Followers

Thursday, 26 December 2013

Aku Tetap Aku - Episod 4


Kawan & Kehidupan

Sudah sebulan lebih aku tidak ke sekolah kerana cuti hujung tahun. Malas pula rasanya nak menempuh tahun 2001 ni. Kini aku masuk ke kelas 2C. Kelas ketiga daripada 10 kelas yang ada. Pertama kalinya dalam hidup aku, aku tukar ke kelas bawah. Rasa macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sebelum ini. Masuk je kelas cari kawan dulu. Kena tahu rakan sekelas macam mana yang boleh dibuat kawan. Ternampak mamat ni sorang-sorang je, baik aku tegur dan duduk sebelah dia.

"Assalamualaikum."

Mamat tu terus pandang aku dan menjawab salam aku.

"Walaikumsalam"

Aku pun terus bertanya,

"Boleh aku duduk sebelah ni?".

Mamat tu jawab sambil menulis dibuku.

"Duduk la. Takda orang pun".

Aku pun terus duduk tanpa rasa malu. Aku menghulurkan tangan aku dan bertanya.

"Nama kau siapa? Orang panggil aku Jamm".

Dia terus sambut tangan aku dan menjawab,

"Panggil je aku Syafiq. Kau duduk mana?".

"Rumah aku kat Taman Ikan Yu".

"Sama la aku. Aku lorong 1. Kau lorong berapa?".

"Lorong 5. Rupanya dekat je. Boleh la esok pergi kelas sama-sama".

Aku pun teruskan perbualan sehinggalah guru kelas aku masuk.

"Selamat petang murid-murid".

Kami semua terus bangun dan menjawab.

"Selamat petang Cikgu".

"Ok semua boleh duduk".

Selepas itu guru kelas aku terus bagi tahu tentang diri dia dan memperkenalkan diri sebagai Cikgu Ros. Muda lagi guru kelas aku tu. Nama dia macam anak pendekar Mustar dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Apa pun cikgu ni memang comel sehinggakan ramai aku tengok tertumpu pada dia. Mungkin itu anugerah milik dia yang takda pada orang lain. Sesi memperkenalkan diri masing-masing pun dimulakan. Biasa la, aku duduk depan, memang aku menjadi orang antara yang terawal memperkenalkan diri dalam kelas tu. Aku terus bangun dan menebalkan muka untuk memperkenalkan diri pada semua. Dan kami semua meneruskan kelas dan segala perlantikan ketua dan sebagainya.

Waktu senja hampir tiba, kini masa untuk pulang ke rumah. Aku ajak Syafiq balik sekali, sebab rumah kami berdekatan je pun. Kami pun berjalan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, tiba-tiba Syafiq tanya aku merokok atau tidak, aku terus jawab

"Hisap juga. Kau ada rokok ke?".

"Aku ada ni dua batang".

"Ok la tu. Kejap lagi jalan dekat kampung cina dah boleh merokok dah. Sana bukan ada orang jalan pun".

Kami berdua berjalan sambil merokok. Sejak dari tu aku dengan Syafiq mula rapat sehingga kalau aku takda, orang akan tanya Syafiq, dekat mana aku dan begitu juga sebaliknya.

Dia selalu ke rumah aku untuk ajak aku melepak. Sehingga kami tingkatan tiga. Aku masih di kelas ketiga, mungkin sebab aku tidak bersungguh-sungguh dan tahun ini kami akan menduduki peperiksaan Pendidikan Menengah Rendah (PMR). Aku banyak berkawan dengan rakan sekelas dan kini ada enam orang kawan baik semuanya dikelas aku. Sehingga kami digelar enam jahanam. Macam dasyat je nama tu. Kami semua terdiri daripada aku sendiri, Syafiq, Lim, Amy, Bat, dan Edry. Kami memang selalu buat cikgu menitiskan airmata, tapi tak pernah dihati ini rasa kesian. Macam kejam je bunyinya. Kenapa aku semakin rosak? Bukan salah sesiapa pun tapi semua ini atas diri aku sendiri.

Kini umur aku 15 tahun tapi rupa aku agak matang. Aku tinggi dan segak pada ketika ini. Dulu daripada tidak pandai bergaya kini aku mula pandai dengan fesyen-fesyen terkini. Malam bila hari minggu, Abang Chan akan ambil aku di bas stesen di hadapan rumah aku untuk keluar berseronok. Family aku marah bila aku keluar malam dan balik kadang-kadang esok pagi atau petang. Ke mana aku pergi? Adakala aku pergi ke disko untuk menjual pil-pil disana dan pendapatan harian aku lebih kurang RM100-RM200 setiap kali aku menjalankan kegiatan ini. Tugas aku ambil duit dari bartender dan hantar pil dekat mereka je pun. Bukan susah pun kerja macam ni tapi kalau tertangkap, makan tak habis la jawabnya.

