Followers

Tuesday 17 September 2013

Aku ni Blogger ke?


Assalamualaikum.

Hari ni aku terfikir, aku ni blogger ke? Ya la kot sebab aku ada blogspot. Tapi bila fikir balik, untuk apa aku buat blog. Dulu bila baca blog orang, aku suka jugak bila diorang cerita kisah pelik-pelik ke, peribadi yang unik atau sesuatu yang tak pernah terfikir aku sebelum ni ada. Tapi memang banyak juga blog aku selalu follow. Apa yang blogger selalu buat? Bermacam-macam karenah mereka. Semua boleh buat aku ketawa atau tersenyum bila tengok. Kadang-kadang mak aku selalu bising, "Ko ni tak habis-habis main phone je ke. Gelak sorang-sorang, gila ke?". Hehehehe. Mak kena tau, anak mak ni blogger. Tapi tak famous la mak.

Kalau kawan pula tanya, best ke blog ni? Best la bagi aku sebab blog tak macam Facebook (Muka Aku ke Muka Buku), Tak macam twitter, tapi blog ada bermacam-macam. Kalau FB or Twitter orang kena follow dulu ke apa baru boleh cerita banyak. Tapi blog kita just cerita apa kita nak. Orang suka orang follow, if diorang tak suka diorang tak follow. Tak follow pun boleh baca bro. Kan senang tu. Blog juga kita boleh link ke semua laman sosial yang ada. Aku tak rajin so link post automatik je ke FB dengan Twitter. Senang nak cerita kat sini lepas tu link je. Blog juga kalau taip panjang mana pun, still nampak cantik kalau baca, cuba FB, macam kelakar la pula. Twitter pula tak banyak boleh taip. Kadang-kadang nak taip panjang pun tak muat kat Twitter. Sebab tu la aku buat blog ni. Blog ni kadang-kadang aku anggap diari untuk aku. Aku banyak post pasal aku je. Sebab apa? Sebab "AKU TETAP AKU". Senang kan jawapannya.

Bila cakap je ada blog, orang cakap "Tu gila glamor la tu, cerita tah apa-apa je dalam blog dia". Chill la bro, ni blog aku kot, sekurang aku ada something yang korang takda. Dan aku tak susahkan korang pun. Nak puaskan hati semua orang memang takkan boleh punya. Manusia tak pernah merasa cukup atau puas. Kita tak perlu kisah kata orang sebab kita ada hak kita masing-masing selagi kita tak bercerita melampaui batas. Selagi aku ada masa, ada tenaga, ada nyawa, ada kemahuan, ada cerita, ada-ada je lah aku ni, aku akan berblogging untuk diri aku, follower's aku, dan yang tak suka pun terima kasih, sebab korang kadang-kadang rating boleh naik juga. Peace yoo...

Blog ni banyak kelebihan dan pasti ada kekurangannya. So kita yang tentukan untuk apa kita guna. Aku tak pernah terfikir blog untuk jana duit, tapi kalau ada aku ambil je la. Tu pun yang bagi tau aku pasal boleh dapat duit ialah Cik Akak. Thanks ya Cik Akak sebab ajar Encik Adik ni. Asalnya bertegur saja je. Sebab nak tau pasal blog ni kan. Dan banyak jugak yang selalu follow blog aku. Thanks so much to you all. Kalau korang tak baca, tak follow, tak sembang dengan aku, maybe aku dah CLOSE blog aku ni. Korang penjana semangat kesukanan jari jemari aku. Pesanan aku, if korang nak buat blog, jangan malu bertanya, jangan fikir semua sombong, maybe sometimes diorang agak busy, so bagi diorang masa nak jawab semua soalan korang. If lama sangat, tegur lagi, kadang-kadang tak perasan. Just do what you want. Setiap benda tak perlu segan tak lawa ke apa blog kita. Kita buat untuk pembaca, lawa atau tak, itu kita buat. Sebab yang hari-hari buka blog dah tentu la kita kan. So bila sedap mata kita memandang, sedap juga idea yang datang. Tapi yang pasti aku pun tak tau kenapa aku menjadi blogger? Kalau korang tau, bagitau aku. Hahahahaha....

Kata semangat dari ZH - "MALU-MALU TAPI MAHU". Hehehehe...

ZH Blogger

35 comments:

  1. Hi zack
    youre blogger....yes youre are right becoz of you have a blog site....then mesti lah seorang blogger.....azie dulu starting blog pun sebab adik...dia yg buatkan...sampai azie cerita entah apa2 entah...lepas dah ramai kawan2..baru belajar sikit2 tentang blog nie...
    for you zack , azie advice kan...awk kene belajar dengan blogger otai...then dari situ blog kamu akan jadi mantap....hehehe

    Tapi kene banyak sabar...okey...good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya btl. Byk jugak ZH sembang dengan otai2. Tapi kan azie mmg selalu jadi orang pertama yang komen Blog ZH. TQ azie namico. Sy just buat blog untuk tatapan sendiri tapi kalau ada yang minat, thats is credit for me. =)

      Delete
    2. most welcome....azie sokong kalau ia nya baik utk semua pihak yang singgah di blog zack...rajin2 lah blog walking...confirm zack punya blog lagi hebat dari yg lain...hehehe

      Delete
    3. ya la. Tapu sebenarnya tak minat nak famous sgt. Just hope org suka apa yg sy ceritakan. Walupin tak kaya, tapi perlu ada gaya. Hehehe

      Delete
  2. erm, dulu pun tak tahu nak cite apa dalam blog. kadang rasa macam hape2 je.. tp bila kita tgk blogger2 lain, kita akn tahu napa kita berblog. salah 1nya tempat berkongsi ilmu & cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu sya mimie. Saya pun macam 2. Ada kala kita buntu, so byk nasihat dan pendapat kita blh tengok.

