Followers

Wednesday 20 November 2013

Shopping (Boleh ke?)


Hai semua. Bukan nak cerita pasal shopping sangat pun. Boleh ke zaman dan waktu sekarang orang nak bershopping macam dulu? Orang kaya mungkin masih boleh berbelanja macam biasa. Tapi untuk aku yang tak kaya ni, memang tak dapat nak bershopping.

Barang semua makin meningkat naik. Bukan taraf yang meningkat atau kualiti tapi harga barang. Prihatin sungguhkan kerajaan. Sebelum undi macam simpati je. Baru je jelajah blog Wada tadi. Tengok entry dia pasal kereta. Klik link bawah ni kalau nak baca.


Dah baca? Nak lupuskan pula kereta 12 Tahun keatas. Bukan masalahnya pasal lupuskan. Beli mahal-mahal nak lupuskan. Dan ikut Singapore la, Jepun la. Diorang boleh la sebab harga diorang tak mahal, dan gaji diorang takda standard low sangat.

Orang kata kalau nak pakai baju ukur dekat badan sendiri. Macam tu la kalau kita nak buat sesuatukan. Berfikir la untuk kami rakyat Malaysia. Bukan nak minta duit pun. Just kalau boleh kawal la harga barang. Mungkin ramai cakap barang kita kita yang murah?

Server dulu dengan barang luar negara. Memang macamDollar semua mahal bagi kita, tapi bagi mereka tak mahal sangat. Sebab gaji diorang kat sana berapa pula. Cuba kita fikir, bila kita kerja luar negara, gaji kita mahal, bagi orang sana diorang bayar kita murah je.

Macam kita bayar pendatang asing la kan, bagi kita murah je, tapi bagi mereka? So tu kita kena paham pasal setiap sesuatu. Bukan main cakap, "Eh Singapore barang lagi mahal". "Tengok USA la macam mana harga dia".

Kenapa tak berfikiran panjang dan buat penyelidikan sebelum mengatakan sesuatu. Kita sebagai rakyat berhak bersuara untuk apa yang milik kita. Aku pun kerja bahagian pemakanan juga. Aku pelik kenapa kita makan Fastfood, tapi kita kena bayar cukai kat kerajaan? Bukan ke owner yang kena bayar.

Kalau semua cukai kita bayar, kenapa nak adakan lagi cukai Goods and Services Tax (GST). Apa lagi yang rakyat kena bayar? Dengar motor pun kena bayar toll la bagai. Apa semua ni? Roadtax setiap tahun untuk apa pula? Insuran lagi?

Takpa la, orang cakap cukup la negara masih aman. Tu yang sampai orang asing boleh ada lesen senapang. Berjaya menembak orang tidak bersalah. Aku harap kita fikir-fikirkan la. Hari ni kita tak berapa susah tapi agak susah juga. Apa akan jadi kat anak-anak kita akan datang?

"Cuma meluahkan perasaan yang terpendam"

ZH Blogger

8 comments:

  1. sokong sangat-2 . bila tengok family deeya , memang takmampu nak tukar kereta setiap 12 tahun . betul , ukur baju kar badan sendiri ah gov. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Bukan nak marah tapi just nak hak. Yang kaya mungkin marah dan cakap macam2. Tapi orang bawah ni macam mana? Nak suruh rakyat berjimat cermat boleh, tunjukkan dulu sifat tu pada rakyat. =)

      Delete
  2. Bila bab harga barang, banding dgn US dan Singapura. Bila bab pendapatan perkapita rakyat, tak mau banding dgn US dan Singapura tapi banding dengan Zimbabwe...Lawak sungguh!!

    Salam kenal. Barang menarik sdg menanti pelawat blog saya. Kunjungi saya utk mengetahuinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semuanya betul. Rasa macam apa je. Nak bersabar lama-lama pun tak boleh. Kadang2 geram je rasa.

      Delete
  3. betuuul !
    wada pun tak boleh nak bershopping sakan sangat.
    nanti budget lari :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan2. Tu la geramnya. Gaji kalau mahal takpa la nak naik kan barang. Banyak sangat kisah kita tak tau. Diorang tak masukkan dalam tv.

      Delete
  4. tula,tiap2 hari barang naik, baik xya bagi br1m kalau setakat dapat pastu pulang balik, sries xpuas hatii

    ReplyDelete
    Replies
    1. BRIM RM500 (setahun) tapi barang kita nak beli hari-hari. Mana lagi untung? Tentulah kerajaan. Bukan nak salahkan mana-mana pihak tapi mereka patut berfikir tentang rakyat juga. Kalau semua kaya takpa. Brunei tak banyak hasil bumi tapi rakyat hidup aman dan senang. Kenapa? Sebab ikut hukum hudud. Tetap maju juga. =)

      Delete