Followers

Friday, 20 December 2013

Aku Tetap Aku - Episod 3


Hampa & Gembira

Hari ni aku dapat keputusan untuk exam tingkatan satu aku. Resah, takut semua ada dalam diri. Aku tak pernah gagal pada masa lalu. Tahun 2000 hampir tamat. Sampai je di sekolah, semua muka gelisah dan gementar. Aku macam biasa la, muka tanpa perasaan walaupun hati rasa takut, seram sejuk macam ada hantu disekeliling aku.

"Jamm, sini ambil keputusan awak".

Aduh, nama aku pula yang dipanggil awal sekali. Datang terus tanpa melihat keadaan sekeliling.

"Tahniah kerana dapat keputusan tak cemerlang".

Dalam hati aku berkata, terbaik juga cikgu ni perli aku. Tak perlu la cakap kuat-kuat sangat. Aku bukannya pekak.

"Teruk sangat ke keputusan saya cikgu?".

Aku buat muka yang agak pelik macam ye tak ye je. Padahal dah agak memang teruk. Buku pun aku tak baca. Kelas pun jarang datang.

"Macam mana keputusan awak boleh teruk macam ni? Saya tengok rekod awak sekolah rendah dulu tak pernah sekali pun teruk macam ni. Apa dah jadi? Saya rasa awak tahun depan takkan masuk kelas pertama dah. Awak nombor tiga dari belakang tahu tak?".

Aduh. Betul ke keputusan aku? Aku tengok, memang takda E, tapi paling tinggi aku C. Apa yang berlalu pada aku? Dah terlambat untuk aku nak menyesal. Aku yang dulu selalu dipuji guru, kini aku diherdik tanpa segan silu.

"Kamu pandang apa lagi? Anything you want to tell me about what happen to you".

Speaking London ya cikgu.

"Nothing to say. Thanks for teaching me".

Aku pun boleh la cakap London juga la. Tapi apa guna jika keputusan mengecewakan. Aku terus duduk dan tunggu keputusan kelas mana untuk tahun depan petang nanti.

Jam menunjukkan jam 5 petang. Masa yang ditunggu telah tiba. Kini aku dapat keputusan kelas aku untuk tahun hadapan. Yeah... Aku dah tengok dan akhirnya aku masuk kelas ketiga. Dari kelas pertama turun kelas ketiga. Itu menunjukkan peningkatan pada kelas tapi penurunan pada otak aku. Aku dah berjaya membodohkan diri aku. Apakan daya aku tak dapat kembalikan masa yang telah berlalu. Aku hampa sangat. Macam mana nak bagitahu keluarga tentang keputusan ini? Gara-gara pergaulan bebas aku, kini aku dah gagal. Aku hampir menangis kehampaan tapi apakan daya masa tidak akan kembali.

Aku kemas barang aku, dan berangkat untuk cuti panjang hujung tahun. Aku pulang berjalan sorang diri. Memikirkan apa yang berlaku pada tahun ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Jamm, sorang je kau. Muka sedih sangat kenapa?".

Aku pandang ke belakang, rupanya Sham menegur aku.

"Tak sedih pun. Cuma aku gagal teruk untuk kali pertama dalam hidup aku. Tapi apa boleh buat, aku memang dah tak pegang buku".

"Relak la. Gagal sekali lain tahun kau buat la betul-betul. Aku tengok kau bergaul dengan orang bukan-bukan sekarang. Tak macam aku kenal kau sebelum ni. Ok la, rumah aku dah sampai, selamat berjalan. Kau fikir-fikir la apa yang terbaik untuk kau. Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam".

Aku terus perjalanan sambil memikirkan apa yang diperkatakan Sham kepada aku. Biar la. Benda dah berlaku. Sampai je dirumah, aku terus mandi dan mula ambil gitar kapok abang aku. Baru setahun aku belajar main gitar. Tak bagus pun tapi dapat menghiburkan hati yang tengah lara. Puas berangan, abang aku yang ke-4 tegur aku.

"Kau kenapa? Macam sedih je. Kau ada masalah ke?".

"Takda la, aku tak turun kelas ke-3 tahun depan".

"Kau banyak-banyak berdoa. Sabar benda dah berlaku takdir Illahi. Kau kena terima. Takda apa yang boleh lawan ketentuannya. Dah la, kau turun makan, mak suruh makan tu".

"Kejap lagi aku turun".

Turun makan je, aku sembang dengan mak dan ayah aku tentang keputusan aku. Ayah aku cakap sebab aku selalu keluar malam memang gagal la. Tapi mak aku cuba bagi aku tenang.

"Takpa la. Kau dah cuba terbaikkan. Mak tak kisah, tapi kau kurangkan la keluar malam".

"Ya la mak".

Tu je perkataan mampu terucap dibibir aku yang comel ni. Aku tahu dalam hati mak aku, mesti dia sangat kecewa dengan aku. Aku pun habiskan makanan aku dan terus keluar untuk beli rokok sebatang. Perut kenyang, hati je tak tenang.

