Followers

Tuesday 16 August 2016

MTB - Streets Riding on 13.08.2016

Hai semua. Harap semua sihat sejahtera. Hari ni aku nak kongsi pengalaman Riding Mountain Bike di area Kuala Lumpur. Sekarang tak ramai lagi yang mengayuh di sekitar Kuala Lumpur. Tak macam zaman 90's dulu. Mungkin sebab terlalu bahaya untuk berbasikal di sekitar kota raya Kuala Lumpur. 


Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa cheking barang-barang penting seperti pum, tiub, lampu basikal, mini tools dan lain-lain lagi ok. Bermula daripada rumah pada jam 6 petang, aku terus riding sampai disini...



Setiba di Star Hill @ Bukit Bintang pada jam 6.45 petang. Aku daripada Cheras KL, lalu ikut laluan yang kurang kenderaan seperti Kampung Pandan atau pun Pudu. Sampai sini rehat sekejap, layan air Limau Ais dulu. Lebih kurang jam 7.10 malam aku sambung perjalanan ke Jalan Tar KL.


Selepas selesai Maghrib, aku singgah Selangor Mansion, terserempak dengan antara photographer yang aku minat hasilnya iaitu Abg Tapa Otai. Lepak singgah sini sambil makan dengan dia dan rakan-rakan dia. Hasil Abg Tapa ni kebanyakkan aku minat daripada segi Konsert Photography. Banyak juga tips yang Abg Tapa sharing dengan aku daripada dulu sampai sekarang.

Lepas tu lebih kurang jam 10 malam, aku bertolak daripada sini untuk balik ke rumah.


Daripada jalan P.Ramlee, boleh nampak Menara KL. Cantik sungguh cahaya waktu malam. Memang aku suka tengok cahaya pada waktu malam.


Lepak sekejap ambil nafas di kawasan Bukit Bintang. Memang sentiasa sibuk jalan disini. Apa pun seronok tengok kawasan macam ni sambil mengayuh.

Lebih kurang jam 11 malam aku tiba dikawasan perumahan. Memang penah tapi satu kepuasan walaupun hanya sebagai solo rider. Tak perlu set target untuk kayuh berapa jauh, yang penting set diri mana arah untuk dituju sambil menikmati suasana sekeliling.

Kasut skate aku tibai pakai. Ni je termampu

Bajet lukisan. Sebenarnya guna Apps VINCI dalam Windows Phone aku
Buat sesuatu jangan ikut apa yang orang minat, tapi fikir apa yang kita minat. Mungkin ni cara aku mengayuh di sekitar jalan raya walaupun kota raya KL sangat sibuk. Bahaya dimana-mana pun.

Sampai sini je la nak share perjalanan hari tu. Apa pun, berhati-hati dijalan raya. Tak kisah apa kita pandu, fikirkan keselamatan kita dan juga pengguna jalan raya yang lain. Jangan ada lesen pada kad sahaja tapi otak takda. Maaf kalau terkasar bahasa. ByE-bYe...



6 comments:

  1. wahhh..bestnya naik basikal. Selalu berangan nak migrate ke negara yg boleh berbasikal ke mana-mana ...tp tinggal angan2 kosong je lah hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Angan2 selalu tak berjaya. Malaysia masih belum ada proper basikal line.

      Delete
  2. Setuju.. Jangan ikut apa yg org minat.. Minat org kan lain2..

    ReplyDelete