      Delete
  3. Tiba tiba teringat zaman mula mula berblog.
    Tengok bahasa, memang gelak sakan. Budak budak sangat.
    Alhamdulillah, bila dah banyak belajar dengan blogger lain, penulisan pon dah bertambah baik. Still, masih lagi belajar.
    Hehee, btw, keep up the good work bro. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl 2. Apa pun thanks for your support. Jika ada slh dan silap, harap diperbetulkan...

      Delete
    2. Sesama lah kita ya.
      Masih belajar jugak, hee. ^^

      Delete
    3. Ya awk. TQ for give me spirit.. hahaha..

      Delete
  4. Yhapp!! you're a blogger ofc :) Don't give up & fighting (^^)//

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ismi. But im not fighting for glamorous or something else. But i do this because i believe what i fight for.

      Delete
  5. Heeee.. bila teman tengok lik entri lama teman masa mula2 berblog, rasa nk tergelak jea.. mcm x percaya je teman yg tulis merapu tu.. he2.. masa tu mmg xde arah tuju pun.. saja suka2 ikut kawan, tp skrg dh jd benda ksygn teman lak blog ni.. hu2.. hari2 mesti nk tgk or update entri.. x kisah lea ada org nk baca ke tak kan..

    Done follow sini.. no.14
    Jom singgah n follow teman yea.. leh kita kunjung mengunjung pasnil. Heee
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tenku butang. Kadang-kadang nak memuaskan hati semua pihak kita tak berdaya, tapi kita cuba puaskan hati kita dulu. Tu yang penting. Apa pun terima kasih follow blog teman. Teman akan follow balik.

      teman lahir kl, tapi mak bapak teman org Bagan Dato' perak. =)

      Delete
    2. hoooo..org perak gak.. satu kg la kita yeaa.. heee

      Delete
    3. ya 1 negeri. Tp tu ler, teman lahir kl. Tp ada juge darah perak mengalir ni ha. Huhuhu

      Delete
  6. We are blogger.. skrg ni rasa mcm satu tanggungjawab pulak update blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Mieza. We are, we are, Blogger... hehehe...

      Delete
  7. hihi...wah adik...umpat cik akak belakang-belakang tau...
    makseh ingatkan cik akak....adik kalau boleh iklan nuffnang kat sidebar tu adik tukarkan kedudukan paling atas sekali...
    posisi tu salah kalau ikut encik nuffnang...hihi...

    nak jadi blogger kena tahan mental dan fizikal..hihi...

    selamat datang kedunia blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mne ada umpat. Ni puji atas tunjuk ajar ku sifu. Hehehehe. Saya ni mentaliti ok tau. Thn karat. Terima kasih sbb byk ajar sy. Tq cik akak

      Delete
  8. blogwalking dan follow blog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro adhie. Sy akan ke blog anda nanti.

      Delete
  9. Bergantung pada niat kita berbloging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Niat yg tulus lg suci. Cewah. Terima kasih sudi membaca blog ni.

      Delete
  10. Replies
    1. salam dr sy juga. Terima kasih singgah PCL. Kalau ada salah dan silap, harap di betulkan. :)

      Delete
  11. Salam kenal dan blogging dari saya..kita sama..apa yang ditulis kat atas tu semua saya pernah rasa..baru mula juga..apa pun, dalam berblogging ni kena kuat semangat, jangan mudah give up..cehh!!macam dah pro pulak...hihi..yelah, kalau tak kuat semangat, dah lama juga rasa nak biarkan je blog ni berhabuk...tapi disebabkan minat dan semangat yang kuat, ia tetap diteruskan..keep blogging..we are here to support each others..eh, terpanjang pula..maaf ye...follow sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata-kata semangat cik Norniwanie Nasarudin. Tak kisah pro ke tak, yang penting ada nasihat berguna yang diberikan pada saya ni. I will follow you. TQ for sharing some info for me. =)

      Delete
  12. dunia blog ni memang menyeronokkan...blog lagi best drpd fb/twitter..hehe...blog ni macam diari kita la kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik fatanah. Blog ni kita tulis je. Orang takda blog pun still boleh baca. Saya banyak post pasal diri sendiri so ini memang dah menjadi diari kehidupan walaupun tak hari-hari saya update. TQ singgah blog ni. =)

      Delete
    2. haah,betul tu... dulu2 saya takde blog lagi,tapi saya suka baca blog orang lain terutamanya blog Fatin Liyana,hehe :) sama-sama! saya akan selalu singgah blog ni,hihi :)

      Delete
    3. Fatin Liyana tu blogger terkenal kan. Kita ni blogger kecil je dik. Apa pun thanks fatanah sbb sudi singgah.. =)

      Delete
    4. haah....best blog dia,wajib baca entry terbaru Fatin Liyana,hihi... sama2! :)

      Delete
    5. Insyaallah dik. Sempat blh la kesana... =)

      Delete