Aku lepak kejap merokok kat depan rumah kawan aku Mat. Aku terus panggil

"Mat!!! Lepak kejap".

"Jamm, lama tak nampak kau. Ya la, orang dah lepak dengan brader-brader mana nak pandang aku dah"

"Mana ada, aku sibuk la hari tu nak examkan. Tapi gagal juga aku. Turun kelas ke-3".

"Kau kurangkan la lepak dengan Abang Chan tu. Aku tengok dia lain macam je. Takut kau terikut-ikut dia je nanti".

"Aku tak salahkan sesiapa pun. Semua salah sendiri. Bukankan dia ajak aku buat semua tu. Aku tolak barang pun kadang-kadang je. Cuma mungkin tahun depan aku ada kerja banyak. Kalau kau nak ikut jom la".

"Tak nak aku. Aku hisap je, bukan jual. Tali gantung wei. Kau tak takut ke?".

"Mati itu pasti, aku tak takut dah. Hidup aku pun dah macam orang mati juga. Tahun baru nanti keluar la ramai-ramai. Apa-apa roger aku".

"Ok Jamm. Aku balik dulu".

Seminggu selepas, ayah aku minta aku kerja jual tali pinggang di Jalan Masjid India, berdekatan Masjid Jamek. Aku pun pergi la, mula-mula ayah aku bawa tengok tapak je. Sebab nak berniaga untuk bulan puasa ni. Nanti kau berniaga kat sini dengan abang kau nombor 4 dan 5. Aku pun tak kisah la. Sebab bukan aku sorang. Aku pun bukan pandai sangat berniaga macam ni. Lepas tu aku terus pergi kilang untuk ambil tali pinggang dengan ayah aku. Siap katalog lagi. Aku pun balik menanti bulan penuh keberkatan ni. Belum pernah lagi aku putus untuk meninggalkan puasa aku dari aku darjah satu lagi. Masa tadika aku adalah puasa setengah hari.

Tiga hari selepas tu. Pengumuman bulan puasa. Satu keluarga tengok bersama. Bulan puasa jatuh pada yeah, lusa. Yeah. Esok makan lagi. Aku pun buat persiapan nak berniaga. Semoga perniagaan berjalan lancar. Dah la takda lesen nak berniaga. Apa terjadi kalau kena serbu. Terbayang kejap. Macam best je main kejar-kejar. Biarlah, aku berniaga untuk cari duit yuran sekolah tahun depan dan beli baju raya. Dah 4 tahun tak beli baju melayu. Kena bersungguh-sungguh ni.

Dua hari selepas.

"Jamm, bangun sahur, dah jam 4 ni. Bangun, bangun".

Bangun macam Undertaker WWF. Terkejut mak aku.

"Ya la mak. Nak mandi dulu".

Selesai mandi aku pun terus ke meja makan untuk bersahur. Tiba-tiba ayah aku tegur,

"Jam 7 pagi nanti kita bertolak pergi Jalan Masjid India".

"Ok".

Lepas bersahur aku sambung tido sekejap. Mata masih layu. Walaupun agak sukar untuk melelapkan mata tapi aku berusaha juga. Tidur la wahai mataku sayang. Akhirnya aku dibuai mimpi indah.

Terbangun. Jam menunjukkan 6.40 pagi, masa untuk bersiap. Berat betul badan nak bangun tapi apakan daya, nak berniaga. Abang aku nombor 5 pun ikut sekali. Aku panggil dia Achik. Lepas siap masukkan barang dalam kereta kebal ayah aku, kami bertolak. Sampai juga akhirnya selepas 20 minit perjalanan. Pagi-pagi belum ramai lagi. Aku bentang alas meja kat bawah lantai je. Meja pun takda. Lepas dah siap susun barang-barang semua, kami siap sedia untuk menjual. Harap dapat sambutan la.

Sekarang jam 3 petang. Makin ramai orang membanjiri Jalan Masjid India.

"Kau tengok Achik buat ok".

Achik aku terus menjerit

"Meh bang tengok tali pinggang import dari Italy. Harga dari 10 ringgit hingga 45 ringgit je bang". Sorang brader pun datang "Kenapa murah sangat dik?".

"Sebab barang ni reject sikit, so kita orang jual murah. Dapat borong dari kilang. Tengok dulu bang mana berkenan".

"Confirm ke kulit ni?".

"100% bang. Tengok saya bakar. Kulit takkan terbakar macam PVC. Ni original kilang cuma reject sikit".

"Ok, abang nak ni, ni dengan yang ni. Berapa dik?".

"Semua sekali saya bagi 60 ringgit je bang".

Berjaya dijual juga. Handal juga abang aku ni tarik pelanggan.

