Followers

Friday, 11 October 2013

Pengalaman naik LRT & Monorail KL!!!

Assalamualaikum...

Hari ni awal pagi dah bangun, lebih kurang jam 6 pagi bangun terus mandi dan bersiap. Sebab hari ni aku kena naik kereta api (Train). Aku naik kereta dari rumah dan park kat LRT. Takda masa aku nak naik kereta ke ofis. Banyak pula modal nak keluar. Kalau boleh claim ok juga. Hehehehe.

LRT Star
Oleh kerana aku dari Cheras Kuala Lumpur, yang ada hanya LRT Star. Sebelum naik aku singgah 7-Eleven kat Cheras LRT. Pagi-pagi dah minum susu Full Cream. Layan la tak kira orang nak cakap macam budak ke apa.

Dalam jam 7 pagi aku tunggu train sampai. Tak lama sangat nak tunggu. Tapi agak padat juga pagi-pagi macam ni. Lama tak naik train. Rasa kekok juga masa nak beli tiket guna mesin token. Zaman dulu pakai card sekarang dah berubah, pakai token je.

Dalam 8 minit aku tunggu train sampai, aku pun turun kat Stesen Hang Tuah. Time nak keluar ni kelakar, sebab aku silap masuk token kat tempat keluar OKU (Orang Kurang Upaya). Tersekat terus token aku. Aku panggil brader kat kaunter tu tolong bukakan. Kena sound, dia cakap lain kali tengok dulu. Tulisan kat situ pun memang besar la sangat. Tulis pun kecil je mana aku nak nampak.

Aku pun cakap la kat brader tu, "Bang, saya ni first time naik train dalam masa terdekat ni". Tu la akibat kalau tak pernah nak naik kemudahan awam. Selamat train, kalau bus mesti aku langsung tak tahu. Lama sangat-sangat tak naik bus. Hahaha. Kena cuba naik sekali nanti.

Monorail KL
Lepas tu aku beli token kat Stesen Hang Tuah untuk Monorail Stesen pula. Aku berhenti kat Stesen Raja Chulan. Sebelum naik aku tengok mana satu nak pergi kat sana. Tangga tak banyak takut tersilap je.
Ok cun, sampai kat Stesen Raja Chulan dalam jam 7.30 pagi. Awalnya aku sampai.

Dari stesen tu aku jalan kaki la sampai ke ofis aku. Tak jauh pun. Best sungguh naik train walaupun tak berapa pandai. Boleh tengok keadaan sekeliling sambil berjalan.

"Malu bertanya sesat jalan"
"Malu-malu tapi mahu"

ZH Blogger

8 comments:

  1. hehe .. farah pon dah lama x naik train ... last naik time tadika dulu2 ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tu farah. Kena jugak naik, takut nanti jadi cam abg, jakun... hahahaha

      Delete
  2. Hahaha...x pernah naik trenz eh.....hok aloh....azie kalau time makan atau keluar dengan kengkawan selalu naik trenz...syiok kalau org tak ramai.....mcm trenz tu ana yg punya...hahahaha

    Next time try naik kabin pulak zack dari kl sentral to penang...sgt la awesome...bole tido.....ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana reti. Dh biasa mtr je. Kabin tu apa?

      Delete
    2. kabin tu trenz yang kita bole tido , dok berjam2 lama nya sehingga lah sampai ke destinasi....
      untung la bole naik moto...

      Delete
    3. ya ke. Bru tau. Hehehe. Xpernah rase naik kabin.

      Delete
  3. hu2.. macam tu lea kalau kita dah ada motor/keta sendiri.. kalau gi mana2 dh x guna kenderaan awam dah.. yelea..senang ada transport sendiri kan.. tp bila kecemasan camni kenderaan awam penting untuk kita.. hik3.. teman nak naik LRT??? x retiii.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa. Memang kena tau pun. Susah kalau sesuatu berlaku.
      Try je naik dgn suami ke apa. Best juga tau. Banyak kemudahan ada. =)

      Delete