Followers

Thursday, 11 June 2015

Baju Kurung Moden Terkini



Image by ZALORA

Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat trend fesyen Muslimah semakin popular. Ini pastinya kerana atas hasil usaha penggiat fesyen tempatan yang bersungguh-sungguh cuba memperkenalkan trend baju Muslimah ke peringkat antarabangsa. Hasil daripada usaha tersebut telah membuahkan hasil yang cukup baik dan positif. Kita dapat lihat fesyen Muslimah berkembang maju dan diterima ramai di peringkat global.
 
Jika di Malaysia trend dress Muslimah sebenarnya sudah lama popular dikalangan pembeli. Namun jika hendak dibandingkan dengan dahulu, kini lebih banyak pilihan boleh dilihat dalam pasaran Malaysia. Seiring dengan trend fesyen semasa, anda boleh mendapatkan baju kurung moden dengan rekaan yang lebih stylish demi memenuhi permintaan pembeli. Selain daripada tu jenis-jenis pakaian tradisional lain masih popular contohnya baju kurung, baju kebaya, jubah dan kaftan. Namun baju kurung masih dan dilihat akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan pencinta fesyen.


Image by ZALORA

Setiap negara mempunyai jenis pakaian tradisional tersendiri dan tidak ketinggalan buat Malaysia. Namun kerana negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum kita dapat lihat lebih daripada satu jenis traditional wear yang ada. Namun pakaian tradisional Melayu adalah antara yang paling disukai dan mudah didapati. Hampir di mana-mana sahaja anda boleh mendapatkan baju kurung ini dikedai, website dan laman sosial.
 
Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia? Antara faktornya adalah kerana baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun.


Image by ZALORA


Terdapat banyak butik Muslimah online Malaysia di luar sana serta butik fesyen online yang menampilkan pelbagai koleksi baju kurung moden terkini dengan pilihan yang hebat. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pergi dapatkan baju kurung murah terkini secara online kerana ianya lebih mudah, murah serta berkualiti!



2 comments:

  1. cantik jugak bajun kurung zalora tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Barangan lelaki pun banyak. Nak order kasut next month. hehehe

      Delete