Followers

Monday 2 May 2016

Aku Tetap Aku - Episod 12


Semakin Hampir

“Hai Jamm… Kenapa tengok Husna macam tu?”

“Takda apa. Cantik betul Husna hari ni.”

“Eleh, ye la tu. Saja sedapkan hati la tu.”

“Betul la, sumpah.”

“Ye la. Jom masuk dalam, kawan-kawan Husna tengah tunggu dekat dalam tu. Kejap lagi akak lak datang.”

Aduh! Macam mana aku nak luahkan perasaan aku ni kalau ramai-ramai macam ni.

“Ramainya ke kawan-kawan Husna? Segan pula nak join macam ni.”

“Ala, apa nak segan. Join je la.”

“Takpa la. Jemm nak jumpa member kejap dekat sini. Sebelum Husna nak balik nanti kita jumpa ok.”

“Betul ni tak nak join? Ok la Jemm, nanti kita jumpa sebelum Husna balik.”

“Ok. Kirim kat kawan dengan akak Husna ye. Bye.”

“Ok Jemm. See You later.”

Aku pun berjalan seorang diri kembali. Aku terus menelefon kawan-kawan aku dan tanya dimanakah lokasi mereka. Rupanya semua di snooker dekat dalam games shop. Aku terus berjalan menaiki setiap tingkat sehingga sampai disana. Sampai sahaja disana aku terus menyapa mereka semua.

“Siapa menang jom lawan aku pula. Ke nak main lucky ball?”

“Malas la aku lawan kau. Tak habis-habis kau je menang.”

“Poyo la kau Deen, bukan aku tak pernah kalah pun.”

“Memang la kau pun ada kalah, tu pun sekali dua je. Kami ni berpuluh kali kena tibai.”

Tiba-tiba Rashid mencelah sambil tangannya menghulurkan botol Coke kepada ku.

“Nah Jemm. Minum dulu. Kasi ringan sikit kepala. Dah campur dengan air Favourite kau ni.”

Aku pun terus ambil Coke yang bercampur arak itu. Kami terus minum bersama-sama. Aku masih masih hanyut dibuai kehidupan yang lama. Sampai bila semuanya akan terhenti? Masih belum aku ketahuinya.

Aku menemani rakan-rakanku bermain sukan snooker disana. Kepala semakin ringan dan khayal dibuai kemabukan. Tiba-tiba phone aku berdering. Alamak, panggilan daripada Husna pula ni. Mesti nak jumpa aku sebelum dia balik ni. Macam mana kalau dia jumpa aku dalam keadaan macam ni.

“Ye Husna.”

“Lambat betul angkat phone. Busy ke?”

“Takla. Tadi teman kawan main snooker dekat games atas Sungai Wang.”

“Husna nak jalan-jalan dulu kat Lot 10, nak jalan sekali tak?”

“Takpa la, sebab segan la ramai sangat perempuan kat sana. Dah la tak kenal sangat.”

“Ala… Jom la. Teman Husna cari barang untuk birthday akak esok. Esok kan tuisyen lagi, mana sempat. Please…”

“Ok la kalau macam tu. Tunggu depan pintu keluar Sungai Wang.”

“Ok, Husna tunggu k.”

“Ok.”

Macam mana pula ni, dah la mulut bau arak. Terpaksa aku pergi cari benda untuk hilangkan bau ni. Aku terus salam rakan-rakan aku dan cakap aku ada hal untuk diuruskan. Aku terus berjalan dank e 7-Eleven. Kena beli something untuk hilangkan bau. Selamat minum tak banyak sangat.

Selesai membeli swing gum aku terus bergegas cari Husna. Tu pun dia. Mereka berempat pula. Segan pula nak berjalan bersama. Sampai disana Husna terus kenalkan aku dengan mereka semua. Kami terus berjalan untuk mencari hadiah untuk akak Husna.

Aku berjalan agak jauh dan kurang bercakap dengan mereka sebab takut bau arak ni akan dikesan mereka. Selesai sahaja membeli, Husna ajak aku balik dengan dia sebab kawan-kawan dia naik bas yang berlainan.

Sambil aku dan Husna menunggu bas, aku terus memulakan perbualan kami.

“Husna, tadi tu kawan-kawan sekolah Husna ke?”

“Aah la. Kenapa”

“Takda apa la. Saja je tanya.”