Abang Chan ada adik perempuan bernama Qaseh. Lawa ke dia? Dia aku bagi kategori comel la. Tapi aku anggap dia macam adik aku. Mungkin sebab masa tu aku tak pernah bercinta dan tak reti nak bercinta dan aku pun anak bongsu dalam keluarga. Aku agak rapat juga dengan Qaseh ni. Qaseh muda 2 tahun dari aku, tinggi paras bahu aku, rambut lurus dan panjang hingga bawah bahu dan seakan-akan cina menampakkan dia sangat diminati oleh kawan-kawan lelaki dia. Sehinggalah pada satu masa aku tidur dirumah Abang Chan.

Pagi ketika aku bangun, aku terkejut tengok Qaseh tidur disebelah aku. Aku terus tolak dia ke tepi dan keluar mencari Abang Chan. Tapi dia tiada dirumah. Dalam hati kecil aku berkata, mungkin dia keluar atas urusan atau pun keluar beli sarapan. Aku tengok Qaseh dah terjaga dan dia datang dekat aku dan bertanya.

"Abang Jamm, abang Qaseh dah bangun belum?".

"Dah lama dia bangun kot, sebab tengok takda pula dia dekat rumah. Kenapa Qaseh tidur sebelah abang semalam?".

"Qaseh takut la semalam, macam ada hantu je kat bilik, lepas tu Qaseh buka pintu Abang Chan dah berkunci, terus pergi bilik Abang Jamm. Qaseh cuba buka pintu tapi tak berkunci, Qaseh masuk dan tidur je la sebelah abang".

Geram pula cakap dengan budak ni, kau ingat besar sangat tilam aku tidur sampai kau nak menyempit dekat situ. Selamat iman aku masih kuat.

"Lain kali jangan la main tidur je macam tu, tak elok ok. Nanti Abang Chan cakap apa pula. Punya besar rumah ni, kat situ juga Qaseh nak tidur".

"Abang Chan takkan cakap apa la, dia tak kisah pun. Lagi pun Qaseh suka nak tidur situ, ada bau abang".

Malas aku nak melayan budak ni. Baik aku mandi dulu.

Aku terus mencapai tuala dan mandi. Selepas selesai je mandi aku terus pakai pakaian aku dan duduk diruang tamu untuk menonton siaran TV. Bosan betul rancangan TV ni. Apa yang ada? Aku ni bukan jenis yang suka tengok TV pun. Qaseh baru keluar dari bilik dan pergi mandi tapi aku buat tak layan je bila dia jeling ke arah aku. Kau ingat aku nak tengok sangat ke kau nak mandi. Lepas selesai mandi dan bersiap je dia keluar dan terus duduk sebelah aku.

"Cerita apa Abang Jamm buka ni? Tak best langsung". Terus dia menukar siaran kartun. Best sangat ke cerita kau buka ni? Baik cerita aku tengok tadi. Tiba-tiba dia letak kepala dekat bahu aku.

"Bosan la kan. Abang Jamm tak keluar ke? Kita keluar nak tak?".

"Malas la, membazir duit je keluar. Abang kejap lagi nak balik dah. Abang Chan pun takda".

"Ala... Abang Chan pergi dating la, lupa la nak bagitahu Abang Jamm tadi".

"Ya ke. Macam tu abang nak balik la. Nanti cakap kat Abang Chan, minggu depan abang datang lagi, suruh dia jangan datang ambil sebab banyak sekatan jalan sekarang".

"Ya la. Tinggal la Qaseh sorang-sorangkan".

Aku tak menghiraukan dia dan terus ambil barang aku dan beredar pulang tanpa berkata apa pun.

Sampai je dirumah, terus aku terfikir, kenapa Qaseh tu bukan main lagi nak bermanja dengan aku? Dia suka aku ke? Ke aku ni syok sendiri je? Macam pelik je aku tengok perangai Qaseh ni. Biar la, lagi pun tak pernah aku ada perasaan dekat dia. Mana budak-budak aku ni? Bosan betul la la duduk rumah je. Bukan ada apa pun dekat rumah aku ni. Terus aku capai gitar kapok dan mencipta lagu untuk diri sendiri. Lantas aku terbayang lagi tiga bulan untuk aku menduduki peperiksaan PMR. Dah bersedia ke aku ni? Tapi sebenarnya masa tu tak pernah terfikir banyak pun semua tu. Yang aku fikirkan keseronokkan sahaja.

