Followers

Tuesday 10 September 2013

Hampir kehilangan barang penting

Hari ni pelik betul. Tah pemikiran aku kemana tah. Masa tengah hari waktu rehat, aku dengan kawan ofis aku pergi seven eleven. Niat nak beli roti. Konon nak diet la sangatkan. So sampai je seven eleven aku jalan dulu tengok ice cream. Tapi oleh kerana cuaca terlalu sejuk, aku batalkan niat aku tu. So aku beli roti ni.


Lepas ambil je roti ni, apa lagi pergi counter and bayar. Aku ambil duit dan letak kat tepi counter wallet aku. Lepas tu kembali ke ofis. Tengah berjalan je aku terus teringat wallet aku. Adoi, kat seven eleven tadi..

Dengan pantas aku berlari kembali dengan harapan masih ada lagi wallet aku tu. Sampai je aku terus tanya cashier tadi, "sory nak tanya, ada nampak wallet saya tak tadi tertinggal kat sini?". Dia pun jawab ada. So lega hati ni. Terima kasih sangat dengan budak tu sebab simpankan. Dengan gembira balik ofis terus. Aku tak kisah pasal duit tapi IC, lesen dan banyak lagi benda penting dalam tu. Selamat wallet kau muncul kembali. Hehehe...


Kesimpulannya, jangan terlalu leka waktu kita bayar atau apa. Bahaya selalunya punca dari leka atau lalai. Bukan je pasal harta tapi bila kita drive, bersukan, dan sebagainya. Ini peringatan untuk diri aku juga. Terima kasih sudi membaca kisah tah apa-apa aku ni. See you all next posts. ByE-bYe.

ZH Blogger

4 comments:

  1. Ahh. Vee pun pernah gak mcm ni. Tp bukan kat counter tp rak barang. Bila dah ambil barang sampai penuh tgn, nak tengok barang lain, purse letak kat atas barang lain. Pastu jaallaaannn terus. Sengal kann, trolley ada tak nak guna; bag ada tak nak bawa. Hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bahaya tu Vee. Jgn buat lg k. Kita kena berhati-hati. Tapi Zack pun selalu sangat lupa. Dah tua rasannya. Apa pun thanks sebab singgah dan sudi baca blog ZH k. Apa yang kurang tolong bagi tau, untuk improvement dimasa hadapan. =)

      Delete
  2. hahaha ! azie selalu tertinggal purse di rumah , di kuanter tak pernah lagi sebab sentiasa pegang dan berjaga2....penting kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ZH ni kdg2 lalai. Nak buat mcm mana kan. Takda siapa yg tlg ingatkn.

      Delete