Followers

Friday, 30 August 2013

Skateboard Parts!!!

Assalamualaikum...

Hi semua. Hari ni aku nak cerita pasal parts yang ada pada skateboard. Bukan nak poyo ke apa, tapi ada orang bertanya. So aku jawab kat sini. Lain kali bila tak tau, korang boleh refer kat sini. Kalau ada yang salah tentang apa aku ceritakan tu, boleh la betulkan dengan komen dipage ni.

Ini antara partsnya
Kalau kita tengok dalam gambar ni, banyak jugak parts yang ada pada skateboard ni.

Deck
Deck berbagai bentuk sebenarnya. Tapi yang paling standard seperti gambar diatas. Deck biasanya dibuat sebanyak 7 lapisan kayu dan yang sering digunakan kayu maple. Bermacam jenama, grafik, bentuk dan logo untuk deck. Tak ada yang betul atau salah cara pembuatannya. Setiap orang ada pendapat tersendiri tentang jenama dan bentuk yang diminati. Kita kena buat pilihan deck yang paling sesuai dengan kita dan beli mengikut minat kita kepada sesuatu brand tu. Bagi aku deck yang terbaik pernah aku pakai, brand Chocolate pro model Justin Eldridge 7.8. Dan brand Mini Logo Militant saiz 8.
Truck
Truck selalunya tahan lebih lama dari deck dan bearing. Truck berbentuk T, dan bersambung antara deck dan wheel. Truck jugak mempunyai saiz, dan saiz berlainan mengikut jenama. Kalau deck anda besar, so pakai la panjang sikit dan truck juga mempunyai ketinggian, standard aku pakai medium la. Kalau low pop cepat sampai, kalau high lu pikir la sendiri. Bushing pun penting sebab ada yang suka main ketat atau longgar. Kalau nak mencuba yang ketat, just tukar bushing Hard. Macam aku selesa tak terlalu ketat atau terlalu longgar. Bentuk bushing macam donut, tapi tak boleh dimakan. hahahaha...

Ada juga antara orang yang suka pakai riser pad. Selalunya riser pad ni digunakan untuk mengurangkan impact hentakan truck ke deck supaya tak mudah retak. Kalau nak patah, patah jugak. Antara truck terbaik dan aku banyak tengok review orang lain, Truck Indipendent. Ramai cakap truck ni lebih tahan lama berbanding yang lain. Tapi aku pernah pakai Truck Royal, ok jugak. 

Wheel

Gambar Wheel tak perlu la tunjuk. So aku cerita sikit la pasal wheel ni. Selalunya wheel ni bersaiz diantara 45mm hingga 60mm. Durometer adalah standard antarabangsa untuk mengukur kekerasan getah, plastik, dan bahan-bahan bukan logam yang lain. Terdapat beberapa jenis durometers, masing-masing direka untuk mengukur pelbagai tertentu bahan-bahan. Urethane SKATEBOARD roda adalah yang paling biasa diukur pada skala A, bagaimanapun B dan D telah menjadi lebih baru-baru ini yang diguna pakai oleh beberapa syarikat untuk ketepatan dan roda dua durometer. 99A, 82B dan 45D lebih kurang durometer yang sama. Cores adalah pusat roda di mana anda akan memasukkan galas atau rim kot.. Sesetengah roda direka dengan teras urethane durometer yang lebih tinggi untuk meningkatkan ketahanan dan kadang-kadang mengurangkan berat badan. Teras juga boleh dibuat dari plastik pepejal atau lubang plastik. Reka bentuk teras berbeza untuk jenama ke jenama.

Bearing biasa je la. Bearing kelajuan mengikut ABEC rating. Selalunya rating 3, 5, 7, 9. Rating paling laju ABEC 9. Tapi ada jugak bearing tak menggunakan ABEC Rating. Contohnya Mini Logo, Swiss. Yang nut-nut 2 tak perlu cerita. Kalau rosak nut, tukar je baru. Hardware pun ada jual nut ni cuma tak tahan seperti yang ada. Skate is not a CRIME. Let's roll the rules!!!

Sebarang pertanyaan boleh tanya terus di page ni. THANK'S FOR READ THIS PAGE.


ZH Blogger

No comments:

Post a Comment