Aku telah lalai dan leka dengan wang dan hiburan. Sehinggalah tiba hari peperiksaan, aku terasa takut. Aku tak tahu apa soalan akan keluar sedangkan aku tidak pernah membaca apa pun. Apa terjadi kepada aku? Aku buang perasaan tu dan buat seolah-olah aku tidak gentar akan segala ujian begini. Gagal-gagal la, takkan nak paksa lulus pula. Selepas semua selesai kini hanya menunggu keputusan peperiksaan sahaja. Adakah aku akan gagal?

Aku pergi beramai-ramai bersama kawan-kawan kelas aku pada hari keluarnya keputusan PMR. Dan kami terus tengok keputusan. Ohh tidak, aku takda A? Semua teruk tapi tak gagal sampai dapat E. Yang paling ok English dan Matematik aku. Kenapa Bahasa Malaysia aku lagi teruk dari Bahasa Inggeris? Ahhhh...Tak kisah la. Buat apa nak kenang, aku tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku. Yang lepas biarkan berlalu.

Kami semua mula mendapat keputusan kelas kami. Edry sahaja yang bertukar ke kelas kedua. Pandai juga dia. Mungkin sebab dia tak berseronok sangat macam aku dan yang lain. Edry masuk kelas sains iaitu kelas kedua. Aku dan yang lain masih di kelas ketiga ataupun kelas Akaun 1. Cuma tiga mata pelajaran yang membezakan setiap kelas. Kelas aku ada Akaun, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas. Best juga kelas macam ni. Kalau mengira memang kemahiran aku la. Ramai takut bila berdepan dengan nombor tetapi aku pula berlainan sebab aku lebih suka pada nombor daripada huruf. Macam la handal sangat aku ni.

Akhir tahun pada tahun 2002 aku lebih banyak melepak daripada duduk dirumah. Aku lebih liar daripada biasa. Aku mula bergiat aktif dengan budak-budak motor kawasan rumah aku. Lepak dan berhibur salah satu aktiviti harian aku. Lesen aku memang takda la tapi aku tetap tunggang motor kawan aku. Zaman tu ramai meminati motor Yamaha RXZ. Dulu aku takut nak bawa motor sekarang aku jadi berani sampaikan aku layan selekoh baring tanpa rasa gentar dihati. Adakala terbaring juga aku dekat jalan raya tu. Kenapa macam-macam aktiviti tak sihat aku lakukan? Darah dalam diri mula memberontak ingin keluar mencari keseronokan tiada ketepian.

Pernah satu masa aku ikut mereka untuk bergaduh, baling botol kaca berisi minyak tanah dan letak kain sebagai sumbu dan baling ke dalam kelab malam cina. Sehingga mereka datang untuk menuntut bela dan datang ke tempat kami seramai 4 van penuh. Namun kami berjaya mengharungi mereka walaupun ada yang tercedera dan tanda pisau di dada aku masih wujud sehingga kini. Adakah aku berani? Tidak tapi aku takkan berpatah balik untuk melihatkan ketakutan aku pada musuh yang hadir. Aku mesti ke depan sebagai seorang yang berani.

Pada usia ini aku terlalu suka untuk menjadi orang yang ditakuti dan disegani. Mungkin ini bukan penamat bagi kisah aku. Adakah aku akan lebih teruk lagi pada tahun berikutnya? Semasa umur 15 tahun telah bermacam-macam yang aku lalui. Adakah kisah aku akan terhenti pada umur begini? Apakah yang akan berlaku pada aku pada tahun hadapan? Keluarga aku dah malas ambil kisah lagi pasal kehidupan aku. Keluarga aku dah penat nak menegur aku lagi. Telinga aku pun sudah pekak dan lali dengan rungutan mereka. Tapi apa yang berlaku pada aku nanti? Adakah ini kehidupan yang aku akan lalui seumur hidupku nanti?

Bersambung...

Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.


14 comments:

  1. wahhhh . bertambah berat jalan cerita ni . gaya penulisan yang bagus zack. =)

    ReplyDelete
  2. panjang nye..
    saya singgah tapi x baca ni *ikhlas*

    ReplyDelete
  3. Sempoi je penulisan ni. Best lah!! :D Ini based on true story ke? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple tapi padat. This is true story. Just character pada nama je tukar. =)

      Delete
  4. jalan cerita menarik..alhamdullilah..

    ReplyDelete
  5. alamak..akak tertinggal la..

    ReplyDelete
  6. Bagus bagus Zack, tp pendekkan sikit cam eps sebelum ni hehe :p
    Tapi nad baca jugak sbb taknak tertinggal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. Sbb tengah best menulis, tak perasan dah panjang. huhuhu

      Delete