Followers

Wednesday, 12 October 2016

Pameran Poskad Dunia di Matic Art Gallery


Hai semua. Hari ni aku nak mengajak korang beramai-ramai ke Pameran Poskad Dunia "Pameran Fotografi Bersaiz Poskad Terbanyak di Malaysia". Memang tak rugi korang datang sini, sebab gambar yang dipamerkan sebanyak 6102 keping gambar. Banyakkan?

Bermacam jenis genre gambar yang dipertontonkan contohnya Streets, Macro, Portraiture, Landscape, dan banyak lagilah. Tak habis kalau cakap semua. Pameran berlangsung daripada 26 September 2016 sehingga 31 October 2016.

Disini Matic Art Gallery

Antara tulang belakang pameran ini

Barisan photographer yang terlibat. Cari mana profile gambar aku.

Baru 1/4 je daripada ruang pameran


Rajin mereka ni. Sedang mengira kembali gambar untuk kepastian kepingan yang ada.


Berehat sebentar


Bawah ni 10 keping gambar yang aku hantar untuk dipamerkan disini. Maaflah, gambar aku tak sehebat orang lain. Hanya mampu gambar yang biasa-biasa je.











 Jika ada yang berminat untuk printing dan dibingkaikan dirumah, boleh contact aku ditalian : 013-7369002 (Whatsapp/Call/Msg). Gambar akan dikira mengikut saiz, paper dan frame. Banyak lagi jenis gambar yang ada, tak dapat nak upload semua. Ni cuma cerita untuk pameran yang sedang berlangsung sekali je.

Thanks to all reader. ByE-bYe...


2 comments:

  1. Syabas Bro! Hang antara 6102 keping foto tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga atas jemputan pihak tuan.

      Delete