Followers

Monday 16 September 2013

Hari yang amat memenatkan

Selamat pagi semua. Hari ni apa kisah aku? Sebenarnya kisah sabtu dari pagi sampai lewat malam ni. Hari ni memang penat gila bagi aku. Tapi sempat juga aku nak update blog aku ni. Sebab aku masih belum boleh melelapkan mata aku yang sweet ni. Hahahaha.

Pagi jam 8 lebih hari Sabtu bersamaan 15 September 201e. Aku pun bangun walaupun lewat tidur. Dah janji nak pergi pasar pagi ni. So aku pun pergi pasar, naik kereta la, tak muat pula banyak barang kalau naik motor. Pergi je pasaraya memang terbaik la, ramai jugak orang pagi-pagi macam ni. Selesai sudah tugas membeli, mak aku pun masak. Apa yang mak aku masak? Nasi minyak!!! Macam kenduri kawin la pula. Tapi, korang ada? Jangan jeles ok. Sedap dan gelojoh juga aku makan. Hahaha...

Lepas je makan, aku mesej man manual ajak lepak minum. Bukan apa, nak bincang pasal plan waktu petang. Dan bincang, kami sebulat badan dan suara, nak skate kat Skatepark Arena PJ. Aku pu balik siap dulu, terus pergi rumah man and lepak jap. Kami bertolak naik motor dalam jam 3 petang. Samapai je sana, memang best, aku berdua je. Kami la raja. Macam ni la kalau tak power, malu nak main depan orang lain.

Settle la aku skate sampai jam 6 petang. Kaki pun sakit balik sebab terhentak. Tah apa gila aku main macam-macam. Ni akibat kalau sakit, tapi nak main box tinggi. Padan muka aku. Tak habis lagi. Aku dengan man pergi tapau KFC sebab aku ada free voucher. Orang bagi aku, so aku guna sebelum terlupa. Selesai beli aku lepak makan kat gerai kawasan rumah akj. Still tak puas skate, maybe tengah ada power, aku teruskan perjuangan dengan man. Dalam jam 9 malam, kami ke Hellbent Skateshop. Yang best kat situ, orang kat situ tak sombong walaupun power. Ada la grind box dengan rail. Layan tok, main sampai barai. Dah barai dalam jam 11.00 malam. Lepak kejap, baru balik. Sampai rumah aku mandi terus. So, sekarang aku berblog untuk tatapan aktiviti aku yang keterlaluan ni. Macam karangan 500 patah perkataan. Tak yah nak rajin sangat kira ok. Hahahaha...

Apa pun thanks pada followers dan yang sudi membaca kisah pelik tapi benar ni. Aku akhiri dengan selamat tido semua. Sorry tak dapat nak komen blog korang sebab guna phone ni agak payah sikit. Nanti bersedia untuk aku stalker blog korang pula. ByE-bYe...


ZH Blogger.

4 comments:

  1. Seronok laa dpt laksanakan hobiii. Sy lama dah tak menari. Rindu jugak. Huhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sgt. Tapi yg tak bestnya still tak full recover lg. Vee, just go n dance. Hobi tak perlukan masa yg byk.

      Delete
  2. amboi ! meriahnya dia berskate sana skate sini...tapi dalam banyk ayat dalam entry awk nie zack , banyak makan..kekeke....memang gelojoh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la. Mana ada gelojoh sangat. Lapar time 2. Tp tqk puas lg skate. Stamina boleh thn macam 2 je. Tp mmg meriah. Azie nk join ke?

      Delete