Followers

Saturday, 21 December 2013

Definisi Rezeki?

Google Image
Assalamualaikum W.B.T.
Tiba-tiba nak cerita pasal ni kenapa? Banyak rezeki aku dapat dalam dua bulan ni. Alhamdulillah. Bila sebut je pasal rezeki, kebanyakkannya semua tertumpu pada duit atau benda. Tapi tahu ke kita rezeki tu sebenarnya banyak cabang-cabang jika kita melihat dengan hati. Contohnyanya :-

Anak
Anak pun dikira rezeki betul tak? Tak percaya, bila kita mati tinggal tiga perkara sahaja.
i)Doa anak yang soleh. ii)Harta yang disedekahkan
iii)Ilmu yang dimanafaatkan.
Kalau kita dapat mendidik anak yang soleh, mungkin dia masih boleh membantu kita pada akhirat kelak.

Kebahgiaan
Banyak duit pun tak menjamin kebahgiaan yang dikecapi, tapi bukan bermaksud duit tak penting zaman sekarang ni, cuma duit bukan segala-galanya. Kunci untuk kebahgiaan ialah keikhlasan.

Kudrat
Dalam bahasa melayu tenaga. Ini pun rezeki juga. Kalau kita dilumpuhkan, pasti kita tak mampu berbuat apa-apa. Bersyukurlah dengan apa yang diberikan. Kita masih boleh berjalan, melihat, mendengar dan berkata-kata. Kalau ditarik kembali segala nikmat-Nya, apa pun tak boleh (APTB).

Ilmu
Bukan semua orang dapat belajar tinggi melangit. Tapi bukan semua manusia tidak diberi langsung ilmu. Kita bertuah dari tak tahu kepada tahu. Jangan takabur dengan apa yang kita tahu. Kongsi bersama-sama. Jangan kedekut dengan apa yang kita tahu. Tapi apa yang kita belajar dan baik, cuba kita praktik kan.
"Berilmu tapi tidak melakukannya, bodoh dan tidak berilmu tapi melakukannya gila".
Tak tahu bertanya, sesat jalan nanti meraba. =)

Perkahwinan
Yang belum berkahwin macam aku ni tak boleh la. Perkahwinan ni kira rezeki juga. Sebab Rasulullah pernah bersabda "Tidak akan sempurna solat kamu sehingga kamu berkahwin". Nampak tak kisahnya. Kalau yang bujang macam aku ni bukan la tak sah tapi tak sempurna je. Siapa la nak masuk meminang aku ni. =)

Itu sahaja la yang mampu aku huraikan sedikit tentang rezeki luar dari kotak minda kita. Mungkin tak sebagus anda semua. Aku bukan ustaz atau pun bukan pensyarah. Aku berkongsi apa yang aku tahu untuk semua pembaca. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Kalau korang ada yang nak tambah berkenaan ini, tolong komen-komen kat box bawah ni.

"Siapakah aku tanpa ilmu dan segalanya adalah pinjaman dari Allah semata-mata"

19 comments:

  1. semua betul t zack. yg penting kena bersyukur. tak kira sikit or banyak.
    tak boleh merungut =) peringat diri bella sndri

    ReplyDelete
  2. bab kawen tu aku pun takdak rezeki lagi.
    xde org yg sudi..haha
    buat entri promote diri bro..aq pun nk msk jgk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Kau promote la. Aku tak market mcm kau. Huhuhu

      Delete
  3. setuju, rezeki tu bukan hanya sekadar wang ringgit
    kesihatan,kebahagiaan, kawan-kawan yang memahami, itu pun rezeki untuk kita
    apa yang penting, kita bersyukur :)

    ReplyDelete
  4. yang penting kena belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bersyukur dengan hati terbuka. =)

      Delete
  5. Replies
    1. Insyaallah. Rezeki anak Allah dah tentukan. =)

      Delete
  6. moga semua rezeki di atas dikurniakan buat kita
    rezeki harus disyukuri, rezeki juga harus dicari..kan kan zack...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yumida. Tapi kalau ada keyakinan pasti rezeki yang cari kita. =)

      Delete
  7. Tepat sekali, rezki dtg dlm mcm2 rupa, tak yah nak singkatkan minda tumpu kpd duit saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Muz. Kadang² kita terlalu menyekat akal untuk berfikir jauh. =)

      Delete
  8. kalau aku lah kan, aku nak duit je, kalo takde duit apapun tak boleh huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga. Tapi kalau ada duit pun tak boleh beli kebahgiaan, kesihatan dan yang seiring dengannya.

      Delete