Terpaku
Aku melepak dirumah Abang Chan setiap minggu. Qaseh pun semakin rapat dengan aku. Aku banyak berkongsi cerita aku dengan dia dan dia selalunya akan menyokong aku dalam semua aspek. Walaupun Qaseh ketika itu baru berusia 14 tahun, tetapi pemikirannya seperti gadis yang lebih matang. Pada suatu hari aku keluar berdua dengan Qaseh.
"Abang Jamm, kejap lagi kita tengok wayang ok. Cerita best. Tak pernah kita keluar tengok wayang berduakan."
"Ikut la Qaseh. Abang pun bosan ni, tak tahu nak buat apa. Jom beli tiket dulu."
"Ok. Jom."
Terus Qaseh menarik tangan aku ke kaunter tiket. Aku ni bukan suka sangat menonton wayang ni. Tapi aku tak nak Qaseh hampa sebab banyak kali sudah aku menolak pelawaannya. Qaseh terus beli dua tiket wayang.
"Qaseh dah beli, ni Qaseh belanja ok."
"Ok, abang nak beli popcorn dengan air kejap."
Kami berdua pun masuk ke dalam wayang dan terus menonton cerita yang Qaseh pilih. Cerita cinta? Bosan la pula aku tengok. Kenapa semua perempuan suka sangat kisah cinta. Aku tak pernah merasai cinta ni memang tak kisah akan cerita macam ni.
"Abang Jamm!"
Terus aku terjaga dari lena.
"Tidur pula dia. Qaseh tengok sorang-sorang pulakan. Jom balik, dah habis."
Kenapa nada Qaseh macam marah pula. Biar la dia. Aku terus berlalu pulang ke rumah Abang Chan bersama Qaseh.
"Abang Jamm! Abang Chan takda. Teman Qaseh kejap boleh? Please."
"Ok, tapi kejap je la ok. Abang tak boleh nak lama-lama."
Aku terus masuk bilik ambil bal dan balut untuk hisap bal. Kalau tak kena ni, memang bosan la. Lepas selesai, aku ambil gitar dan terus main lagu Butterfinger. Memang feel masa macam ni. Tiba-tiba Qaseh peluk leher aku dari belakang.
"Abang Jamm main satu lagu untuk Qaseh boleh tak?"
Terkejut aku bila di peluk sebegitu. Aku terus memetik dan bertanya,
"Qaseh nak lagu apa?"
"Tak kisah apa pun."
Aku teruskan menyanyi lagu yang aku baru cipta tahun lepas.
Selesai je aku dendangkan lagu aku, Qaseh terus duduk sebelah aku.
"Suara Abang Jamm best la. Try la jadi penyanyi."
"Malas abang, tak minat nak famous. Susah nanti."
"Tu la kan. Kalau famous ramai pula peminatnya. Susah Qaseh nanti."
Dia tersenyum dan tiba-tiba Qaseh mendekati aku dan cuba mencium aku dan dengan pantas juga aku mengelak dan menolak.
"Qaseh, sorry k, abang nak balik dah. Nanti kirim salam je kat Abang Chan."
"Oh...Ok."
Aku tengok Qaseh terkejut sebab aku menolak dia tadi. Tapi aku tak berminat untuk berbuat macam tu. Tapi perkara tadi membuatkan hati aku berdegup kencang. Adakah aku telah suka kepada Qaseh? Tidak-tidak, aku tak pernah rasa cinta, dan aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya cinta itu. Semoga aku dan dikekal sebagaimana adik dan abang sahaja.
Aku kini makin terkenal dikalangan rakan-rakan sekolah dan juga rakan-rakan dikawasan perumahan aku. Aku mula perlahan-lahan menjual bal dikawasan rumah aku. Dan setiap kali aku melepak dikawasan rumah aku, mesti banyak polis berkeliaran untuk mengejar kami, tapi aku yang amat laju berlari dan sangat paham selok belok dikawasan rumah aku tidak gentar dengan singgahan polis-polis itu. Aku tak pernah lagi ditangkap oleh mereka.
