Followers

Wednesday 10 July 2013

Blog Baru (AKU TETAP AKU)

       
Hi. Aku Ahmad Zaki Bin Mohamad Hasan atau nama timangan ZaCk hOyA (ZH). Macam mana erk aku dapat nama timangan tu. ZaCk tu dah tentu dari perkataan Zaki, so dari mana datangnya hOyA tu? hOyA bermaksud apa? Apa hOyA tu? HaHaHaHa. hOyA meaning is "WHAT". Senang je kan maksudnya. Tapi maksud selainnya biar Aku je yg tau. Setiap orang ada rahsia pada nama mereka. Orang selalunya nickname orang lain bagi tapi nickname aku, aku beri untuk diri aku. =)



Ok la, berbalik tajuk lain pulak. Aku baru je buat blog ni hari ni. 1st day puasa bersamaan (10th July 2013) hari Rabu. Aku pon tak tau kenapa aku nak buat blog ni. Maybe sebab bosan je. Terlalu banyak laman web dan application sekarang. Sampai tak tau apa dah nak guna. So kali ni aku nak try menjadi seorang blogger. Senang je sbb aku ni. Kadang kala aku buat something tanpa sbb pon. Apa korg rasa nak buat Just buat je k tp jgn la sampai buat benda yg salah pulak.

Bagi aku bukan senang nak menjadi blogger, berapa kali aku update tentang ni sahaja. Ramai menjadi blogger sebab nak famous, duit, atau apa je la. Aku pulak sebab rasa sesuatu benda baru aku nak buat. "why not i try this". Kadang-kadang orang kenal kita tapi tak tau kita macam mana kan. So dari blog aku ni la nak cerita sikit pasal aku.

Aku lahir 15 May 1987, di Kuala Lumpur. Dalam surat beranak lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur. Tapi mak aku cerita, aku lahir kat rumah je, bulan puasa waktu senja. Tu je la aku tau. Malas tanya mak aku banyak-banyak, takut mak aku bengang aku pulak kena rembatan kaki silang. Aku ni ramai kata kelakar la kan. Ntah ye Ntah tidak (Tajuk lagu XPDC). Aku anak ke-7 daripada tujuh orang adik beradik. Bongsu brooooo... Tapi aku tak manja k, don't judge me from the cover album hoobastank. Apa aku ngarut ni.

Aku ada hobi la, so nanti korang tengok la aku update kat ZH Life's. Aku ada 1st love aku, it's call MUSIC. Dari kecil aku minat sangat muzik. Sejarah aku main muzik dari kecil:-

Tahun                             Alat Muzik & Kisah
1994-1996         Koir-Main recorder je, dan pernah conduct utk nyanyian.
1997-1999         Nasyid-Pernah nyanyi solo dan main alat2 muzik seperti kompang.
2000-Now         Guitar-Start belajar tepi jalan dgn kwn2.

Kisah ni real-real je kan. Dulu Iron Maiden ajak aku join tapi aku tak berminat. Hehehehe. Aku tak la power, tapi kalau ada yg sudi nak ajar aku jazz aku nak jugak belajar. Minat giler wei.

Lagi satu hobi aku skateboarding. Aku ni tak la power macam rakan-rakan aku yang lain. Tapi boleh la main. Aku start main serius pada May 2012. Time tu pon dah umur 25 tahun. Umur tak membataskan apa yang aku nak buat. Janji benda tak melebihi bataskan.

Aku dah tentu bekerja sekarang, belajar tak pandai macam ni la. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih hidupkan aku hingga kini. So korang layan je la blog aku. Salam sayang dari blogger baru untuk yang follow, yang baca walaupun tajuk je & yang..yang..apa erk? hehehe. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





ZH Blogger

6 comments:

  1. Zack Hoya? Nice name man.

    ReplyDelete
  2. heee.. alang2 dah baca entri ni.. teman tinggalkan komen sikit yea.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks TB. Tinggalkan jejak anda... hehehe

      Delete
  3. terbaik ! suka3 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih siara elina. Suka Blog ni ke tuan dia... hehehehe...

      Delete