Followers

Tuesday, 3 December 2013

Aku ZH Blogger? Siapa?

ZH Blogger

Hi semua. Kalau siapa yang pernah follow aku biasa baca blog aku mesti la pernah tengok nama aku macam ni. Aku kadang-kadang macam tak sedar aku sekarang seorang blogger. Mungkin tak famous la macam blogger-blogger yang lain. Tapi aku pun macam pelik, kenapa aku nak sangat menulis?

Aku ni bukan jenis yang minat menulis atau minat untuk membaca. Diari masa aku dulu? Please la, tak pernah seumur hidup aku dulu menulis diari. Kehidupan aku dulu aku sematkan dalam jiwa dan sanubari. Semua kenangan aku pahat didalam hati. Tapi bagaimana aku boleh menulis didalam blog? Mesti ada yang nak tahukan? Aku pun tak tahu bagaimana. Hahahahaha.

Yang aku ingat, aku mula menulis pada 1 Ramadhan Tahun 2013 ni. Aku tiba-tiba rasa nak menulis. Tak pernah terfikir mencari hasil dari penulisan. Kenapa aku nak sangat menulis? Mungkin sebab aku terlalu malu untuk berdepan dengan kawan-kawan, sahabat atau orang sekeliling aku untuk menceritakan masalah aku. Dengan penulisan juga aku dapat melepaskan segala yang aku pendam sejak dulu lagi.

Nak kata hebat memang aku tahu dimana tingkat penulisan aku. Hanya seorang insan yang menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri. Kalau nak memuaskan hati para pembaca keseluruhannya, memang mustahil bagi aku. Sebab aku insan yang kerdil tapi tak pendek. Hehehehe...

Bila aku terfikir, adakah kisah aku ni menjadi perhatian pembaca? Hebat ke kisah aku daripada kisah "Mr.Arrogant" ataupun kisah "Suamiku Playboy". Tapi aku bukan macam kisah dalam drama. Mungkin jika dari kecil orang yang kenal aku, tahu macam mana kehidupan aku.

Mungkin satu hari nanti, jika diberi peluang atau kesempatan, akan aku rangkapkan kisah aku didalam blog ini. Dan pasti kisah aku dari dulu hingga kini, dan kisah aku tidak pernah terhenti disini. Selagi jari mampu bergerak, dan hati mampu berbicara, biarkan mereka menyatakan apa yang dirasai. Dan akal, jangan kau terlalu berfikir akan masa depan yang belum pasti, fikirkan masa yang telah kau lalui supaya hidup ini memberi erti dan kenangan.

"Aku Tetap Aku"

ZH Blogger

26 comments:

  1. teruskan menulis kawan. good luck =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bella Luna. Awk pun teruskan ok. Jangan berhenti selagi mampu. =)

      Delete
  2. teruskan menulis wahai ZH :) btw gud luck yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Suzzi. Teruskan membaca pasti saya akan terus menulis. =)

      Delete
  3. blog kan umpama diari.......mesti kisah silam ZH menarik sebab tu lebih suka kenang kisah silam dari fikir masa depan...btw...teruskan menulis selagi suka...gd luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak menarik, tapi kisah silam banyak mengajar saya jadi manusia. Banyak kepahitan tapi banyak kenangan. =)

      Delete
  4. ZH menulis, mesti lah qila baca ;)
    Goodluck!!!!! hheehehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke ni. Huhuhuhu. Apa pun thanks support penulisan ZH.
      Akeyla Azmi you awesome too. =)

      Delete
  5. ZH Blogger, nickname awak di dunia maya :)
    macam itu lah orang, ada buat id unik di dunia maya,,,
    Keep Writing and Blogging!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats right artiirhamna. Unik pada nama dan berharap juga unik pada panulisannya. Thanks for supported. =)

      Delete
  6. hee.. penulisan zack senang difahami, ada kelakar2 sikit.. x beratkan fikiran nak baca .. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke. Thanks for the comment TB. =)

      Delete
  7. ala, penulisan ni kadang2 tak perlu pun macam skrip drama ke apa.. yang penting kita enjoy bila kita menulis. tak perlu terlalu ikut aturan sangat. asalkan apa yang kita story tu, tak sakitkan hati orang lain, dah la kan?.. sy sndiri pun menulis ikut suka je.. tak reti nak menulis smpai tahap nak pikir orng suka ke x.. sbb nti kita yng stress..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan nak terbaik untuk diri, cuma takut terlebih atau terkurang. Boleh perbetulkan. =)

      Delete
  8. o macam tu rupanya...keep blogging zack..

    ReplyDelete