Followers

Friday 25 October 2013

Pegawai Bank Mati Ditembak Pengawal Keselamatan

PETALING JAYA, 24 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai bank maut selepas ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri yang merompak bank berkenaan di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya Rabu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 6.18 petang itu, Noazita Abu Talib, 37, ditembak oleh suspek ketika wanita itu membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

"Suspek menembak mangsa sebelum melarikan wang tersebut. Kami kini memburu suspek yang melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata Noazita sudah bekerja 16 tahun di bank itu dan ketika kejadian mangsa sedang bertugas bersama empat lagi rakan sekerja wanita.

pada Menurut Abdul Rahim suspek sebenarnya bertugas di bank lain namun pada hari berkenaan, dia menggantikan pengawal keselamatan bank itu yang tidak datang bekerja.

Difahamkan suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza, 37, tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah beberapa kali bertugas di bank itu, menggantikan pengawal keselamatan lain.

"Hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek tidak wujud dalam sistem. Polis akan menyiasat perkara ini dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Abdul Rahim berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melakukan jenayah tanpa memakai topeng muka dan melarikan diri menerusi pintu hadapan.

-- BERNAMA

Berita Disediakan Oleh Bernama TV :

Ni aku share gambar orang tu. Bagi aku dia sangat kejam. Membunuh orang yang lemah. Kalau acu je pun orang dah bagi. Tak perlu nak menembak. Semalam banyak kes. Yang menikam pun ada. Bila hukum di tolak dan di permainkan, manusia jadi liar. Allah S.W.T yang menjadikan kita, DIA mengetahui apa yang boleh membendung kita. Undang-undang tak kukuh, yang menjadi mangsa rakyat jelata.

Takdir telah berlaku, takkan sesiapa dapat mengubahnya. Apa pun mari la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

ZH Blogger

2 comments:

  1. Al fatihah... sedih dengan isu semasa sekarang, nak kuar umah pun takut mana dengan kes amuk la... naauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Akhir zaman. Bunuh ni macam biasa je bagi mereka.

      Delete