“Jemm berminat ke salah sorang kawan Husna tu? Kalau minat boleh je Husna bagitau diorang nanti.”

“Mana adalah. Baru jumpa tiba-tiba nak minat pula.”

“Bagus la macam tu.”

“Bagus?”

Aku bingung dan terus merenung Husna. Apa yang dimaksudkan dengan ‘Bagus la macam tu’. Dia memandang aku tapi tidak bercakap apa pun, malah dia hanya tersenyum kecil. Baru aku ingin memulakan bicara, bas kami sampai dan kami terus menaiki untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kami duduk dibelakang. Setelah 5 minit perjalanan, tiba-tiba phone aku berdering. Aku terus melihat siapa yang memanggil. Qaseh rupanya. Aku terus menjawab panggilan daripada Qaseh.

“Hello Abang Jemm.”

“Ya Qaseh.”

Husna terus memandang dan mendengar perbualan kami.

“Abang Jemm dekat mana tu?”
“Abang dalam bas. Tadi pergi Sungai Wang jumpa kawan-kawan abang kejap. Kenapa Qaseh call?”

“Takda apa. Saja je nak call. Tak boleh ke? Bila Abang Jemm nak datang sini? Lama tak datang sinikan.”

“Nanti abang datang. Ingat nak jumpa Abang Chan sekali. Next week la abang datang k.”

“Ok Abang Jemm. Rindu lama tak jumpa abang.”

“Mengarut je la. Kla, jumpa Qaseh next week.”

“Kiss sikit Abang Jemm. Cepat la sebelum letak phone.”

“Ehhhh… Tak payah nak ngada sangat la erk. Bye dik.”

“Dik? Alaaaaa….”

Aku terus letak phone. Kalau dilayan budak kecil tu makin menjadi la dia. Aku memandang Husna. Dia buat tak tau je. Ye la, takkan dia nak jeles pula. Dia bukan girlfriends aku pun.

Sampai diperhentian rumah Husna. Baru aku nak ucap jumpa lagi, dia terus bangun dan turun tanpa mengucapkan apa-apa kata. Husna marah aku ke? Mungkin dia ada urusan mustahak kot yang hendak diselesaikan.

Aku pun telah tiba di destinasi rumah aku. Aku terus masuk rumah dan membersihkan diri ini. Sudah hampir senja dah ni. Malam nanti baru aku mesej Husna.

Malam menjelma kini. Tiba-tiba phone aku berbunyi. Siapa yang telefon pula ni? Husna rupanya. Aku terus menjawab panggilan Husna.

“Hello Jemm.”

“Hello Husna. Baru terfikir nak call Husna malam ni. Macam tau-tau je kan.”

“Ya la tu. Ke nak call budak yang call Jemm dalam bas tadi?”

“Eh… Mana adalah.”

“Yak e ni? Siapa yang call tadi tu?”

Kenapa dengan Husna ni? Tiba-tiba tanya aku siapa yang call tadi.

“Tadi tu Qaseh. Adik abang angkat Jemm. Dia call tanya bila nak datang rumah je.”

“Kenapa dia yang call? Kenapa bukan abang dia?”

“Dia memang macam tu. Sebab kami bertiga memang rapat sangat dah. Kenapa tanya pasal dia?”

“Takda apa la. Tanya pun tak boleh ke? Mana tau GF Jemm ke kan. Takut gak kalau terkeluar dengan BF orang ni.”

“Bukanlah. Anggap dia Macam adik je pun.”

“Baguslah macam tu. Ok lah, Husna nak tidur dah. Jumpa esok ok? Selamat malam Jemm.”

“Ok Husna. Jumpa esok. Selamat malam juga. Bye.”

“Bye.”


Kami pun mengakhiran perbualan kami. Esok akan jumpa dia lagi. Esok aku kena luahkan juga perasaan hati ini. Tak boleh simpan lagi perasaan ni. Harap esok semuanya menjadilah. Dah lama aku pendam perasaan ni. Tak tertanggung lagi jika aku tak luahkannya. Semoga semuanya berjalan lancar esok.

Bersambung...

Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.



5 comments:

  1. lol. baru baca episode 12. episode lain x sentuh lagi. nampak novel kecik je, pasal romantis ke? lol. best2. bacaaan ringan waktu malam ni. santaiii

    ReplyDelete