Followers

Monday, 3 March 2014

Aku Tetap Aku - Episod 9


Operasi Sulit

Besar betul gudang ni. Tak sangka aku dapat tengok operasi Abang Chan. Tapi selama ini dia tak pernah bawa aku ke sini? Mungkin sekarang aku antara orang yang dipercayai.

"Oiii Jamm, jom ikut abang. Nak tunjuk kau macam mana cara operasi kat sini."

Aku tanpa berlengah terus mengikut Abang Chan.

"Ni tempat simpan stok. Sebelah sana nanti diorang packing. Semua ni kena buat dalam 4 jam je. Bahaya kalau lama-lama."

"Ramai betul orang Abang Chan. Tak pernah tengok pula diorang sebelum ni."

"Kena ramai sebab sekali sampai stok 100 kilo ke atas. Lagi pun seminggu sekali je."

Ini kalau kantoi, memang pakai tali kat leher ni. Aku teruskan perjalanan dengan Abang Chan. Dia terus menerangkan cara dia operasi.

Selepas selesai, aku dengan Abang Chan pulang ke rumah dia. Dalam perjalanan kami, dia bertanya...

"Kau suka tak dekat Qaseh tu?"

"Suka, lagi pun saya dah anggap dia macam adik saya juga."

"Tapi abang tak rasa dia anggap kau macam abang dia pun. Dia je yang abang ada sekarang. Kalau boleh apa dia nak, abang boleh bagi."

Aku terus mendiamkan diri. Apa yang Abang Chan nak aku buat ni? Jangan suruh aku jadi kekasih adik dia sudahlah.

"Ingat apa abang cakap tadi. Kalau sakit Qaseh, sakitlah abang."

Macam ugut aku je. Ahhh... Lantak la. Aku peduli apa. Hati dan perasaan bukan boleh dipaksa.

"Abang Chan, saya tidur dulu la ye. Tak larat dah mata ni."

"Kau tidur la dulu. Esok abang hantar kau balik."

Aku pun buka bilik dan ternampak Qaseh tidur dikatil aku. Dengan pakaian yang nipis, membuatkan aku tergoda pula. Makin besar dah Qaseh ni. Tak boleh macam ni, aku kena tidur dekat sofa ni.

Aku terus baring disofa sambil mengeluarkan telefon. Banyaknya Husna mesej. Macam mana boleh tak perasan tadi. Balas sekarang macam dah lewat sangat, esok je la. Aku terus melelapkan mata aku dan terlena.

Indahnya mimpi, bercumbuan dengan bidadari. Aku terjaga dari mimpi dan aku tengok Qaseh sedang mencium aku dibibir. Aku terus tolak Qaseh ke tepi..

"Apa ni Qaseh?"

"Apa! Qaseh kejut Abang Jamm je tadi. Susah sangat bangun."

"Kejut macam tu ke?"

"Dah la. Pergilah bangun. Qaseh nak keluar depan ni beli sarapan. Abang Jamm mandi la dulu."

Aku terus mengambil tuala dan pergi ke bilik mandi. Selesai je mandi aku terus mesej Husna sebab semalam aku tidak membalas satu pun mesej dari dia. Mesti dia fikir aku sombong pula nanti. Sedang asyik menaip mesej sambil bersandar disofa...

Bersambung...

Tak sempat baca episod lepas? Klik disini Kisah Aku Tetap Aku. Semua episod disini.

14 comments:

  1. Berapa umur qaseh !!! Hehehe.....cepat2 balas msg husna...ahaks...okey next !!

    ReplyDelete
  2. betul. perasaan bukan boleh dipaksa. hehe. nak baca next chapter pulak. cant wait.

    ReplyDelete
  3. alllaaa.. bersambung pulak..duk kusyuk..kusyukk ni.huhu

    ReplyDelete
  4. bagus sbnrnya idea tulis cerita bersiri kat blog ni.. salah satu cara tersendiri tarik pembaca ke blog :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sakit hatinye bila ada sambungan pulak..

      Delete
    2. Betul tu. Baru suspend dan penulisan jadi panjang.

      Delete
  5. next ep buat panjang sikit ea...hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok wan. Next time aku buat panjang sikit. Cuma nak suspendkan pembaca sikit. Huhuhu.

      Delete
  6. Erk.. qaseh tu nak try menggoda la tu.. aigoooo.. semoga tahan iman le hendaknya hero tu ye?. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la. Hope tahan la imannya. Hero ke zero. Hehehehe.

      Delete
  7. Salam, saya ad fon nokia lumia 620, tp fon lama abah ,akaun gudang guna microsoft, time nak install, kena log in dulu ,cane nak tuka akaun abah kepada akaun saya? Dia x kuar pon tuka akaun.... Hurm..

    ReplyDelete