Makin lama aku rasa makin bosan untuk bekerja disini. Dimana? Wisma KFC. Aku kerja under KFC. Department Training. Tapi aku bukanlah trainer. Aku cuma admin staff. Bosan bukan sebab apa, tiba-tiba budak baru berhenti. Kerja aku dah jadi dua. Budak lama pula selalu cuti sakit (MC la tu).
Bukan jadi malas ke apa, tapi bila aku buat bersungguh-sungguh pun banyak alasan untuk aku naik. Kenapa ye? Rasict ke boss aku ni? Aku bukan jenis pandai kipas-kipas ni. Dah ada aircond kat ofis tak cukup ke boss. Kenapa la korang tak suka aku. MC jarang sekali. Datang ofis awal balik lambat. Overtime tak claim. Apa lagi tak cukup? Kerja untuk 2 weeks dah aku siapkan. Lajukan? Sebab aku tak suka tangguh kerja.
Benda ni yang aku tak suka bila tiap tahun. Bila aku dah kerja 2 tahun dulu, dapat C, aku tanya kenapa? Sebab you baru lagi. Mana ada olang balu dapat tinggi. Bila aku dah 3 tahun lepas dapat B, aku tanya kenapa tak dapat A sebab aku buat apa pun semua. Jawapan mana ada olang dapat A ma. Kita pasti lakukan kesilapan. Bestkan jawapan.
Budak baru boleh je ko bagi A baru setahun lebih kerja. Kenapa? Dah la aku gred paling rendah kat sini. Dah tentu gaji rendah, bonus pun sikit. Mentang-mentang aku sorang je lelaki korang buli aku. Jangan sampai aku bengang aku berhenti mengejut. Siapa nak buat kerja aku? Sorang sudah berhenti, tambah aku pula baru korang rasa langit tinggi rendah.
Aku tak kisah kau nak tegas macam mana, tapi adil la kan. Aku pernah kerja 6 pagi awal selama 2 hari. Ada National Champs Challenge kat Subang pula tu. Lepas tu time dinner aku tak dapat pun voucher RM100 Jaya Jusco. Orang yang buat kerja sehari pun dapat. Aku 2 hari siap paling awal bangun tak dapat. Alasan aku bukan komuniti. Tengkorak hang, habis hang suruh aku pergi pagi-pagi kenapa? Tahun sebelum ni aku dapat je semua. Beg semua bagai. Tahun ni baju sehelai je?
Selagi ada kesabaran aku bersabar, kalau hilang korang tau la. Aku pun ada limit kesabaran. Aku rasa air dah sampai hidung dah. Tak boleh nak sabar. Siapa yang kerja tu tak payah la kerja kat KFC ni. Bukan nak buka aib, tapi lama aku bersabar. Gaji kecil, kerja nak EXCELLENT pula tu.
Siapa ada kerja kosong? Tolong la aku. Belajar tak pandai pun aku ni. Just ada sijil London Chamber of Commerce & Industry je. Bosan sangat kerja kat sini hampir 4 tahun dah.
"Hanya mampu berdoa"
Zh Blogger
berenti je la.....btw, awak dok mane?
ReplyDeleteAkan datang. Tunggu dapat kerja lain dulu... Saya duk Cheras KL.
Deletekalau rasa ada peluang lain yang lebih baik...jangan sesekali lepaskan...
ReplyDeleteMemang takkan lepaskan. Sebab dah banyak janji diorang tak ditunaikan. Bosan dah dengar kata2 palsu mereka.. =)
Deletehehehehehhe..akak doakan zack dapat kerja lebih baik..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Kathy... =)
Deletetak da apply keje kat mana² ke??
ReplyDeletetak apply. Sy kalau dah keje, susah nak tukar. Rasa syg la. Bukan mudah nak sesuaikan diri dgn tempat baru....
DeleteMacam ni punya penyabar dan dedikasi, rugi majikan kalau hilang pekerja yang berkualiti begini. Intai-intailah sama peluang lain dik. Insyallah ada jalan keluar nanti tu. Salam kenal.
ReplyDeletesalam kenal kak. Sy tak la penyabar, kdg2 sound juga. tp kerja sy tak pernah sy tangguh lagi. Sy cuba cri keje bru.
Deletesabar menanti...
ReplyDeletetengah sabar ni. Hope dapat kerja dgn boss yg adil.
Deletesalam perkenalan, sedih bila baca entri ni, pernah melaluinya so faham sgt, emelkn sy resume awk nnti sy pass kan pd HRD opis sy - nazrul1579@yahoo.com
ReplyDeleteTerima kasih Nazrul. Nanti sy emailkan lepas saya dah update gambar baru. =)
DeleteSalam..saya fresh gradute dalam bidang restaurant.macam mana ea nak apply kerja dalam wisma kfc sebagai admin staff or trainner
ReplyDeleteWslm. Klu nak jadi trainer mmg susah la... Kena kerja di restaurant dulu sebagai manager. klu nak kerja ofis, awak pergi je wisma KFC, hantar resume tingkat 14 kalau masih sama lagi la...
DeleteOk thankz u..kalau nak jadi trainer tu x kish ke mane2 restaurant or mesti kfc?keje ofis minta kerja as admin staff ea..
Deletesy dah lama tak kerja sana. setahun lebih dah... Restaurant diorg yg decide...
Delete