Kawan-kawan perumahan aku Azman, Rasdan & Mat ajak aku buat band. Kami banyak main lagu-lagu dari genre alternative dan metal. Aku sebagai pemain gitar utama dan penyanyi. Kami mula praktis dua minggu sekali di jamming studio. Aku juga mula membeli gitar elektrik daripada duit hasil penjualan aku. Puas hati bila dapat beli apa yang kita inginkan.
Sehingga pada satu hari, aku keluar bersama Abang Chan, Qaseh dan budak-budak Abang Chan pada malam hari kemerdekaan. Aku ternampak seorang gadis diperhentian bus di Kuala Lumpur. Cantiknya perempuan ni. Siapa nama dia? Mata aku tak berkelip dan tidak juga aku menoleh pandangan aku dari dia.
Tiba-tiba...
"Abang Jamm, pandang siapa? Qaseh lagi comel dari dia abang tak nak pandang pula."
"Mana ada la. Tapi lawa jugakan perempuan tu."
Aku tengok Qaseh mula menjeling perempuan tu dan terus ajak aku dan yang lain pulang. Alamak, perempuan tu menahan teksi dan naik. Habis peluang nak berkenalan. Macamlah aku ni berani nak tegur perempuan. Pertama kali dalam hidup aku, aku minat akan seseorang. Aku bercakap dengan Qaseh tapi dia tak layan aku hari ni. Dia jelese ke? Takkan la pula. Aku bukan ada apa-apa dengan dia pun.
Pulang je ke rumah, aku teringat perempuan tu. Berlegar difikiran aku, siapakah nama dia? Dimanakah dia tinggal? Cantik betul wajah dia, bertudung dan natural beauty. Terpaku aku bila terpandang dia tadi. Ahh... Jangan fikir dah, bukan aku tahu dia siapa pun. Kalau kenal pun, macam dia nak lelaki yang jahat macam aku ni. Biarlah dia dapat yang lebih baik. Kalau dia jodoh aku kan bagus. Akhirnya aku terus terlena dibuai mimpi.
Bersambung...
Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.
SINGGAH DAN ISI TABUNG
ReplyDeleteThanks bro. =)
Deletetakyah ngengada jamm nak tekel awek len plak!!qaseh kan ada >_< agagagga
ReplyDeleteFuhh... Betul² menjiwai cerita ni. Akan datang baru tahu milik siapakah hati dia. =)
Deleteentahnya.
Deletedah terang2 qaseh ad duk sbuk usha org lain
haha :P
btw, qaseh ni umor 14 napak rush sgt plak ..
hehe
Cinta tak boleh dipaksa. =P
Deleteaku tak pernah masuk wayang tgk cite cinta..ngantok..haha..sume cite action je.
ReplyDeletetahu takpe. Au pernah juga sbab terpaksa. Huhuhuhu
Deletesambungan baru ! yeayy hehe btw, semakin geram baca watak qaseh tuu . haish .. apa nak jadi -.- saya harap watak jamm tak mudah tergoda hahaha urm, nak tanya.. bal tuu apa ?
ReplyDeleteKisah akan dtg tahu la, Jamm tu tergoda atau tidak. Bal tu ganja.
Deleteamboik.. makin mnarik crita ni. bila masukan watak perempuan =)
ReplyDeletesemua ayat tersusun rapi. teruskan ok. tak sabar ni
Check pagi tadi sebelum posts. Akan dtg lagi mencemaskan.
Deletemenarik jln ceritanya.nak tggu next episod
ReplyDeletemenabung sini-inti college
thanks Yumida.
Deletebestnyer....suka..
ReplyDeletethanks kak.
DeleteAlamak watak aku xde pun huhuhu sedih hahaha
ReplyDeletekau ingat ni kisah kau ke? Hahaha
DeleteDah episode 5? Kena baca dari awal ni.. Menarik ni..Hehe
ReplyDeleteBaca la kalau sudi. Thanks for support. =)
Deletei'm waiting for the next episode :)
ReplyDeleteThanks for support this story. =)
Deletewah..sweetnya.. bilalea agaknya dia nak ketemu lagi dengan awek tu yea.. heee
ReplyDeleteTunggu je akan datang... Hehehehe... Macam boleh jumpa lagi je kan. Suspend sikit. =)
Deletehahaha Qaseh dah jeles, sambung... sambung...
ReplyDeleteQaseh tu ngada je lebih tu. Hehehehe
Delete