Followers

Tuesday 22 October 2013

Blogs Apps on Nokia E7-00 (Blob V2.5)

Assalamualaikum semua. Selamat pagi dan apa khabar? Hari ni aku nak korang tau macam mana aku tulis blog selama ni. Aku memang takda komputer kecuali komputer ofis je la. Tapi aku selalunya tulis blog menggunakan handphone. Dah tu je rezeki untuk setakat ni. Tu semua tak penting, yang penting boleh berblog. Aku download aplikasi ni dah lama, lepas dah hampir dua minggu aku berblog.

Nama aplikasi ni Blob 2.5. Blog ni boleh support untuk blogspot atau wordpress. Tapi aku ada blogspot je. Aku jarang nak pergi cyber cafe kecuali aku nak tukar blog aku ke apa. Kat phone boleh tapi lambat la jawabnya. Ni antara gambar yang aku ambil menggunakan screen shot aplikasi.

Blob 2.5

ZH Blogger. Blog aku la ni.

Tekan je kat nama tu, keluar la posts aku. Banyak lagi dekat bawah tu. Sebelah kanan tu draft kalau rasa nak tulis sikit-sikit boleh la save dulu. =)

Lepas dah post je entry, macam ni la. Aku boleh baca balik entry lama aku.

Comment pun boleh baca siapa hantar atau ada post yang baru atau tidak. Tapi nak reply kena pergi kat blog aku guna web.

Ni cara aku nak tulis entry aku. senang je kan.


Kotak kedua ni ada cara korang nak tulis macam mana, nak masuk kan gambar link ke semua ada.
TERBAIK!!!

Label ni standard yang korang tengok kalau kat page aku ada kat atas kan. Masukkan label untuk memudahkan nanti aku baca berkenaan apa blog aku.

Kalau korang nak post korang publish awak, just tekan je publish kalau korang habis taip dekat jam 2 pagi tapi korang nak publish esok pagi jam 10 pagi atau tarikh-tarikh tertentu, boleh setting kat sini. Nanti dia auto publish mengikut tarikh dan masa yang kita nak.


Ni pula kalau aku buka web kat phone. Comelkan aku? hehehehe...

Kalau aku nak view full web version kena tekan kat View web version tu.

Ni pula dashboard aku. Kalau aku nak baca blog dan komen blog korang, aku tekan kat tepi satu persatu.

Pageviews aku dah 5009. Post ada 77 dan followers 42 orang. 

Tak sangka dah ramai juga. Thanks untuk semua yang follow. Kalau boleh panjang-panjangkan la jari korang untuk menaip komen kat entry aku. Taip "Hai, awk comel la" pun takpa. hehehe.....

Korang pula selalu berblog dimana? Setiap orang cara berbezakan. Tapi pakai destop juga terbaik. Tak boleh nak bandingkan. Ni just untuk kemudahan masa kini. Battery pun macam air la kalau update panjang-panjang macam ni. Ok la. See you all next time. ;-) ByE-bYe...

ZH Blogger

4 comments:

  1. hai 'awak comel la' hihi hurm hannis selalu kat ofice n kat umah pakai lappy jer phone hannis dah cukup berat nak install bagai hihi maklum la phone murah jer bukan macam awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Install game banyak sangat. Nokia mana ada mahal. HP murah je. Orang dah tak nak pakai dah. Sy comel ke? hehehe. =P

      Delete
  2. owh! boleh la pakai pasni.
    jap nk donload n try kt fon
    kalau ok . bole la update smbil mkn ..huhu
    thanks z :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil baring pun boleh. Tapi apps ni kena beli. Tapi sangat puas hati...senang je nak guna... 1st time memang tak paham. Lama2 ok la...

      Delete