review untuk masa ini. Terima kasih kepada semua pembaca.

4 comments:

  1. Sudah follow blog penuh informasi ni. Mind followback? heheh
    **wahhh phone baru , heheh :)

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks follow me. Phone tak berapa nak baru la. My 2nd phone.

      Delete
  2. cantik camera dia... boleh rebat satu ler nanti.. tgh fikir nak beli phone baru sekarang ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk second phone ok la. Kalau nak better ambil Lumia 535 yang baru keluar ni. Harga tak silap RM429 baru. Camera cantik dan byk update utk masa akan datang.

      Delete