Sebenarnya aku agak malu berniaga tepi jalan macam ni. Tapi apakan daya, keluarga aku bukan dari yang senang. Bila dah jam 7 malam aku tutup dengan ayah aku semua. Kira-kira ada RM1107 semuanya. Tolak modal dalam RM600 untung bersih. Alhamdulillah kerana memberi kami rezeki begini. Tak sangka terlajak laris juga. Ayah aku bagi aku RM70 untuk hari ni. Tak sangka berniaga macam ni pun banyak gaji. Aku, ayah dan abang aku berbuka diluar je. Memang makan sedap la jawabnya. Hari-hari seterusnya aku gembira dapat berniaga dan ada sekali barang aku kena ambil dengan Bandaraya. Selamat ayah aku kenal orang dia. Dan barang tu dapat kembali.

Bukan kami minta untuk berniaga macam ni. Tapi bukan ada duit nak ambil tapak berniaga. Dan setiap hari berpuasa makin berlalu. Kini tinggal 2 hari untuk beraya dan ini hari terakhir aku berniaga. Banyak juga duit aku dapat dari hasil berniaga. dah ada hampir RM2000. Pada tahun 2000 memang banyak bagi aku. Ayah aku lagi la banyak. Ayah aku nak bagi aku RM300 untuk beli baju melayu tapi aku menolak sebab aku nak guna duit hasil aku sendiri. Akhirnya selepas tengok semua, aku terus beli baju melayu warna hitam yang berharga RM600 tapi aku dapat kurang sehingga RM430. Aku memang dah belajar menawar harga dari ayah dan abang aku. First time aku beli baju raya mahal macam ni. Kini kehampaan aku telah bertukar kepada kegembiraan.

Duit aku selebihnya aku bagi mak aku sikit dan aku simpan untuk beli baju sekolah dan bayar yuran sekolah aku. Aku sekolah kerajaan je tapi masa tu yuran je pun RM130. Buku tulis tetap beli sendiri. Cuma dapat baju sukan semua. Akhirnya Dah sampai masa nak beraya esok. Keesokkannya aku pun bangun pagi dan salam semua ahli keluarga aku. Mungkin sebab aku paling bongsu. Tapi tak sedar aku dah penuhkan puasa aku dan semua amal aku. Adakah aku dah kembali ke pangkal jalan?

Bersambung...


Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.


25 comments:

  1. haha. Ierah nak gi tahu. Dalam banyak-banyak exam Ierah takut jugak nak tengok result. Tapi ada 1 exam yang Ierah rasa paling-paling takut. Bukan SPM or Dip or Digree. Nak ambik test JPJ. Takut dia mengalahkan semua exam tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Kita relaks je ambil test dulu... hehehe...

      Delete
  2. saya suka. abang, part 1 kat mana ?? cari jap. ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik cari kat label atas tajuk A.T.A. Tekan je semua ada kat situ. =)

      Delete
  3. menyampah cekgu cam ni duk men perli2 grrrr:@ aahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar². Macam ada kisah sendiri je terselit ni? Thanks Wan sudi baca kisah ni. =)

      Delete
  4. berat la blog awak , nak view pun kn tgu lame gak hope amik perhatian......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke. Maybe internet awk kot. Sbb sy on ok. Nanti sy tgk blk ya. Thanks 4 info. :-)

      Delete
    2. Tak ler.. Ringan je blog ni. Widgets sikit je, background pun biasa je, mcm mana boleh berat.. Mmg internet Hannis yang ada prob ;)

      Delete
  5. mentang2 bdk2 pmr amik result. hehe. 1st-3rd episod. start dgn jln cerita yg complicated.
    Hope plot kemuncak lg tnggi. hehe =) good try zack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Sy tak bagus pun. Mencuba untuk menjadi terbaik masih jauh dari pandangan. =)

      Delete
  6. Novel ke bro?
    mnarik.. mana part one? ada ke...
    baru baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada². Kat bahagian Label atas sekali, tekan je kat perkataan A.T.A. Dari pertama sampai yang terbaru. =)

      Delete
  7. wahh..ada bakat ni jadi penulis..cuba la try hantar kat penulisan 2U..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke. Terima kasih. Tp tak pandai sgt pun menulis.:)

      Delete
  8. menarik kisah ini ^_^ ada dari mula tak ?? nak baca lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca. Semua kisah ni ada di label atas. Tajuk label A.T.A

      Delete
  9. Wahhh.. novel yea.. tahniah.. masa mula2 baca tadi ingatkan kisah zack.. pelik lak awat cikgu tu panggil nama"jamm" lak kan.. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu. Biar nama menjadi tanda tanya. Thanks sudi baca.

      Delete
  10. hoho best best. Hantar kat penulisan2u lah zack :D

    ReplyDelete
  11. Interesting! Lepas ni keluarkan novel lak yee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Terima kasih sudi baca. Novel macam tak best je. Takut nanti tak menarik hati para pembaca. =)

      Delete
  12. Zack, apa kata lain kali link kan episod yg sebelum ni? Sebab macam ramai yg nak baca dr mula. Kalau nad.. Memang tak miss baca hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Nad. Kejap lagi ZH buat link terus ke Label dia. =)

      Delete