Cinta Pertama atau english form First Love. Mesti semua orang pernah merasa cinta pertamakan, cuma berbeza situasi yang dirasa. Saja nak cerita benda ni. Bukan apa, rasa macam lawak je masa first time bercinta. Aku masa tu bercinta untuk yang pertama kalinya umur 17 tahun. Sebab aku ni jenis pemalu sangat-sangat dulu, kalau ada budak perempuan cakap suka aku walaupun aku suka, aku cakap tak suka.
Lepas tu aku kenal minah ni pun sebab terserempak dengan dia malam merdeka baru masa umur 16 tahun.
Kenal dengan dia dan dia selalu call aku. Jumpa pun time atas bus kat sekolah. Banyak kali terserempak baru dapat nombor telefon. Tu pun phone rumah je. Tah macam mana boleh sangkut tah.
Sampai satu masa aku rasa macam nak bercinta sangat tapi malu nak cakap. Biasa la aku, sampai bagi hint bagai pun aku buat macam bodoh je. Hahahaha. Masa umur 17 tahun tu pun perempuan yang minta. Aku pun macam setuju je. Tak tahu pula aku dia minat aku dah lama. Aku tak reti nak ngorat-ngorat ni. Dia pun dah kahwin dah sekarang. Aku je tak kahwin-kahwin.
Bila dating je masa dah couple, lintas jalan pun aku lintas dulu, lepas tu aku tunggu kat seberang. Hehehehe. Lepas tu dia dah lepas je lintas aku terus jalan depan. Sampai la aku kena sound, dia cakap bagus la dating macam tak dating. Hahaha...
Tu la masa first time bercinta. Bukan nak teringat pun, tapi rasa macam tah la, aku yang dulu bukan yang sekarang. Dulu aku malu sekarang tak tahu malu. Gurau je. Jangan ada yang terasa ok. Just sharing pengalaman bercinta suatu ketika di bangku sekolah.
"Tak semesti cinta pertama akan berakhir dengan perkahwinan"
"Jangan dikenang barang yang lepas tapi ambil la iktibar dari apa yang berlaku"
ZH Blogger
alololo jiwang tol ZH yerr..betul tu..cinta pertama xsemestinya cinta terakhir kn?? apa2 pun suzy doakan yang terbaik utk ZH.. =)
ReplyDeleteTu kisah lama. Saja je ceritakan kisah2 lama untuk renungan bersama. =)
DeleteZH jiwang ke? 0o0
betul2..kisah lama juga mengajar erti kenangan berkasih sayang..ahaiii ZH mmg jiwang :D
DeleteAmboi. Mana ada ZH jiwang ok. Kalau jiwang mesti romantik, ni tak romantik langsung pun. =)
Deleteamboi ZH. cinta2 lak pepagi ni ye ..huhu
ReplyDelete17 thun? kira awl la jgk tu tahu bercinta ..hehe
brg yg lepas jgn dikenang zaxk, bni org tu ..naya ..hahaha
pepon. gud luck mencari cinta terakhir :)
Bukan nak kenang pun. Just sharing pengalaman kali pertama... Macam lawak je. Macam macam je... hahaha...
Deletefirst love plak ye....alahai.. sy ni lagi kesian nak cerita first pun tak tau..hahaha
ReplyDeleteCerita la... Nak juga baca... Saja2 je sharing. Yang lepas biarkan berlalu tapi cuma pengalaman untuk teruskan kehidupan...
DeleteAlahai sweet nye.. urm,, tringat jugak my first love.. ^_^
ReplyDeleteTeringat ke... Huhuhuhu... Ni sharing je bella. Jgn dikenang benda yang lepas k... Tengok apa yang ada dihadapan anda...
Deleteamboi...sweet
ReplyDeleteHahaha. ZH ke yg sweetnya En.Khairuddin. Huhuhuhuhu
DeleteMengimbas kenangan lalu nampak Ekeke
ReplyDeletePengalaman mendewasakan kita Nad. =)
DeleteHhoo,,, betol, cinta pertama tak mungkin ke pernikahan, saya pun cinta pertama semasa umur masih kecik sangat, dah lupe... :D Tapi dengar cerita awak, jadi teringat pula sama cinta pertama :)
ReplyDeleteKalau lupa tu maknanya tadika kot... hahaha... Amboi menggamit memory ker ni? =)
Deletebercinta mmg best, rasa happy je, tp bila putus rasa sakit nak mam### huhuuuu
ReplyDeleteTu la rasa yang tak disenangi... hehehehe
Delete