Followers

Monday, 25 November 2013

Bila Time Gaji


Siapa yang tak seronok bila datang hari gajikan. Hari ni aku dah gaji, tu motif utama nak bagi tahu. Tapi yang tak seronoknya bila dah bayar macam-macam. Tu la, gaji bukan la banyak tapi aku bersyukur masih diberi rezeki dari pelbagai arah. Apa pun kejap juga la kalau dengan harga barang yang makin meningkat.

Orang cakap kita perlu berusaha untuk dapat sesuatu, betul la kata mereka. Tapi aku habis usaha dah, dan masih begitu. Macam-macam nak difikirkan. Kadang-kadang terasa malu bila tak dapat nak bawa mak ayah keluar berjalan-jalan atau makan angin.

Lagi 2 tahun je kereta aku nak habis bayar. Lepas tu baru aku boleh bernafas lega sikit. Dan aku akan mula menyimpan banyak-banyak. Boleh buat kahwin atau beli rumah nanti. Tapi harga rumah pun melambung dah sekarang. Ada ke area Tasek Permaisuri tu aku dengar harga rumah kondominium baru siap RM400K++.
Tak masuk akal la harga macam tu. Padahal 3 ke 4 bilik je. Bukan besar pun aku tengok.

Ni la jadinya bila kerajaan tidak mengawal harga barang. Kita boleh je kawal kalau kita menghadkan penjualan rumah kepada sorang boleh beli 1 atau 2 rumah sahaja. Tapi ni sorang je sampai 10 rumah dan kadang-kadang sampai 1 building tu dia punya je. Sebab tu harga sewa tidak dapat dikawal dengan baik.

Mungkin aku pun tak berapa pandai pasal hartanah semua tapi aku tahu juga serba sedikit pasal rumah marketing semua. Boleh kaya raya kalau nak menipu. Tapi tak sampai hati nak buat macam tu kat orang. 
(Jom Nyanyi. Rentak lagu katak oh katak). Gaji oh gaji, kenapa cepat habis, macam mana tak cepat habis, pakai banyak sangat... pakai banyak sangat..

"Bukan ku dampa harta berjuta tapi ku mahu menyenangkan keluarga"

Zh Blogger

12 comments:

  1. gaji sekrg mmg mcm tu...
    dpt jer , sekejap sgt habis mcm air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lakan Haslinda. Tak dapat nak pegang lama...

      Delete
  2. Huh..memang kena planning betul2 dgn gaji dan perbelanjaan... Kalau kita bringat dari awal..insyaAllah.

    ZH.. Bujang pon pening apa lg yg dah kahwin. .Biasak la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji tak besar PCL. Macam ni la kalau kerja di anak tiri kan. Macam mana kalau kahwin. Takut je rasanya...

      Delete
  3. tak kerja lagi.. jadi blom merasa lagi berjuang mempertahankan gaji smpai gaji seterusnya heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu. Nanti dah keje kena planning k. Takut nanti banyak benda tak dapat nak buat... =)

      Delete
  4. betul tu bro.. tambah2 kalau org berpendapatan rendah..
    dgn keadaan ekonomi dan harga barang sekarang memg sesak..
    bila baca enrty pasai gaji. duit.. mest teringat lagu awie rafaeel.. kalau aku kaya!! adoi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Sbb rendah sangat gaji tu yang terasa. Barang macam2 naik. Kalau aku kaya, hari2 hari raya... hahahaha... Best tu...

      Delete
  5. gaji macam air paip lajunya...huhu... xpe.. niat nak bawak mak bapak jalan-jalan tu yang terbaik tu..nanti mesti Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Nas. Tu la kadang2 bukan nak fikir diri sangat. Diri sendiri ni dah puas diberi macam2 dari kecil sampai besar. Bila dah besar ni rasa tak dapat nak bagi macam diorang bagi rasa hampa sangat...

      Delete
  6. nak tunggu gaji 29hari .. 1st day hilang bayar hutang .. kesesokan harinya pai hjung bln. struggle ntk dptkn gaji.. huhuhuu
    apa2 pun bersyukur. Insyallah ade rezeki lain nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la kan Bella. Tak minta kaya, cuma inginkan kesenangan dari segalanya...

      Delete